SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, June 21, 2011

Happy Birthday Aku!

Hari ni aku ulang lagi tahun kelahiran aku yang ke 39 tahun. Lagi setahun je nak cecah 40 tahun. Rasa macam banyak benda belum buat lagi. Dengan ilmu dan amal yang tak pernah cukup le. Amalan baik dan buruk sentiasa ada. Dan rasanya 10 tahun lepas pun macam ni juga perasaan aku. Masa berlalu dengan cukup pantas tanpa aku sedari.

Dan aku meng’check’ apa yang sedang aku pertingkatkan dan apa yang aku akan usahakan. Dan pasti dengan izin Allah, semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang diberkat, diredhai dan doa serta cintakasihsayang dari orang-orang yang tersayang.

Apa-apa yang berlaku biarlah berlalu. Bukan kuasa aku nak mengubah semuanya. Hanya pelajari dari kesilapan saja agar tak berulang. Dan yang paling penting, aku sentiasa mendapat kasih sayang tak berbelah bagi dari sang suami walau aku bukannya sempurna, begitu juga dia. Sebab itulah dia ada bersama aku. Sentiasa melengkapi antara satu sama lain dalam 12 tahun melayari bahtera. Semoga dengan izin Allah, kapal kami sentiasa belayar dengan megahnya meredah ombak lautan kehidupan.

Aku juga berterima kasih dan bersyukur kerana masih dapat mencium tangan ibu aku dalam usia aku yang begini. Kerana aku amat perlukan doanya. Kerana doanya tiada hijab. Tiada halangan. Terus menerus dan pastinya ikhlas dari hatinya.

Aku juga bersyukur kerana Allah merapatkan hati aku bersaudara. Walaupun kami 8 saudara, semuanya rapat. Tiada sengketa atau pergaduhan yang membebankan hati ibu kami. Syukur atas muafakat ini serta doa ibu. Walaupun semasa kecil, baling selipar, tarik baju, tolak menolak dan gigit mengigit dah macam jadi acara wajib. Keputusannya pasti rotan sedas dua sewaktu mengaji dengan arwah abah.

Dan pasti dalam 12 tahun ini aku rindukan arwah abah yang pergi mengadap penciptaNya terlebih dahulu 20 hari sebelum pernikahan aku. Al-fatihah untuk arwah abah juga yang tak sempat mewalikan aku, anak perempuan bongsunya. Arwah abahlah yang paling aku respek. Sebab dalam garang-garang dia pun, dia selalu bercerita kisah-kisah nasihat dan teladan. Akulah yang paling jarang kena rotan berbanding yang lain.

Aku juga bersyukur dengan kehadiran Ashraf dalam kehidupan kami. Dia membawa rezeki dan keceriaan dalam hidup aku sekeluarga. Saat dia membesar adalah saat yang paling berharga. Setiap waktu aku berdoa agar Allah sentiasa melindungi dia dan moga Allah beri aku peluang membimbing dan melihat dia berjaya. Mungkin itu juga doa ibu aku setiap waktu.

” Ya Allah, terima kasih atas semua rahmat yang Engkau berikan. Aku berdoa semoga diberi lagi kekuatan menunaikan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan juga ibu. Amin”



Monday, June 20, 2011

Travelog 2: Paris To Nice

Ok. Let sambung. Kalau ikut plan asal, aku booking tiket pukul 10mlm dan akan sampai pagi esok. Tapi disebabkan mogok oleh pekerja public transport, aku sampai tengah malam kat Gare De Nice Ville SNCF. Alamak! Masalah bagi aku pulak. Tempat orang. Manalah aku tau. Pekan lak tu. Aku booking hotel untuk esok iaitu 21/10, so aku tidur satu malam. Tapi bila masalah macam ni, aku panik kejap. Aku cuba try tanya kat station master, boleh tak tidor kat sini. Emm... taklee katanya sebab station akan dikunci.. Nampaknya terpaksalah aku cari hotel.
Dari pamplet, aku dapat no telefon hotel aku (ini semua mesti ada untuk kecemasan). Kat situ tulis tollfree, so aku ingat macam kat Msia le.. boleh terus dail dari handphone. Eh... takleh le. Aku cari public phone. Masukkan syiling (inipun kena prepare tau). Tapi takleh juga. Last-last aku nekad je terus dail tanpa masuk duit. Boleh pulak. Oooo.. camni rupanya. Tollfree memang betul-betul freeeee... Aku terus bercakap ngan operator. Dia terus suruh ktorg tunggu kat depan pejabat tourism kat sebelah station ni. Nanti ada van akan ambil. Isk.. cuak lak aku. Rugi aku tak booking hotel dekat ngan station.
Ktorg pun tunggu le kat depan pejabat touristism. Tetiba ada sorang mamat tegur. Takde pelat Perancis pun. Dia tanya nak gi Villa Saint ExupĂ©ry Gardens ke? Eh.. aku dah mula takut. Iyalah.. kot-kot dia nak kidnap ktorg. Rupa-rupanya dia adalah sukarelawan untuk  hostel tu. Dia dari Australia. Sempat le borak-borak sebelum van sampai. Dia dah pernah sampai Penang. Rupanya backpack hotel ni memang ramai sukarelawan yang datang. Diorg hanya nak tempat tinggal free sementara tu tolong-tolong le housekeeping sikit. Van sampai. Macam2 bau ada dalam van tu.
Barulah aku tau, sebenarnya boleh aje naik tram. Sebab tram sampai kol 1pagi. Tapi sebab yang sama seperti di Paris .. mogok!!!!.. tram sampai kol 6ptg je. Boringkan nak jalan-jalan kalau perkara-perkara ni berlaku. Kurangkan level aku nak bersuka ria je.
Gare De Nice Ville, SNCF waktu malam. Sangat menakutkan bila pertama kali di tempat orang.

