SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, August 29, 2011

Kadangkala Kita Lupa.

Salam Aidil Fitri..
Aku dah sampai pun kat kampung. Walaupun kampung aku dekat je, tapi cam biasa, ktorg tetap balik subuh-subuh. Tak sabar nak lepak dengan mak dan adik beradik yang lain. Walaupun rumah mak aku tak cukup bilik, tak apelah. Acara rebut-rebut tempat tidur tu, wajib ada. Paling sibuk mak aku le. Habis semua Toto, Nakita, selimut, sarung bantal dia keluarkan dari stor. Walaupun dia komplen tak sihat, tapi tak pulak aku tengok 'speaker' dia off. Hahaha.... itu memang 'trademark' mak.
Hari ni mak happy sangat sebab ktorg buat dodol. Katanya Ijat yang nak, tapi hati aku kuat mengatakan dia memang dah lama dah nak buat dodol. Dodol mak memang best. Tahan lama. Dan paling utama. manual lagi. Teruklah Ijat dan Aziq kena kacau. Dan paling  best, Angah yang bertahun tak pegang centong a.k.a. sudip besar, pun mencurahkan 'bakti'. hahah.. good job Angah!
Berbuka acara paling meriah. Tak cukup meja pun tak pe. Bentang tikar kat bawah le jawabnya. Mak masak nasi dagang. My fav, walaupun ktorg bukan orang Terengganu. Berlumba-lumba tarik-tarik pinggan lauk yang menghidangkan pelbagai juadah. Mak senyum lebar je.
Kekadang aku ni geram juga kalau tengok orang tak hormat atau tak hiraukan mak diorang. Mak tu boleh jaga anak yang ramai, tapi tak tentu dorg nak jaga mak sorang. Setiap detik mak risau pasal anak-anak, tapi tak tentu lagi anak-anak nak risau pasal mak. Memula kata boleh jaga mak, tapi bila sampai masa semua lepas tangan. Ada pulak yang sanggup hantar ke rumah orang lain ataupun Rumah Orang Tua. Sebab tu kita ni, bila mak ada, kita lupa. Tapi bila mak takde mulalah sedih terutama bila tiba hari raya.
Pesanan aku, segeralah menjenguk mak kalau dengar mak korang tak sihat. Kalau takde duit pun, berusahalah Lihat muka mak. Mak tak nak duit atau buah tangan korang. Mak hanya nak lihat muka anak-anaknya sahaja. 
MELIHAT MUKA ANAK-ANAK ADALAH TERAPI TERBAIK BUAT  MAK!

Monday, August 22, 2011

LailatulQadar dan Hari Raya Aidil Fitri

Salam.. mengikut kat ustad yang bagi tazkirah terawih, malam LailatulQadar mungkin pada malam ke-21. Tapi katanya ini semua rahsia Allah. Kita cubalah cari di setiap malam yang ganjil ye! Ibadah kena lebih sikit. Walaupun Syawal bakal menjelang, tapikan tiap kali habis je terawih, aku rasa macam tak mungkin dapat jumpa Ramadhan akan datang.
Alhamdulillah terawih jemaah muslimat kat tempat aku ni, masih lagi 3 barisan. Hanya hari hujan je kurang orang turun. Lecak kot nak berjalan. Tapi apa-apa pun selamat buat kuih, selamat gantung langsir, selamat cari baju raya kat jalan TAR, selamat main bunga api dan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wednesday, August 10, 2011

Liverpool - YNWA

Ni citer basi..Liverpool datang Malaysia pada 16July2011. Ktorg 1st time bawa Ashraf tengok bola. Nak cuba rasa camna kalau kat stadium besar. Dulu tak bawa dia gi Anfield. So ni pun boleh lah. Paginya ada sukan tadika. Petangnya terus ke stadium. Penat giler Ashraf.
Beg beli kat Anfield. Kenangan di Liverpool.
Baju beli kat Anfield
Baju Ashraf semua beli kat Anfield. haah..soping tak hingat!
Sebelum perlawanan bermula.
Tak tau sokong mana. Baju Liverpool tapi hati masih Harimau Malaya.
Penonton yang memenuhi ruang stadium. Ini masa permulaan perlawanan. Barisan permainan berjalan keluar ke padang. Kamera cap ayam. so tak 'sharp'
Penyokong Malaysia yang fanatik tanpa hiraukan keselamatan.
Keputusan perlawanan 3 - 6. ok apa!


Perlawanan berakhir pukul 9:30 rasanya. Dah lupa la.. Tapi ianya suatu perlawanan yang hebat untuk Harimau Malaya. Sebab aku 100% sokong Malaysia.