SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, January 24, 2011

Tiramisu: Sedap keknya atau citernya?

Cite ni aku layan je. Iyalah sejak Cinta Kirana dah abis, malas lak rasanya nak layan citer Indon yang panjang jela-jela. So boleh ajelah.
Tiramisu. Apa tu? Kek Tiramisu mesti dari Jepun kut. Nama pun ala-ala Jepun.
Tapi...
sebenarnya bukan dari Jepun. Tiramisu bermaksud 'pick me up'. Dan bukan berasal dari Jepun, tapi dicipta dari sebuah bandar kecil di Itali, iaitu Treviso. Ia menjadi pencuci mulut atau 'dessert' yang popular dai kalangan pengunjung restoran di sana.
Dan pada  1970, ia pertama kalinya di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat. Kalau dah kat Amerika popular, semestinya satu dunia le kenal.
Apa yang membuatkan kek Tiramisu ni sedap?
Bahan-bahan asasnya adalah spt biasa telur, keju mascarpone (sejenis keju triple cream berwarna putih dan mahal), kek span lady finger, krim putar, krim ekspresso, liquor (brandi, marsala, rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan.
Tapi kita mana leh masukkan liquor ni. Kan haram kan? Tapi kalau tak masukkan ni tak tau le boleh ke tak? Sebab aku tak pernah buat kek ni.
Keju Mascarpone tu boleh le diganti ngan krim keju philadelphia sebab susah nak cari kat pasaran tempatan. Kek span lady finger lak sejenis kek span yang bentuk jejari. Boleh buat atau beli kat kedai kek.
Tengok bahan-bahannya pun dah mahal. Patut le kek ni mahal juga.
Kalau nak yang halal, kenalah kita belajar buat kek ni ye! Atau pun beli kat kedati kek Pati Seri yang Dani Mirza buat tu.

2 comments:

Mentari Muncul Lagi said...

akak wat research ke pasal titamisu nih????

ashikin said...

tak tak buat research, tapi akak mimpi malam semalam pasal benda ni... huhuhu