![]() |
Agak-agak ada tak orang cam ni? Ni memang fantastic. bombastic, fanatic.. |
SuperHeroin kawan nuffnang
Saturday, January 29, 2011
Monday, January 24, 2011
Tiramisu: Sedap keknya atau citernya?
Cite ni aku layan je. Iyalah sejak Cinta Kirana dah abis, malas lak rasanya nak layan citer Indon yang panjang jela-jela. So boleh ajelah.
Tiramisu. Apa tu? Kek Tiramisu mesti dari Jepun kut. Nama pun ala-ala Jepun.
Tapi...
sebenarnya bukan dari Jepun. Tiramisu bermaksud 'pick me up'. Dan bukan berasal dari Jepun, tapi dicipta dari sebuah bandar kecil di Itali, iaitu Treviso. Ia menjadi pencuci mulut atau 'dessert' yang popular dai kalangan pengunjung restoran di sana.
Dan pada 1970, ia pertama kalinya di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat. Kalau dah kat Amerika popular, semestinya satu dunia le kenal.
Apa yang membuatkan kek Tiramisu ni sedap?
Bahan-bahan asasnya adalah spt biasa telur, keju mascarpone (sejenis keju triple cream berwarna putih dan mahal), kek span lady finger, krim putar, krim ekspresso, liquor (brandi, marsala, rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan.
Tapi kita mana leh masukkan liquor ni. Kan haram kan? Tapi kalau tak masukkan ni tak tau le boleh ke tak? Sebab aku tak pernah buat kek ni.
Keju Mascarpone tu boleh le diganti ngan krim keju philadelphia sebab susah nak cari kat pasaran tempatan. Kek span lady finger lak sejenis kek span yang bentuk jejari. Boleh buat atau beli kat kedai kek.
Tengok bahan-bahannya pun dah mahal. Patut le kek ni mahal juga.
Kalau nak yang halal, kenalah kita belajar buat kek ni ye! Atau pun beli kat kedati kek Pati Seri yang Dani Mirza buat tu.
Bahan-bahan asasnya adalah spt biasa telur, keju mascarpone (sejenis keju triple cream berwarna putih dan mahal), kek span lady finger, krim putar, krim ekspresso, liquor (brandi, marsala, rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan.
Tapi kita mana leh masukkan liquor ni. Kan haram kan? Tapi kalau tak masukkan ni tak tau le boleh ke tak? Sebab aku tak pernah buat kek ni.
Keju Mascarpone tu boleh le diganti ngan krim keju philadelphia sebab susah nak cari kat pasaran tempatan. Kek span lady finger lak sejenis kek span yang bentuk jejari. Boleh buat atau beli kat kedai kek.
Tengok bahan-bahannya pun dah mahal. Patut le kek ni mahal juga.
Kalau nak yang halal, kenalah kita belajar buat kek ni ye! Atau pun beli kat kedati kek Pati Seri yang Dani Mirza buat tu.
Wednesday, January 19, 2011
Dataran Nilai: Sepetang Beriadah
Petang hari, kalau balik awal, dapatlah bawa Ashraf gi taman. Kali ni nak try kat Datran Nilai. Baru lagi buka. Dan dijangka bakal jadi tempat maksiat, bak kata Babah. hahahha.. Paling excited Ashraf le. Dah lama dia teringin nak gi sini. Ibu ngan babah je busy.
Bersedia dengan kelengkapan. Heel and arm cover tak pakai sebab dia rimas. Kalau jatuh... sendiri mau ingat - pesan ibu yang tak prihatin.. hahahahah...
Bawa dua-dua sebab tak pasti nak naik yang mana satu. Mana yang sesuai, barulah guna pakai. Baik keta babah boleh bawa dua sekali.
First round, Ashraf try dengan micro scooter. Penat tau..
Lastly.. beskal tetap menjadi pujaan hatiku.. hahahaa.. Sekarang pun masih guna 4-tayar. Belajar sampai pandai.. then cabut dua tayar.. pastu baru boleh beli beskal baru tau!!.. pesan ibu yang prihatin pula!!!..
Ashraf tak sabar nak beriadah. |
Basikal dan Mini/micro scooter |
Babah jogging dan Ashraf 'scootering' |
Dataran Nilai - bakal menjadi tempat lepak terbaru |
Ashraf dan basikal kesayangannya |
Tuesday, January 18, 2011
Lagu: Sungai Lui
Sungai Lui – Aizat
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini
Begitu mendayu sungguh lagu Aizat ni. Sungai Lui nama yang tak pernah aku dengar. Korang pernah dengar ke? Ala.. sama le ngan aku. Bagi aku, oohhh... mungkin Sungai Lui ni kat Sabah atau Serawak. Tapi sebenarnya Sungai Lui ni kat Mukim Hulu Langat, Selangor. Ada sebuah kampung di tepi Sungai Lui ni. Kampung Sungai Lui namanya. Dan Sungai Lui ni akan bercantum dengan Sungai Langat.
Penduduk kat sini kebanyakannya orang Melayu keturunan Kerinchi yang datang dari Sumatera sekitar tahun 1880. Mereka rata-ratanya mengusahakan dusun buah-buahan langsat, durian, rambai, tampoi, pisang dan rambutan.
Mengikut kata orang tua-tua, Sungai Lui adalah sempena nama orang asli, Lui yang mula-mula mendiami kampung ini. Ada juga yang kata teloh orang Cina. 'Luit' bermaksud 'Duit'. Kerana ramai pedagang Cina datang ke sini untuk mendulang bijih timah. Maka glamer le kawasan ini dan menjadi sebutan.
Pada 90an pulak, peneroka tanah dari Bukit Nanas, Seputeh, Subang dan Kampung Kerinchi telah diarah oleh kerajaan untuk berpindah ke kawasan tersebut untuk menjadi penempatan baru. Kerana kerajaan nak membangunkan kawasan mereka. Tapi mereka telah berpecah dan menetap di Semungkis, Pansoon dan Sungai Lui.
Sekarang ramai penduduknya bekerja di jabatan kerajaan, pekerja kilang, berniaga, bertani dan bekerja sendiri. Dan 99% adalah orang Melayu walaupun dari keturunan Kerinchi dan Minangkabau.
So aku rasa, bagus juga Aizat bagi tajuk Sungai Lui ni. At least aku tahu kat Malaysia ni ada nama yang macam tu dan asal usulnya juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)