SuperHeroin kawan nuffnang

Friday, July 16, 2010

Hepi Besday Babah

Hepi Besday Babah. Hari ni babah genap 38 tahun. Dah tua okeh!.
Kek Garfield ni Ashraf yang nak beli untuk babah. Dia yang bagitau babah dia camtu. Heeheh.. sebenarnya dia yang nak kek garfield tu.
Ibu tak beli pun kek sebab nanti ibu juga le kena habiskan. Tapi doa ibu sentiasa bersama babah. Moga babah sentiasa diRahmati, diBerkati, diMurahkan rezeki, diBeri kesihatan yang baik olehNYA dan semoga babah sentiasa gembira dengan keluarga, sahabat dan orang di sekeliling. Aminnn

Thursday, July 08, 2010

Tadika Mawaddah Annual Sports Day

Sabtu 3/julai/2010, sekolah tadika Ashraf telah mengadakan Hari Sukan Tahunan. So ibu pun pergilah sorang2 temankan Ashraf, sebab babah ada hal lain yang kena settle. tkpe.. yg tu lain citer
Ini masa perhimpunan semasa nak bermula. Ala tengok le muka cuak tu.
Yang ni dah happy. Ni kawan baik Ashraf. Ucup namanya. Saling 'kagum-mengkagumi'. Boleh ke?
Mak Ucup pun cakap camtu.

Ni antara acara yang ada. Membawa getah dengan straw, berkaki itik dan maraton. Maraton tu dapat no 4. Ok le tu. Acara budak-budak.
Ini antara Ashraf dapat. Dia yang amik gambar ni.