SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, March 30, 2011

Jom jalan-jalan

Hari ni, 30hb Mac 2011, kilang ni akan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan. Kalau ikut plan, kol 4ptg nanti. Tapi sebelum dia datang rasmi, aku nak jalan-jalan sat.
Melawat kawasan gitu!
Lawatan ke Tapak kilang.
Semua pekerja-pekerja bertopi kuning, berhenti sebentar bila kita orang melintas. Cehwah! Kita orang pun menunjukkan skill yang kengkononnya dah biasa lepak kat sinun.

Rasa macam nak terjun. Patah tak kaki nanti?
Nak terjun ke tak nak? Ini jalan pintas. Kalau tak sayang badan, boleh aje terjun. Selepas berbincang 5, 6 kali, dengan niat nak kurus, kita orang pun jalan le ikut jalan biasa jauh. Sambil-sambil tu ber'camwhore' dengan pekerja-pekerja ini.

Isk!. Bocor ni. Mana supervisor tak tulis dalam punchlist?

Adibah Noor bakal gegarkan pentas kat belakang!
Dan inilah pentas Adibah Noor nak nyanyi. Lagu joget dengarnya. Hahaaa. berjoget le orang-orang Norway ni. Entah dia orang paham ke tak? Layan ajelah.
Aksi setelah panjat bangunan 3 tingkat!
Penat dah panjat 3 tingkat. Dengan panas yang mendidihkan otak. Dengar kata, model kat atas ni telah merendam kaki dalam air batu sambil berkaraoke! betul ke?

Tuesday, March 29, 2011

Autostadt - Volkswagen Car City

VW Autostadt (Volkswagen Car City) di Wolfsburg, Jerman di bina disebelah pusat pengedaran/distibutor mereka. Yang menarik kat sini, adanya AutoTrume atau Car Towers. 2 buah bangunan setinggi 48meter tinggi, automatik sepenuhnya, bangunan bertingkat dan mampu menyimpan 800 buah kenderaan setiap hari.. Bangunannya berkaca dan menjadi mercu tanda VW Autostadt. Kalau waktu malam, dari jauh pun boleh nampak kereta dalam bangunan ni.

kredit to superstock.com

Kereta baru yang dikeluarkan dari kilang dengan hanya ’robotic-pallet’ yang dipasangkan pada landasan tanpa menggunakan tenaga manusia. Kemudian akan diangkat ke dalam bangunan sebelum diberi atau dijual kepada pembeli dengan menggunakan lift. Setiap kereta mempunyai GPS atau cip untuk mengesan kedudukan. Kereta yang lebih berat di simpan dibahagian bawah.

Pembeli kereta Volkswagen ni boleh mengambil kereta di pengedar atau datang sendiri ke Autostadt. Mula-mula dengan pendaftaran plat no.
Selepas dah dapat plet no ni, ada kira-kira 2 jam untuk kita dapat kereta. Tapi 2 jam tu tak akan terbuang sebab macam-macam acara disediakan disini.
Seperti memandu kereta mini kat satu kawasan macam tempat permainan kanak-kanak. Sesiapa pun boleh main kat sini. Mak bapak atau anak-anak.
Selepas main kereta mini, boleh gak test drive kereta sebenar. Dan juga macam pusat sains atau interaktif. Makan pula diberi percuma. Macam-macam ’adventure’ semasa memandu kereta itu.
Lepas tu boleh naik ke dalam bangunan yang menyimpan kereta kita. Ada kenderaan macam shuttle bus yang bawa kita dari bawa sampai ke kotak simpanan kereta. Tak salah aku, kalau tka beli kereta pun, kita boleh melawat kawasan ni. Ada disediakan pakej juga.


