SuperHeroin kawan nuffnang

Thursday, January 17, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Rasanya tak lambat lagi nak ucap selamat tahun baru 2013. Hari ni masih lagi di bulan January. Tapi dah 17 haribulan la. Lambat takpe daripada takde. Tak gitu?
Orang lain mesti sibuk fikir pasal azam. Tapi aku dah tua-tua ni malas nak buat azam. Lagipun azam selalu tak tercapai je. So apa yang penting bagi aku adalah wajib bersyukur kerana masih lagi mempunyai masa untuk bersama keluarga. Azam setiap hari ajelah untuk memberi masa yang terbaik untuk keluarga. Takyah nak tunggu tahun baru nak  berazam. Tiap-tiap hari pun boleh.
Tahun ni Ashraf dah mula bersekolah Darjah satu. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Agama Intregrasi Bandar Baru Bangi. Tapi dia biasa bersekolah, so tak takut pun. Tapi hanya malu-malu je bila aku cium-cium dia sambil peluk-peluk depan pintu pagar sekolah.
Aku hanya memberi dia bekal seperti roti sandwich telur atau nugget dan juga duit RM1 je. Sebab pukul 9 dia boleh makan bekal. Dan pukul 12 pulak makanan dah disediakan sebab tiap2 bulan aku bayar RM50. So tiap-tiap hari bawa balik duit seringgit tu. Oklah. Bolehlah dia menabung. Belajar menyimpan.
Oklah sambung lain kali jelah. Aku pun dah mengantuk. Nak bangun pukul 5pagi.

Monday, July 30, 2012

Adegan bulan puasa

Sabtu lepas aku ke kedai nak beli bahan-bahan masak untuk berbuka. Biasa lah. partner aku, mestilah Ashraf. Dia pun sama nak masuk kedai. Adalah yang dia hajat tu. Dah biasa dah taktik tu. Dia ambil roti coklat Gardenia dengan air botol F&N oren. Masuk je kereta, dia terus nak buka roti. Terlupa yang yang tu puasa. Sempat le aku tahan. Kalau tak... sendawa kekenyangan le jawabnya.
So, dia kata nak simpan untuk berbuka. Oklah tu. Tapi bila sampai waktu berbuka, tak le pulak dia nak makan roti sebab semestinya ibu masak sedap..... hehehehe.So simpan le roti tu untuk esok.
Keesokkan harinya, aku dah nak balik Penang. Kali ni balik awal sikit sebab dah lama tinggalkan opis. Nak naik kapal terbang mahal giler untuk harga sehala boleh dapat tiket pergi balik. Cekik darah le kalau beli lambat. So aku try le naik bus untuk pertama kalinya ke Penang. Aeroline Couch. Aku nak le bawa bekalan untuk berbuka dalam bas nanti. Dah tentu air dan juga roti coklat Ashraf. Marah dia. Katanya nak makan berbuka nanti. Oklah aku kata. Aku 'pack' barang-barang aku yang lain.
Dalam diam-diam, dia masukkan 4,5 biji pisang dalam beg plastik. Pastu dia bagi aku, Katanya untuk berbuka dalam bas. Ya Allah! punyalah terharunya aku. Dia boleh terfikir nak bekalkan aku makanan. Aku pun tak ingat ada pisang. Menitis air mata aku ni. Aku berharap semoga dia sentiasa ingat jasa ibu dan babah dia ni, walau apa jua keadaan pun. Dan sentiasa mengembirakan kami.

#nota kaki: aku tulis sebab aku takut aku lupa peristiwa ini pernah berlaku dalam hidup aku.

Sunday, June 24, 2012

kesian ibu kan...

--telefon berbunyi--
aku : hello
pemanggil: assalammualaikum ibu
aku: waalaikummussalam sayang..ashraf, ibu tengah drive,nanti ibu call semula
pemanggil : ok ibu. assalammualaikum
aku: waalaikummusalam

5minit berlalu, telefon berbunyi kembali
aku : hello
pemanggil: assalammualaikum ibu
aku: waalaikummussalam sayang..ashraf, ibu nak parking jap. nanti sampai rumah, ibu call
pemanggil : ok ibu. assalammualaikum
aku: waalaikummusalam

5minit berlalu, telefon berbunyi kembali
aku : hello
pemanggil: assalammualaikum ibu
aku: waalaikummussalam sayang..ashraf, ibu dalam lift, nanti ibu call balik
pemanggil : ibu ni asyik kata nak call aje, tapi tak call call pun
aku: sorrylah sayang. rumah ibu bukan macam rumah kita. parking depan rumah aje, dah terus boleh masuk
pemanggil : oklah. nanti ibu call tau!
aku : Insya Allah sayang. Assalammualaikum
pemanggil : waalaikummusalam


