SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, June 29, 2010

Kursus Coklat Buatan Tangan oleh CMR

Sabtu lepas pada 27june2010, company babah ada anjurkan Kursus Coklat Buatan Tangan. So ibu pun selit-selit le. Nak bayar RM250, mana ada bajet. Nak selit-selit pun kengkadang takleh. Ada je halangan. Dapat le ilmu sikit.






Ini banner yang digantung pada kilang. Supaya semua peserta senang nak nampak.


Ini pula En. Karim dari Lembaga Koko sedang memberi sedikit taklimat pasal koko. Yang ni penting ni, sebab dari sini le kita tau apa tu real coklat atau compaund coklat. Dari mana asal Milo, cooking chocolate, dark chocolate ataupun milk coklat.

Ini Chief Ina sedang mengajar peserta camna nak cairkan coklat. Sebelah tu pulak, coklat yang diletak di dalam mould, sedang disejukkan di dalam 'chiller'. Kat sini juga ada dijual real dan kompaun coklat. Nak beli mould pun boleh. Atau nak beli bekas kuih pun ada.

Tara.. Coklat dah siap. Boleh le diletak kat dalam cupcake. Di sebelah tu pulak adalah peserta paling kecil setakat hari ni. Tak tau le esok lusa camna. Eh.. bukan peserta lah.. tapi pengacau ibu nak belajar je.


Tara... dah siap coklat ibu. Yang huruf2 tu ibu reka sendiri. Yang tu kelas advance tau, tapi ibu kan kreatif.. heheh... Coklat ni ibu suruh Ashraf bawa gi sekolah. Bukan main suka lagi dia. Siap suruh ibu letak nama kengkawan dia kat bekas tu. Salah satunya adalah strategi untuk promosi juga.
Hasilnya, cikgu2 Ashraf le tanya. Sempat le ibu goreng.... heheh

Kursus telah berakhir. Ini adalah wajah2 peserta kali ini. Terselit sorang peserta yang tak berapa nak menyerlah kat sebelah kanan tu.. nampak kepala je.
So kalau sesapa nak belajar buat coklat, boleh le daftar kat CMR - Chocolate Mould Resources.

Team Building @ Kelab Sukan Xtion Paintball Bukit Jalil

Minggu lepas pada 23 Jun 2010, my company buat Team Building kat bukit jalil.
Aku tak pernah lagi main paintball ni. So teruja juga la. Masa 'briefing' tu, takut juga le. Takut sebab kena tembak. Agak berdebar-debar le juga. Tapi masih 'under-control'. Kita orang pergi selepas kerja 1/2 hari. Setiap projek mesti company aku ni ada Team Building. Masa projek lepas, kita orang gi main go-kart kat sepang. Sorry!! takde gambar sebab virus dah makan gambar kat laptop. :(

Inilah tempatnya. Dan ni boss aku, Hensem tak? Orang Jerman okeh!! Tapi sorry dah kawin..eheh. Dan banner tu le tempat kita orang g main paintball.








Ni kawan-kawan opis aku. Ramai lagi, tapi ini je yang sempat amik gambar.
Dan ini pulak semasa bersedia nak bertempur. Aku ambik gambar, so takde le gambar aku kat sana.
Btw.. aku terpaksa bawa Ashraf sebab tak orang nak jaga. Babah g outstation. Dia pun suka le kalau berjalan.

Ashraf ngan ibu. Dia pun masuk sekali. Masa ibu main, marshal le yang layan dia. Terima kasih marshal!!
Ini antara aksi Ashraf. Teruja dia dapat pegang 'paintball marker'. Ala-ala senapang.


Lepas main, dapat le makan Domino. Termasuk dalam package tau!
Banyak lagi gambar kita orang kat sini.

Lepas game, kita orang ada dinner kat Berjaya Golf Club, Bukit Jalil. Makanan takyah cakap le. Memang tak sedap. Dan ibu terpaksa juga bawa Ashraf, sebab takkan nak tinggalkan dalam kereta. heheh..
Itu ajelah. Best tau main paintball ni. Lain kali nak main lagi le. Kena organize kecil2 ajelah. Tengok macam ada je kat Nilai ni.