Ini pula kat depan. Ada juga pengemis-pengemis dan org2 yang takde rumah.
Inilah tram yang menjadi kenderaan aku. Senang sangat. Kalau tak tau, maniskan sikit muka, then tanya le. Mesti ada orang yang nak tolong.
Ini station bus, Gare Routiere.
So, inilah tiket untuk perjalanan sehala. Tiket ini berharga 1Euro dan juga boleh di gunakan jika nak naik bas dalam masa 74min. So aku jimat le nak naik bas ke tempat seterusnya. Kan bagus kalau kat Msia ada system camni. Bilalah agaknya. Berbekalkan map yang lengkap yang telah aku ambil kat kaunter hostel, aku pun memulakan perjalanan. Dalam pamplet tu lengkap dengan no. bus dan arah jalan. Kalau nak tengok jadual perjalanan, itu kita boleh tengok kat pondok tempat kita tunggu bas. Mudah kan?
Ni dalam tram. Sama-sama keluar dengan orang-orang nak gi pasar. Tak de orang pun check tiket. Sebab bila naik tram ni, tiket hendaklah dimasukkan ke dalam slot mesin yg ada kat pintu. Tapi ada juga yang culas terutama orang-orang tua. Emm.. warga emas ni dah hari-hari naik kot. Tapi kalau ada inspector datang cek, jawab le ye!




Sepanjang perjalanan ke Eze Village, sebelah kiri adalah rumah-rumah ataupun bukit-bukit batu. Tak tau le batu apa. Granit kot.

Tapi berlainan dengan sebelah kanan, laut luas terbentang. Puas mata memandang. Hati dah berdebar-debar sebab memang kat sini le tempat yang aku nak pergi sesangat sampai mimpi-mimpi (kononnya..)


Permandangan yang menarik. Jambatan yang merintangan antara dua bukit. Bus yang ktorg naik pun lalu kat situ juga.
Fragonard Perfumery, kilang minyak wangi dibuka setiap hari dan dibuka untuk orang awam. Kalau naik bas, ia akan berhenti depan kilang ni.

Sebahagian bunga yang di awetkan.

Bunga yang diawetkan.

Lavender. Sorry aku tak suka bau lavender. Yang wangi tu bila dah campur dengan bunga-bunga lain.
Inilah yang membawa aku sekitar kilang ni. Dia boleh bertutur bahasa melayu. Kagum jap aku ngan dia. Ialah, aku datang dari jauh, ada juga yang tau bahasa ibunda aku. Rupa-rupanya bapa dia orang Indon berkahwin dengan mak dia orang Perancis. Itu sebab dia tau sikit2. Aku tak ingat nama dia, tapi dia memang baik. Penerangan pun detail dan senang paham. Aku je yang tak berpa nak ingat. Babah ingat le sebab dia asyik berbual ngan minah ni. Pasal minyak wangi okeh!
Next entry pasal mendaki Eze Village pulak. Dah berkulat entry ni.

Wednesday, June 01, 2011

Day 2: Endau Rompin Resort

Selepas lepak kat Summerset 1 malam, ktorg pergi ke Pantai Penyabung. Lebih kurang 1jam perjalanan.
Ktorg mengidap kat Endau Beach Resort. Aku rasa yang tercantik kat sini. Lagipun ada kolam renang, Resort lain takde pulak aku nampak macam ni.

Chaletnya bertingkat-tingkat dengan beranda yang cantik. Tengok ajelah gambar ni. Memang tenang fikiran duduk kat sini. Dari chalet pun boleh nampak laut dan matahari terbit dan terbenam.

Petangnya pulak, ktorg booking bot untuk ke Pulau Batu. Lebih kurang 20min dari Pantai Penyabung. Memang tak ramai yang pergi. Lagipun mungkin ada yang suka lepak pantai tengkorak, yang bersebelahan saja. Sepanjang perjalanan, ada juga nampak kelong. Menurut pakcik yang bawa bot tu, ramai orang Singapura yang berkeluarga lepak kat sini. Tapi memang betul pun. Aku nampak banyak kereta-kereta luar parking kat jeti.
Ok. Sambung lagi next page. Haahaa.... aku kurang idea okeh!