5minit berlalu, telefon berbunyi kembali
aku : hello
pemanggil: assalammualaikum ibu
aku : waalaikummusalam sayang
pemanggil: ibu, ibu dah sampai rumah ke?
aku : dah sayang. baru je sampai
pemanggil : ibu nak mandi ke?
aku : iyalah sayang.. busuk ni. ibu nak mandi, nak solat. dah siap semua baru ibu nak call ashraf.
pemanggil : iyelah tu (hahah..ala-ala tak percaya)
aku : iya. mestilah ibu call.
pemanggil : oklah ibu. assalammualaikum

5minit berlalu, telefon berbunyi kembali. tapi aku dalam bilik air. tak sabar-sabar ashraf ni. sian ibu. kelam kabut tau!

Wednesday, May 09, 2012

Day 2 - KK Taman-taman Tuanku Abdul Rahman

ok.. next, sambung story kita. Hari ke 2 adalah hari Ahad. So i plan nak gi Pasar Tamu Jalan Gayah. Pasar ni akan buka hanya hari Ahad je, bukan hari lain. Kat Jalan Gayah ni, jalannya ditutup semata-mata untuk pasar tamu ni. Buka dari kol 6 pagi sampai 12 tengahari. So pepagi lagi kita orang breakfast dulu kat Marina Court. Lepas tu lebih kurang pukul 7:30pagi, dah siap-siap nak gi pasar. Kat sini, kol 6 dah cerah. Macam kol 8 pagi. So nak start apa-apa aktiviti, kenalah bangun awal.
Tapi sorry takde sekeping gambar pun kat pasar gayah sebab 'cameraman' kena tunggu dalam kereta sebab takde parking. Sempat le aku rembat 'brooch' ngan fridge magnet.
Pastu lebih kurang kol 10, bermulalah aktiviti selanjutnya. Dah janji dengan Aman, pemandu bot, untuk bawa kami ke Taman-taman Tuanku Abdul Rahman. Parking kereta kat belakang Le Meredian. Tak tau le kena parking ke tak. Ala.. bayar ajelah nanti. Kita orang janji berjumpa Aman kat belakang pasar Filipina. Lebih kurang 30min, barulah bot sampai. Kami sewa 1 bot dengan kadar RM250 untuk 3 pulau. Pastu bayar untuk jaket 4, snokeling set 4, kena bayar RM30 je rasanya. Maafle..bukan aku bayar, 'banker' yang bayar.
Langit yang cantik untuk gi snorkeling
 Kami memilih untuk ke pulau yang paling jauh dulu, iaitu Pulau Manukan. Perjalanan dengan bot agak menakutkan sebab ombak kuat. Pegang ajelah bot tu kuat-kuat.
Maaf! ni bukan bot kami. Kalau inilah botnya, confirm aku tak turun ke pantai.
 Ni kapal persiaran orang kaya kot. Ala yang jenis tak turun kat pantai. Hanya lepak-lepak dalam kapal sambil-sambil 'bathing'. aku agak ajelah.. hahah
Jeti Pulau Manukan

Cantikkan..

Jeti penyambut tamu ke Pulau Manukan
 Kat pulau pertama ni, kita bayar 'entry fee' RM3.00 dewasa dan RM1 kanak-kanak bawah 17tahun. Simpan tiket untuk digunakan di pulau-pulau yang lain. So apa lagi.. kita enjoy.. Kami lepak 1 jam kat sini sebab janji dengan pemandu bot kami.
Bot kami lebih kurang camni le..

Rombongan Cik Kiah ke KK
Syok berenang woooowww...ni pantai Manukan
Jeti kat Pulau Mamutik.

Jeti penyambut tetamu Pulau Mamutik
 Pulau Mamutik adalah yang tercantik antara 3 pulau yang aku pergi. Pantai pun tak jauh dari daratan, dan bersih juga. Kami lepak kat sini 1 jam juga.
Mercu tanda Pulau Manukan.

Pintu menyambut tetamu Pulau Sapi
Pulau yang ke 3 adalah Pulau Sapi. Agak ramai disini dan pantainya agak kotor. Permandangan di jeti cantik, tapi pelancung-pelancung tak menjaga kebersihan.
Lain kali kalau ada rezeki, aku ingat nak gi Pulau Manukan ajelah. Selesa sikit. Takyah penat-penat redah pulau-pulau yang lain. ok.. sambung next entry.

