SuperHeroin kawan nuffnang

Thursday, March 18, 2010

Tag? Layan ajelah...

1) Where is your cell phone?

Tengah cas bawah meja ni.
2) Relationship?
Dah kawin. Nak masuk 11 tahyun dah pun.

3) Your hair?
Eemm.. hitam dan ikan ikal mayang lagi.. heheh
4) work?
Iyalah. Masih kerja lagi. Ni pun lepak2 masa lunch ni.
5) Your sisters?
Kakak?..uik ramai tau.. 4 yang hidup, 1 dah arwah..
6) Your favorite thing?
laptop dan tv

7) Your dream last night?
tak ingat le mimpi aku. yang aku ingat tetiba ada sesuatu yang nyaring menjerit kat telinga aku, terus hilang mimpi aku. alarm clock lah..

8) Your favorite drink?
apa-apa je..

9) Your dreamcar?
Hummer.. ala-ala H dalam CSI Miami
10) Your shoes?
Banyak. Yang mana satu ek? Sekarang ni pakai kasut HawkEye.. Kalau g berpeliseran ngan jeans pakai je Crocs, kalau g tempat2 sopan ala-ala kenduri kawin.. pakai le Sachs..

11) Your fears?
Mati sebab amalan tak cukup-cukup lagi..

12) What do you want to be in 10 years?
Mungkin suri rumah tangga yang berjaya tetapi ada 5 syarikat dibawah pengurusan yang berjaya. Hanya tunggu laporan syarikat je sambil main FB kat umah. heheh..tua-tua pun nak main FB lagik ke?

13) Who did you hang out with last weekend?
Family lah. Sapo lagi. Tiap 2 minggu lepak tepi kolam Presint 16.

14) What are you not good at?
Banyak. Salah satunya tak pandai masak. Boleh?

15) One of your wish list items?
Dapat mendidik Ashraf supaya menjadi anak yang soleh, cerdik dan cergas, lembut hati, senang dilentur dan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dengan benda2 yg baik dalam era globalisasi ni.. chewah..dan juga memberi adik kepada ashraf juga.. AMINNN..

16) Where you grew up?













17) Last thing you did?
Call babah tapi dia tangah meeting la pulak..

18) What are you wearing?
Shirt dan jeans ajo.. takyah nak anggun-anggun bagai kat 'site' ni..

19) What aren’t you wearing?













Baju seksi nampak ketiak dan terkeluar segala mucsle a.k.a. lemak tepu.. heh

20) Your pet?
mana ada. dan tak pernah ada.

21) Your computer?
Dell

22) Your life?
Alhamdulillah kerana masih ada yang sayang aku..

23) Missing?
entah.. takde sapo2

24) What are you thinking about right now?
Apa nak makan lunch nanti. Heheh...boleh?

25) Your car?








26) Your kitchen?










27) Your favorite color?












semua warna yanga cantik-cantik,

28) Last time you laughed?
Baru kejap tadi borak2 ngan member yg melawat meja aku

29) Last time you cried?
Minggu lepas masa tumbuk cili api nak buat sambal goreng. Tetiba cili masuk mata. Mau tak melalak, heheheh..

31) Love?
Myself, family and friends

32) So who wants to share their ONEs?? How about?
Nak tag along nizam, primadona ekim, ratu rempit ziela, cik ain yang tomei.. dan sesapa yang sudi.
Hanya cut and paste dan jawab je sejujurnya.

Monday, March 15, 2010

Wajah-wajah masa depan

Semalam 14/March/2010 balik kampung. Ashraf sekarang dah pandai pilih nak balik rumah nenek yang mana. Isk.. takde sapa yang ajar. Sendiri yang pilih. Ibu tak bias okeh!!.. hehhe..
Umah nenek Oyah le.. sebab.. ni dia.. ramai geng bas sekolah.. Ni baru sikit semasa gambar ni di ambil. Ada ramai lagi yang baya-baya dia.. Bebas bermain. Nenek pun tersenyum lebar tenguk cucu-cucu datang.
Dari tepi.. Ashraf, Alia, Danial dan Azim yagn sedang merajuk. Bunga tengah-tengah ni, memang very 'friendly' dan sangat cute. Alia ni adik kepada Azim yang muncung tu..Alahai.. abang ngah.