Kalau Proton City nak buat camni pun boleh. So reramai le kita ke Tanjung Malim nak ambil kereta yang kita booking. Pasti syok!
Tapi kalau kereta Volkswagen model ni, mungkin dorang tak simpan tak Autostad, mungkin kat garaj muzium. :-)


Sumber-sumber telah diolah dari Autostad Car City

Friday, March 25, 2011

Earth Hour 2011

Jom nak bagi sikit tip sempena 'Earth Hour" Sabtu ni..

1) Janganlah kita buat BBQ parti le, 'candle-light dinner'lah atau pun ada yang buat konsert kat taman atau kawasan terbuka. 

2) Macam tahun lepas kat Penang, dorang nyalakan lilin. Pelepasan carbon dioksida yang banyak pulak berlaku.  Pastu sampah sarap. Ingatkan sambut 'Earth Hour untuk menyelamatkan bumi tapi dah terbalik pulak!

3) Jimatkan penggunaan air-cond kat rumah. Boleh 'set' kan timer. Gunakan hanya beberapa jam sahaja. (Arg!! berpeluh le anak kita nanti)

4) Tutup semua perkakas elektrik yang tak guna seperti laptop (ala.. satu jam je) 

5) Jangan sibuk-sibuk pusing-pusing KL atau Putrajaya sebab nak tengok rumah sapa tutup lampu.

So, jangan lupa Sabtu ni, 8:30mlm hingga 9:30mlm.
Kalau nak amalkan hari-hari pun okey aje. Lagi bagus.


Thursday, March 24, 2011

R.I.P. My Cleopatra

Semalam, 23 March 2011, Elizabeth Rosemond Taylor telah meninggal kerana kegagalan jantung pada umur 79 tahun. Lahir pada 27 Februari 1932.
Terkenal sejak berumur 11 tahun, dan juga dengan 8 kali perkahwinan. Tapi 2 kali dengan lelaki yang sama iaitu mendiang Richard Burton seorang pelakon juga.
Tiap kali dia muncul, mesti lip-lap lip-lap satu badan. Memang dia seorang primadona yang hebat dengan 'resume' yang panjang.
Dia juga tidak hadir pada pengkebumian kawan baik dia, Micheal Jackson sebab takut dia tak tahan sebak. Iyalah.. mestilah sedihkan! Dia cakap
"My life feels so empty. I don't think anyone knew how much we loved each other."

Credit to: davidclaudon.com
**R.I.P my true Cleopatra**

Tuesday, March 22, 2011

Bukit Fraser, Pahang

Awal minggu cuti persekolahan penggal pertama bulan May, ada lagi jalan-jalan. Kak Rozie dapat tempah apartment kat Fraser's Hill lagi. Tak boring kat sini sebab boleh buat macam-macam dan tak ramai orang.
Kita orang bertolak dari rumah seawal 6:30 pagi. Seperti biasa, nak lalu kampung sambil menghirup udara segar. Padahal semua duduk dalam ekon.
Lalu jalan lama, iaitu Jalan Kuching pastu Templer park, lalu gak kat Serendah kot. Berhenti minum kat pekan Kuala Kubu Baru kot namanya. Dah lupe.

Muka ceria nak gi jalan-jalan.
Sebelum naik, kenalah lalu depan Empangan Sungai Selangor ni. Empangan buatan manusia rasanya dan sangat besar. So kenalah keliling empangan tu untuk memanjat puncak fraser tu.
Gosip ibu-ibu semasa berhenti rehat kat empangan.

Kanak-kanak yang ceria!
Ini kat Gap bawah. Kena tunggu waktu ganjil untuk naik atas. Kalau sampai pukul 8, kenalah tunggu pukul 9 sebab jalan ke puncak hanya boleh dilalui sehala sahaja, iaitu samada turun atau naik. Laluan gap ini dibuka pukul 8pagi hingga 8malam sahaja kot. Kalau sampai lepas 8 malam, pandai-pandai sendiri le nak naik. Takde sapa nak jaga.
Kat Gap. Kena tunggu kat sini kalau masanya adalah genap.
Tapi kat sini pun boleh sembang-sembang ngan orang lain juga. Ada gerai dan tandas disediakan. Sambil-sambil tu boleh ber'camwhore'.
Kaklong-kaklong yang rajin menjaga adik-adik.
Kat sini le kami tinggal.
Maaf le. Takde gambar yang clear. Kalau ada pun, nampak muka aku yang kepenatan.
Boating time!
Ashraf dan babah bersedia nak mengayuh. chewah!