Saturday, May 05, 2012

Day 1 - KK kota keriangan

yup..kami berjalan makan angin lagi. seronok tau habiskan duit.. hahhaha ada ke golongan sederhana cam aku bagi statement camtu? harus orang kaya je..tapi bagi aku, kumpul duit banyak mana pun tak cukup. sekali sekali nak gak cuci mata.. tak gitu?
ok..28/may/2012 yang lepas, 2 keluarga seramai 4dewasa dan 4 kanak-kanak, berlepas ke KK. flight pukul 10:20 pagi dan dijadual kan sampai Terminal 2 KK pukul 12:55ptg.
Sedang menunggu giliran di LCCT
Lebih kurang 1 jam kami di LCCT. Takpelah asalkan tak terlepas kapal terbang. Bersedia dari awal. Kapal terbang kami agak penuh. Maklum hujung minggu. Ramai yang bercuti. Lagipun bersambung dengan cuti hari pekerja.
Kapal terbang kami mendarat.
Pukul 1ptg kami dah selamat keluar dari Terminal 2 menunggu kereta Avanza yang kami sewa. Kami sewa dengan En Don dari Aurabiru hanya RM180 sehari. Ok sesangat kereta tu untuk kami 8 orang. Kami terus ke Promenade Hotel & Apartment. Tapi kami tinggal kat apt Api-Api dengan kadar sewa kat internet yg sangat sesuai untuk kami sekeluarga.
Aku minta tingkat 3, kerana aku dgr org kata tkt 2 sangat kotor. So bila dah check-in, bilik yg amat luas. Masalah utama, 'air-cond' lak tak sejuk. Aku telefon 'reception/house keeping' untuk hantar 'maintenance' baiki 'air-cond'. Dengan perut yang lapar, dia mengantikan kad bilik dgn sekeping kad, so bila kita cabut kad bilik tu, 'air-cond' masih terpasang. So bila kita balik makan nanti, bilik akan sentiasa sejuk.
Menunggu makanan dengan perasaan lapar sesangat.
Kami pun keluar makan. Destinasi kami ke Tanjung Aru. Makan tepi pantai sambil melihat laut dan juga melihat kapal terbang turun. Buat pengetahuan, makan kat KK ni adalah sangat mahal. Nasi goreng paling mahal RM6.50.
Macam kapal terbang tu nak mendarat atas air aje.
Lepas makan, kami mula nak berjalan sekeliling KK. Tapi aku rasa takde apa sangat yang menarik kat bandar KK ni. Pusing-pusing dalam kereta je. Melihat tugu2 peringatan dan padang merdeka. Kat sini baru lepas di adakan Bersih 3.0, so polis di merata-rata. Kami terus ke Atkinson Tower yang berdekatan di situ.
Alamak! kat pagar ajelah ye!
Inilah Menara Atkinson.
Lepas ke sini, kami gerak atas bukit sikit. Signal Tower. Dekat aje dari situ. Kat sini seluruh bandar KK boleh kita nampak, sambil tengok matahari terbenam. Kat sini matahari terbenam awal.
Pukul 6ptg matahari dah terbenam.
Bangku di sediakan untuk melihat matahari terbit dan terbenam. Cantik!
Permandangan jauh adalah sangat cantik, tapi permandangan dekat tidak. Semak yang tak terurus dengan pokok-pokok yang menjalar dan tinggi.
Hampir seluruh bandar KK boleh nampak dari sini.
Ok, lepas dah tengok matahari terbenam, kami pun pulanglah ke hotel untuk rehat. Lagipun esok lagi banyak aktiviti yang aku dah rancangkan.




Monday, December 19, 2011

i miss u sayang!

Ni beberapa keping gambar aku jumpa masa godek2 lappy ni. Lama gak tak update citer kat sini. Gambar ni sebenarnya baru je bulan lepas. Masa kat LCCT.  Hanya tunggu kaunter buka je.

 Tengok le aksi dia. hahah.. ini le yang buat ibu rindu.











 Dah siap check-in, tunggu kata pintu perlepasan lak. Tetiba flight delay.


 Terus je dia minta PSP. Hanyut dengan PSP pulak selepas puas berposing.

Wednesday, November 30, 2011

Nak jalan lagi?

Aku jalan lagi. Ni beg yang dah ready untuk berangkat. Tunggu ajelah aku balik nanti. Sekarang tengah syok holiday ni. Apa-apa pun, tengok ajelah gambar ni dulu.