Ni pulak tambahan. Danish adik kepada Danial. Semua benda dia nak kutip. bukan boleh duduk diam.


Suka gambar ni.  Macam-macam eksperi muka. Dan suatu masa nanti dorang akan menangis gembira melihat gambar ini.

Friday, March 05, 2010

Fraser's Hill

Hari ni ada mood sikit. Jom citer sikit pasal Bukit Fraser ni. Mengikut apa yang tertulis kat papan kenyataan tentang asal usul nama tempat ini di abadikan dari seorang tokoh peniaga-pengembara dari Scotland bernama Louis James Fraser. Dia menjalankan pembelian bijih timah dari pelombong-pelombong Cina di Sungai Sempam di kawasan Banjaran Titiwangsa pada akhir kurun ke 19. 
Abu bin Suradi pulak mendapat pajakan pertama untuk melombong bijih timah pd tahun 1899.kemudian ke Khu Lian Kee tahun 1901. Robert Ewis dan Sempam Mining Company Limited pulak tahun 1906. Kegiatan perlombongan terhenti bila deposit bijih timah sudah kehabisan.
Tp sekitar tahun 1880an, beliau telah hilang. Dia dilihat kali terakhir mengangkut hasil perniagaan dia dgn menggunakan seekor keldai melalui sebatang denai yang menghubungkan Tras dan Kuala Kubu. Pastu takde sapa yang tau mana dia pi. Mati ke atau kena makan rimau ke entah le. Mungkin kena sorok dek bunian. Hanya Allah yang tau.
Pastu 1917 pulak datang orang lain pulak. Paderi dari Singapura. Bishop CJ Fergusan-Davie dan RevAB Champion yang datang bercuti dan mengidap menginap di di rumah rehat di Gap. Tujuan dorang tu untuk survey tapak2 lokasi yang bagus untuk buka rumah rehat untuk orang Eropah yang dijangkakan akan ramai yang nak serbu rantau Asia Tenggara ni.
Pastu dorang balik le Singapura, nak bagitau pasal tempat yang dorang jumpa. Laporan dorang lebih kurang menyebut "lebih kurang 5 batu daripada Gap yang terletak di antara laluan denai Selangor-Pahang(Kuala Kubu - Tras) terdapat satu kawasan bukit yang sesuai yang sesuai dijadikan kawasan perangina yang boleh di majukan dengan cepat, murah dan mudah. Gitu le kesahnya sikit lebih kurang. Kot-kot ada yang tak tau, boleh le baca. Next time datang le sini.



Shafiqah dan Ashraf xcited on the way to Fraser's Hill. Masa ni sibuk nyanyi lagu superman.
  
Ni permandangan kat Empangan Kuala Selangor. Cantik gambar ni walaupun ambil dari dalam kereta.


  
Ni lagi satu gambar yang cantik Latar belakangnya berbalam-balam dengan kabus yang meliputi puncak Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia.

  
Babah, Ashraf, Uncle Zaime, Syafiqah  dan Kimi sedang menunggu di Bukit Gap. Tunggu pukul 7 untuk naik ke puncak. Waktu naik adalah ganjil, Waktu turun adalah genap. So sesapa yang taknak tunggu lelama kat sini, boleh le kira masa perjalanan dari KL lebih kurang 2jam.



  
Mercu tanda Bukit Fraser. Sesapa yang gi sini mesti amik gambar kat jam besar ni. Kita orang pun ada amik juga tapi gambarnye gelap. hhhehe..

  
Ni adalah Pine Resort. View ni dari apt yang kita orang sewa. Memang cantik. Rasa taknak balik le..
Ini pulak gambar dari TM Resort.Saje survey bilik kat sini.Murah ajelah. View pun sesangat cantik. Nyaman je.

Wednesday, March 03, 2010

Bosan

Aku bosan sesangat. Dah le ekon kat opis rosak hampir sebulan. Berkuap badan aku... berkuap okeh!.. bukan kurap..  Kerja lak banyak. Bila lah nak pindah site nilai ni?
Nak upload gambo kat fraser pun malas. entah kenapa le.. Babah lak baru tadi fly g brunei. Ada meeting ke apatah kat sana. Aku ajelah layan aserap. Nanti2 ajelah aku upload. Tunggu ajelah bila mood aku sampai.