Happy Birthday Ibu

Isnin mingu lepas, 21/June/2010 genap le ibu 38 tahun umur ibu. Dah tua okey!! Tak kesah le... Janji sihat walafiat dan sentiasa bersyukur atas semua rahmatNYA. Sentiasa dimurahkan REZEKI dan di beri HIDAYAH serta PETUNJUK olehNYA.
Tapi ada satu hal yang buat aku terkilan. Babah boleh lupe besday Ibu. Tak patut kan.. Dah penat ibu bagi 'hints', petang baru dia ingat. Takpelah. Janji babah tak lupe ibu. heheh...
So malam tu babah belanja ibu makan le.

 Babah belanja kat TGI Friday's Pavillion. Ibu tak minta okeh!.. dia ke sesuka nak belanja.. Ibu 'on' aje.
Malam tu kan Portugal lawan South Korea. So semua pasang channel bola. Tengok kepala babah, teleng sebab nak tengok bola.




Ini antara aksi babah dan Ashraf masa tunggu makanan. Sibuk dengan kad Transformer.


Ni Ashraf syok dapat fav. food dia. Aiskrim le. Apa lagi.

Ini pulak ibu punya. Best. Tapi dah lupa namanya.

Ni pun Ashraf punya. Tapi ibu ngan babah belasah. Heehe..

Birthday girl. Syoklah dapat makan.

Lepas makan-makan, amik barang kat LowYat. Ashraf teruja lak dengan singa ni. Itu yag ibu tolong pegang. Sebab muka pucat, takut jatuh.. heheh..

Monday, June 14, 2010

Kuala Sepetang a.k.a. Port Weld

Salam..
Mana agaknya program cuti sekolah korang. Aku tak gi memana. Hanya jalan dekat-dekat je. Masa Wesak hari tu, aku jalan-jalan g Pulau Redang. Ala tak jauh le... sepelaung je dah sampai.
Pastu minggu seterusnya.. apa lagi. Aktiviti biasa le bila cuti sekolah. Acara ni memang takleh dilupekan untuk digandingkan bila cuti sekolah iaitu majlis kawin. (pss.. ni nanti akak citer)..
Pastu bila dah selamat kenduri umah perempuan, nak jugak ngantau pengantin perempuan kat umah lelaki.
Sambil menyelam sambil minum air le..heheh..Nak ngantau lak pun bukannya jauh. Dekat Batu Kurau, Perak. Langsung dah jalan ke Perak tu.. terus ajelah ke Kedah. Tapi Kedah takde apa sangat. Lain le kalau dapat gi Langkawi. So.. aku terus le ke Penang. Kan aku dah kata, aku jalan dekat2 je..
Jap aku paste apa yang best..

Ni.. selepas bertolak dari Nilai pukul 4petang, dan selepas mengharungi hujan lebat serta jem di highway, aku sampai ke Kuala Sepetang lebih kurang 8:30mlm. Keadaan agak gelap dan basah. Mencari kedai ni senang je sebab kat GPS pun dah ada nama kedai ni. Glamer kan. Tapi rasa tak tau lagi.hehe..Kedai ni terletak di Kuala Sepetang a.k.a. Port Weld yang dulunya adalah sebuah pelabuhan yang terawal dan juga memiliki landasan keretapi pertama yang menghubungkan Port Weld dan Taiping. Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang juga ada kat sini. Sayang.. aku datang dah lewat malam. Kalau siang sikit, mungkin aku dapat tunjukkan Ashraf hutan paya bakau.
Ni Babah ngan Ashraf setia menunggu. Ashraf tu tak heran sangat pasal makan2 ni. Dia sibuk ngan jam Ben-10 yang boleh keluar lampu2 tu. Baru je beli semalam.
Ni yang aku sempat 'capture' sebab mood lapo gile. Warna kedai purple tau!!
Taraaa... ni mee udang banjir. Nampak tak seketul2 udang tu. Lebih kurang ada 8 ekor. Oh.. lupe nak bagitau.. yang ni semangkuk RM10 hinggit. sebab udang laut. Ada gak yang murah RM6 tapi udang kolam. Dan ada juga RM12. Mungkin yang ni laut dalam kot.ehhehe.. nak tangkap susah oooo.. sebab tu harga mahal.

