SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, January 18, 2011

Lagu: Sungai Lui

Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Begitu mendayu sungguh lagu Aizat ni. Sungai Lui nama yang tak pernah aku dengar. Korang pernah dengar ke? Ala.. sama le ngan aku. Bagi aku, oohhh... mungkin Sungai Lui ni kat Sabah atau Serawak. Tapi sebenarnya Sungai Lui ni kat Mukim Hulu Langat, Selangor. Ada sebuah kampung di tepi Sungai Lui ni. Kampung Sungai Lui namanya. Dan Sungai Lui ni akan bercantum dengan Sungai Langat.
Penduduk kat sini kebanyakannya orang Melayu keturunan Kerinchi yang datang dari Sumatera sekitar tahun 1880. Mereka rata-ratanya mengusahakan dusun buah-buahan langsat, durian, rambai, tampoi, pisang dan rambutan.
Mengikut kata orang tua-tua, Sungai Lui adalah sempena nama orang asli, Lui yang mula-mula mendiami kampung ini. Ada juga yang kata teloh orang Cina. 'Luit' bermaksud 'Duit'. Kerana ramai pedagang Cina datang ke sini untuk mendulang bijih timah. Maka glamer le kawasan ini dan menjadi sebutan.
Pada 90an pulak, peneroka tanah dari Bukit Nanas, Seputeh, Subang dan Kampung Kerinchi telah diarah oleh kerajaan untuk berpindah  ke kawasan tersebut untuk menjadi penempatan baru. Kerana kerajaan nak membangunkan kawasan mereka. Tapi mereka telah berpecah dan menetap di Semungkis, Pansoon dan Sungai Lui.
Sekarang ramai penduduknya bekerja di jabatan kerajaan, pekerja kilang, berniaga, bertani dan bekerja sendiri. Dan 99% adalah orang Melayu walaupun dari keturunan Kerinchi dan Minangkabau.
So aku rasa, bagus juga Aizat bagi tajuk Sungai Lui ni. At least aku tahu kat Malaysia ni ada nama yang macam tu dan asal usulnya juga.

2 comments:

oktant said...

Suka dengar lagu ni. Haha... baru tau Sg Lui tu kat Hulu Langat. Sblm ni mmg tak pernah dgr pun. :)

ain azahar said...

mak ude..dekat n9 pown ade gak name felda sg. lui..ain bnyak family kat sane..ngee..:)