SuperHeroin kawan nuffnang

Friday, April 16, 2010

Iklan Ikea merata dunia.

Aku ni dah lama ajak Babah gi Ikea. Babah sibuk sangat ngan bisnes yang baru nak naik. Aku mestilah bagi sporting sikit. Takkan nak paksa dia. Kesian aku tengok bila dia sampai rumah je Ashraf ajak main-main pun dia takde mood.
So.. untuk melenturkan sikit ketegangan/ketagihan aku nak gi Ikea (sebab nak makan meatball je, bukan soping) aku godek-godek le Cik Google pasal Ikea ni.

Ni lokasi kat subway kat Paris. Kempen Ikea. Kenapa Ikea tak buat kat sini. Kalau kat KL Sentral tu, aduyaii.. udah le sesak. Berebut-rebut pulak nanti orang berebut nak duduk.

Ini lak kempen ikea kat Kobe, Japan. Ini sempena pembukaan store Ikea yang baru di Port Island. Iaitu pulau buatan yang hanya dihubungkan oleh monorail aje. Ikea ni dibuka menyambut musim bunga 2008.

Ini pula kempen kat New York. Tempat ini direka seperti bus stop, pondok telefon dan bangku untuk menunggu bas. Ini juga menunjukkan produk Ikea boleh dihias di mana-mana tempat pun untuk menjadikannya seperti rumah sendiri.
Ni pun kat New York juga. Kempen ni sebenarnya untuk menggalakkan New Yorkers menggunakan perkidmatan awam. Ialah.. tempat menunggu pun dah bagus dan cantik. Banyak juga bus/cab stop macam ni sekitar New York. Jangan lak ada vandalisme.
Di taman yang dihamparkan ambal/selimut dan bakul piknik dengan tema "Good design can make the everyday a little better"
Ni pulak koleksi bilik tido. Merah benau Mak Ngah. Yang tak tahan tu.. siap ada buku Kama Sutra lagi atas katil.
Ni Kat Paris. Tilam yang dibalut seakan-akan billboard digantung di stesen keretapi. Kalau terlepas keretapi atau takde tempat tinggal, boleh je ambil dan tidoooo.. Tapi kalau jatuh atas kepala orang yang lalu lalang.. amacam. Tak ke naya..
Ni pula kempen Ikea untuk politic moment.  Barang-barang Ikea digunakan untuk menghias oval office di White House. Sangat-sangat kreatiflah.
Ini adalah bilik tidur bergerak(mobile bedroom) promosi di Tempe, Arizona. boleh dilihat di sekitar Phoenix dan Tempe. Bilik tidur tu di ubahsuai di belakang van Ford dan diletakkan perkakas-perkakas bilik tidur. Dan ada 2 orang didalamnya yang sedang melakukan aksi-aksi semasa bangun dari tido. Sorry.. takde aksi-aksi lain okeh!!.
Ni pula kat Frankfurt. Iklan diletak di balkoni apartment yang plaing sibuk, menunjukkan corak laci yang ada di Ikea. Promosi ini untuk orang yg tinggal di apt yg kecil. Dan barang2 Ikea ni boleh disuaipakai di apt. yg comel2 ni.. Lebih kurang 12,000 pejalan kaki, penunggang motor dan kereta yang lalu di depan apt. ni. Gambar Mac 2008.
Ini pulak kempen ni Soho, New York. Perabut Ikea diletakkan di billboard dengan gambaran 3D menunjukkan susun atur apt di sini.
Ini di Copenhagen menunjukkan susun atur perabut bilik tidur. Bersesuaian dengan gaya hidup sekarang dimana apt. adalah sangat kecil. So muat-muat ajelah perabot Ikea ni.
Tadi di Arizona, tapi ni di Chicago pula.  Mobile showroom boleh dilihat di sekitar jalan di Chicago.
Untuk menyambut ulangtahun ke-40 Ikea di Stockholm, bangunannya dihiasi seperti kek strawberi yg sedap.
Ni pulak gambaran luar dan dalam bas. Best lah bas ada langsir. Tapi tak sesuai untuk keselamatan. Dan juga tempat bergayut kat dalam bas. Yang best.. parking meter pun kena balut.
Sebenarnya banyak lagi iklan-iklan Ikea yang best-best. Suka aku tengok. Tapi inilah yg last aku dapat tempelkan. Btw iklan ni agak lucu sikit. Iklan ni kat Singapura.

4 comments:

Rizziela said...

saya pun nak g IKEA tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi

ashikin said...

ala,, kesiannya.. ajak lah abang g.. boleh hilangkan stress tau! :D

Mentari Muncul Lagi said...

wahh bestnya iklan ni.. bila boleh jejak kan kaki nih huhuhuhu...

q-nizam said...

bile kte nak pg lagi ateh?