Friday, November 25, 2011

Seminggu Tanpa Bas

Minggu ni, aku tak berapa bersusah payah nak balik dari opis ngan bas. Sebab member opis aku yang sekian lama dah mai. Dia pun sama le ngan aku, mangsa perpindahan sementara. Kesian kan?
Kita org kan duduk hotel yang sama, so boleh le gi kerja sama-sama. Balik kerja mesti ada je port nak menyinggah. Ala.. biasa le. Dok hotel pun bosan, so jalan-jalan cari makan le dulu sebelum beristirehat.
Penat kaki, rendam ajelah dalam tab mandi.
Esok dah pun jumaat. Tiket AA aku lak hari sabtu. Aku takut aku banyak lak kerja yang mendatang, itu yang aku tak beli tiket petang. Tapi susah gak. Takde orang nak hantar aku gi airport. So terpaksalah aku naik bas lagi..Jangan lupe. Bus 102 ye ke airport tapi tunggu kat Jalan Burma.

Monday, November 21, 2011

Rokok dan kopiah matlutfi

video terbaru matlutfi memang membuat mata aku berkaca. udah memang aku ni kan sensitip. boleh sentap aku tengok. perhatikan setiap bicara lufti ngan kawan dia.

Sunday, November 20, 2011

Nak Ke Queensbay Mall?

Pagi sabtu tanpa aktiviti, aku plan ke Queensbay Mall. Malam sebelumnya, aku dah survey nak naik bas apa. Aku siap print timetable laluan dan nombor bus Dan setelah pasti bus 304 akan pergi terus ke Queensbay Mall tanpa ke Komtar, aku pun melangkah le ke perhentian bas, lebih kurang 500m dari hotel.
Tepat pukul 12 aku dah terpacak kat bus stop tu. Bus 101 lalu aku buat dek aje, bus 102 lalu pun aku buat dek je. Aku dengan confident nya, tak tanya apa-apa pun kat orang ramai yang tunggu bas. Sebab aku nampak bus 304 dah naik ke atas. Aku pasti lebih kurang 15-20minit lagi bus akan turun. Tapi dah 12:30 aku tetap tunggu, lepaskan bus 101 dan 102. Manalah bus 304 ni? Aku dah mula cuak. Aku buka balik timetable yang aku print. Ceh!.. rupa-rupanya bas tu akan lalu masa balik je. Lepas ke Gurney Drive, bas tu takkan lalu Jalan Burmah. Aku dah silap tengok daaa...Terus aje aku naik bas seterusnya yang lalu kat situ. Aku kena juga gi Komtar untuk cari bus ke Queensbay Mall. Kat Komtar, aku dah tau dah cari terminal  bas, sebab semalamkan ada seorang hamba Allah dah tolong aku. So aku terus je tengok kat signboard. Senang aje. Terus aku cari 304, 306, 307, 308 dan 401E. Ada lagi satu bus 705 tapi dari tanah besar kot.
So nampak je bus 307, aku terus naik. Bayar RM2 je. Syok beb. Ada aircond lagi. Walaupun jem, aku boleh le tido. hahhaha..
Bas lalu tepi laut. Cantik permandangan kat sini. Dah dekat nak sampai, aku tengok banyak gak kereta kat sini. Banner kat mana-mana. Rupa-rupanya esok, 20/nov/11 ada Penang Bridge Run. So banyak persiapan sedang disediakan. Aku terus je masuk ke dalam mall, shopping apa yang patut. Makan pun banyak sangat fast food. Naik boring lak. Tak tau nak makan apa. Agak-agak ada tak nasi kandar kat sini? Aku tak nampak la.
Lepas penat habiskan duit (ceh.. macam banyak shopping). Takde shopping pun. Sebab aku teringat yang aku akan balik naik AA dan aku beli luggage 15kg aje. Kalau tak, mau penuh tangan aku. Heeehehe,,,
Nak balik aku tunggu aje bus kat tempat aku turun tadi. Alhamdulillah aku nampak juga bus 304. Naik-naik aku terus tanya gi Gurney Plaza. Alamak bus ni nak gi Bagan Bay la. Driver suruh tunggu bas belakang. Turun le aku balik. Takpe.. pengalaman tu. Malu bertanya sesat jalan. Then lebih kurang 5minit, ada lagi bus 304, terus je semua serbu. Dengan tambang RM2.70, aku boleh tengok 'the other site of Penang'. Laluan yang lain dari biasa. Itu le seronoknya naik bus.