SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, November 24, 2009

Panasonic Lumix DMC-LS42


Ni gambar pertama aku ambil dari kamera baru aku. Ashraf baru bangun tido. Mata takleh nak buka lagi.. cantikkan gambarnye. 10mp okeh...

Ni pulak gambar Pulau apatah dari tingkap bilik Hotel Cititel Tingkat 10.. bilik aku le tu..

Cantikkan langit cerah je. Waktu ni pukul 8.15 pagi. Cukuple gambar-gambar ni. Karang ada lak yang jeles..
Entry melampau hari ni. 2 entry satu hari.. Lantak lah..

Penan Tour (Part 2)

Lamakan aku tak update blog aku ni. Sebab tak sempat habis Penang, dah g A Famosa lak. Seperti biasa, itu bab lain.Ni gambar aku punya dinner. Tujuan g Penang pun memang untuk g dinner Company aku kerja ni. Bukan sekadar jalan-jalan je. So sedikit gambar2 dari kamera member aku dan jg kamera rasmi opis aku.
Bawah ni lak sebahagian yang aku makan. Yang takde gambar tu.. tak sempat nak ambil sebab lapo.. aduyai.. macamana nak kurus.. Oh.. lupe lak bagitau.. sebelum dinner ada AGM. Tak pernah ada AGM yang dibuat bersama-sama staff. Mostly antara bos-bos ajekan. Depan ingat sapalah kita yang dorang taknak ajak meeting. Tapi pasal kita juga depa buat prifit. Tak gitu?.. O.. lupekan company lain.. okey!!..

AGM ni bagitau apa-apa pasal company over the world. Apa2 projek yg dah sukses, projek yg tak dpt, projek yg sedang tunggu green light, projek ongoing, projek tendering dan macam-macam lagi. Dan dari sini aku tau, kat Vietnam dah banyak buat kilang R&D, kat India, walaupun serba serbi mundur tapi banyak makmal, tapi tak buat R&D. Kat China tenaga kerja yang murah tapi tak bermutu dan sebagainya.
Sebelum dinner, daftar nama, then dapat free gift. USB Fridge. Ala-ala peti sejuk yang boleh attach kat computer. Muat le klu nak letak setin air.
Dan aku gak dapat Lucky Prize. Digital Camera Panasonic DMC-LS42 10megapixel berserta ngan 2G memory card. Alhamdulillah sesangat sangat sebab kamera yang sedia ada ni, babah lupe bawa baterinya sekali. Part 3 nanti gambar2 dari Lumix DMC-LS42 okeh!!!..

Wednesday, November 18, 2009

Penang Tour (part 1)


Last Saturday, aku, babah dan ashraf gi Penang. Actually ada company dinner. So gambar dinner kat bab lain pulak. Company bagi hotel dan transport. So.. jalan ajelah.
Lebih kurang pukul 11 aku gerak dari KL lepas aku basuh keta dan sarapan kat nasi lemak antarabangsa kg baru. Aduh.. mesti rasa ngantuk. Tapi bukan aku drive. Babah yang drive. Terima kasih kat babah sebab drive dengan selamat dan berhemah.. mmuuaahh.. ni pulak gambar-gambar yang aku capture sepanjang jalan ke penang, tapi bukan jalan di Penang okeh.. gambar penang kena masuk bab lain.



Friday, November 13, 2009

spaghetti

Semalam aku masak spaghetti. Setelah 3 tahun rasanya aku tak masak. Sebab takde masa dan takde permintaan. Entah le.. tak sedap kot aku masak :P.
Ada aku kesah!!... hehhe.. sedap ke tak, kena jugalah babah makan. okeh!!
Bahan-bahannya seperti semangkuk tomato

sos tomato, sepeket spaghetti, setin sos tomato puri atau sos spaghetti,

butter.. setengah untuk menumis, lagi setengah untuk salut ngan spaghetti



daging kisar satu mangkuk

bawang besar potong dadu semangkuk.So gambar yang dah siap tak sempat nak ambil sebab my SIL and family datang.So until then.. heh.. cook with me dont hook me.. hehhe.. motto baru








































Thursday, November 12, 2009

ayam pandan

Sabtu adalah hari aku rajin sikit memasak. So aku tanya cik goggle, resepi ayam pandan. Idea ni office-mate aku le. Dia ni lelaki, tp sibuk lak nak masak. Dia bagitau, dia try masak ayam pandan guna non-stick frying pan saje, tanpa minyak. Bagus le untuk orang yg jaga kesihatan.
So aku start le meng’google’. Ada 2 jenis. Satu Thai’s style dan lagi satu Indon’s Style. So daripada feedback orang-orang yang pernah masak, dorang kat yang Indon lebih sedap lagi. Entah le.. Aku pun try le. Sebab bahan-bahannya pun ada kat dalam peti sejuk umah aku. so aku masak le..
ini hasilnya sebelum aku goreng

Dan inilah hasilnya selepas digoreng.

Tapi mengikut tekak melayu aku ni, aku nak rasa pedas sikit le. So next time mungkin aku campur garam dan cili sikit. Baru le 'kick'.. cehwah...

Friday, November 06, 2009

Sepender man

Semalam masa lepak-lepak sambil ber'farmville', aku biarkan Ashraf minum susu sendiri sambil tgk tv. Sambil-sambil syok menuai 'hasil tanaman', aku tak perasan Ashraf dah buat kerja sendiri.. hehe.. inilah kerja dia..

ehehe.. tergelak aku sorang-sorang.. ada ke dia pakai spender Ben-10 kat luar. Aku tak tau mana dia dapat idea ni. Mungkin tengok 'Alamak" kat TV kot.. isk.. rosak..rosak..

aku nak marah pun takle.. biar ajelah dia ber'karya' dan.. inilah hasilnya..


Monday, November 02, 2009

Makan.. makan.. dan makan..

Minggu ni.. banyak nau makan luar.. ehheh.. in fact bukan minggu ni je, tapi tiap-tiap minggu makan luar. Masak kat umah tetap masak, tapi makan luar tetap makan..hehe..
Lagipun minggu ni kan minggu dapat gaji, so banyak le aktiviti makan luar. Kalau minggu-minggu yang biasa tu makan tomyam aje atau nasi campur ke, tapi minggu gaji ni makan `up’ sikit. Heheh..
Paling best.. Ashraf le. Dapat makan ice cream kegemaran dia(actually Ibu). Ibu lak dapat jalan-jalan dan Babah lak dapat pening-pening kepala nak settle hutang... Haahaaa... Ibu pun pening gak tau. Hutang ibu pun banyak gak... Then minggu ni start buat pagar.
Ni makan kat Nando Mid Valley Ahad lepas. Lepas jalan-jalan kat Semua House, Babah yang nak makan kat Nando.. Tengok Ashraf tu..
Tengok babah ngan Ashraf.. ni lak kat San Francisco kat Bangi. baik je 2 orang tu. Ni sebelum dapat makanan lagi. Tapi lepas dapat makan, sure babah marah Ashraf sebab main2 ngan makanan.
Kat sini babah belanje sebab boss babah naikkan gaji babah. Alhamdulillah... rezeki Ashraf lah tu..
Then semalam g Alamanda. Perut dah kenyang sbb Ibu masak lauk best. Ikan parang masak asam, ayam goreng kunyit, sambal goreng dan sop daging balance petang sabtu lepas.. hehe.. tapi babah yg nak bawa jalan2.. so gi Alamanda ajelah.
Yang ni ibu lak belanja.. Baskin Robins

Best kan.. tengok ni lak.. temptation kan.. Ashraf jeles walaupun dalam tangan ada ice cream con.