Babah dan Ashraf sedang 'boating'
Ini aku rasa kolam tadahan untuk sumber air.
Me and Yatie. Baik bot tu tak senget!.
Kolam tu juga ada ikan dari anak ikan sampai le atuk ikan. Besar kecik sumer ada. Boleh bagi makan juga. Ada dijual makanan kat orang yang jaga bot tu. Singgit satu bungkus. Kenyang giler ikan-ikan tu agaknya kalau time cuti sekolah.
Bapak-bapak serta ibuk-ibuk!!

Anak-anak kegirangan. Mak bapak kepeningan.
Menara tinjau. Tak tau sapa punya. Pakai naik ajelah.
Gambar dari menara.
Time ni le nak bersenam. Selalu senam kat dapur je.
Boleh gak main golf kat 'golf putting'
Ibu beraksi, walaupun tak reti.
Fav anak-anak lee..
Babah menurunkan ilmu kat Ashraf.
Satu-satunya kedai kat sini. Di pintu masuk Bukit Fraser.


Permandangan dari atas bukit
Latar belakang Empangan Sungai Selangor.


Monday, March 21, 2011

Glory Beach Resort, Port Dickson.

Cuti Raya Cina yang lepas, jiran-jiran kita orang pakat-pakat le nak gi Port Dickson. Ramainya umat. Maklumlah cuti panjang. Tapi aku dah tempah bilik awal-awal lagi. Tapi agak mahal le juga sebab musim cuti kan! Bertolak awal pagi Jumaat, ialah nak singgah minum lagi, nak lalu kampung le bagai. Kengonon nak menghirup udara yang segar.
Tapi terlebih awal lak sampai. Lepak ajelah kat pekan PD, sambil anak-anak menghabiskan duit mak bapak.. hahahha.. macam-macam le dorang ni nak beli.
Family Bob, Family Zaime dan Family Zul
Setelah boring lepak kat sana, terus kita orang gi hotel. Sebab nak cari parkir. Ramai orang dan semua orang nak parkir depan pintu hotel, termasuk le aku.. hhahhaa.. Sementara kaum adam gi solat Jumaat, ibu-ibu pulak bawa le anak-anak ke kolam renang. Panas kedengkang nak mandi. So lepak ajelah. Sun tan kata orang putih. Check-in pulak pukul 3ptg sebab ramai orang. Tapi Alhamdulillah pukul 2 aku tanya, diorang dah readykan bilik. so.. lepak2 dalam bilik ajelah dulu.
Ramainya orang. Sesak kolam renang tu.
Tengok je 'close-up' kolam ni pun dah tau ramai orang. Memang 1 malaysia sebab semua kaum ada. Cina yang beraya pun datang bercuti kat sini. Manalah tak sesak.
Awal pun pun dah ramai turun.
Permandangan dari bilik. Alhamdulillah bilik aku menghadap laut. Aku minta. Senang tengok air pasang dan surut.
Ashraf paling seronok mandi.

Ada pistol air lagi best! boleh tembak orang.

Santai tepi kolam dengan Kak Syafikah.
Babah try main 'paintball'. Dapat tembak 1, dapat le gula-gula.
Ikan kelisa yang besar sangat.
Pertunjukan api pada waktu malam.
Takut le...
Jumpa penyu kat tepi pantai.
Petang yang indah.
Keletihan mandi kolam.
Photo yang amat kelakau.
Gambar ni secara spontan di ambil. Macam babah nak cium ketiak Ashraf. pulak. Tapi aku suka le..