Dan ini aku le. Lapo tau tunggu. Tapi setelah makan, aku rasa kan.. ini aku rasa, tak tau le apa korang rasa..
Aku rasa biasa je. Tak le sedap sesangat. Dan tak pedas. Tapi rasa manis udang tu adalah. Okleh le.. At least aku dah makan. Dan aku rasa ekim pun belum pernah gi lagi. Tak gitu... heheh..
Nanti aku paste lak aktiviti lain sepanjang aku berjalan dekat-dekat Malaysia je..

Thursday, June 03, 2010

Pulau Redang episod 2

salam.. jumpa lagi kat dalam episod Pulau Redang. Hari ni rasa macam nak demam pulak. Penat kat sana tak habis lagi ni.
Inilah tempat kitaorang lepak2 untuk makan atau tunggu time untuk snorkeling. Permandangan yar 'marbeles'. Cantik.
Inilah 3 orang cilik, bakal perenang negara. Dini, Nabil dan Ashraf. Dorang ni bespren Ashraf le. Kawan bermain dan juga kawan bergaduh. Tapi Kak Dini tu selalu kena buli ngan Ashraf.
Ini time baik. Boleh main buai sama2.
Sebenarnya ni kat resort lain. Seri Pacifica Spa & Resort. Kat depannya ada gazebo, so apa lagi... posing le.
Ini kat jeti. Belakang tu Pelangi Redang Resort. Aku 'suggest' korang gi sini. Berbaloi-baloi....
Ni aku tak tau jeti kat mana. Mungkin Berjaya punya kot. Tapi bila ambil2 gambar, terasa cam lawa lak permandangan kat sini.
Scene kat depan resort. Ada satu malam tu, tengah kitaorang dok citer-citer sambil gosip2, 'pok'.. putik kelapa jatuh. Nasib baik kat belakang. Kalau tak.. mau arwah akak... heheh
Ni konon-konon model tengah laut le ni..Masa ni lepak2 sebelum gi snorkeling kat Marine Park. Cuaca agak panas, tapi takpe.. akak dah gun spf50. heheh..
Makan time. Best tau kat sini. Makanan tak pernah habis. Karipap sedap, donut sedap, bisktu sedap dan roti bakar pun sodap... heh.. kalau lapauuuu semua tau sedap..
Ni kat jeti. Nun jauh di sana tu adalah Redang Pelangi Beach Resort.
Ni time nak balik. Posing sikit kat sign ni. Tapi mata puas menahan perit matahari.
BTW.. enjoy giler kat sana....

Wednesday, June 02, 2010

Pulau Redang episod 1

Yes... akan ditampilkan...
Ni kat website ada GPS coordinates.. senang nak cari Jetty Merang. Set ajelah kat GPS, pastu ikut le panduannya. Alhamdulillah kami sampai pukul 4:30pagi Jumaat setelah bertolak dari KL lebih kurang pukul 10:00mlm Khamis.


Ini adalah di hadapan Redang Pelangi Resort. Cantik pasir memutih. Yang ni 'open-space' untuk berkaraoke.

Ini pulak bersebelahan je. Tempat lepak-lepak lepas habis snorkeling.

Dan mestilah korang tau, bayang-bayang sapa ni. Yang agak besar ni..ehehhe..
Dan tunggu ye episod seterusnya sebab kamera digital tak bawa. Tertinggal kat umah. Ini saje yang ada dalam hp. Seronok punya pasal, tak byk sangat gambar yang aku ambil.