SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, April 27, 2011

Sehari di Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Hujung minggu yang lalu, aku balik kampung berdua aje dengan Ashraf. Plan nak pergi Melaka Wonderland ni dah lama, tapi tunggu Along punya pasal, asyik tertunggak je. Last-last dia tak pergi juga. So mana yang sempat ajelah yang pergi.
Cuaca cukup cantik pagi tu. Sampai pun lebih kurang pukul 10pagi. Buka pun pukul 9pagi, so cantiklah. Orang pun tak ramai sangat.
Bie dapat voucher 'buy 1 get 1 free'. So sorang hanya bayar harga separuh je. Tak le mahal pun. Harga biasa RM30 dewasa dan RM25 kanak-kanak. Senior citizen atas 55thn kena bayar RM15 je.
Permandangan sekitar dan juga ahli rombongan cik kiah!
Nak ke 'changing room' tu, kena panjat tangga. Mak dah susah hati. Iyalah, dia kan sakit kaki. Alhamdulillah ada alternatif lain tanpa guna tangga. Alhamdulillah. Kalau tak, kenalah mak duduk kat bawah je.
 
Antara yang sempat aku tangkap.
(ikut jam): Entrance, Buggy Riders, Family Jollies, The Pendulum dan 4-storey slide.

Sebenarnya banyak permainan kat sini. Tapi akak ni kan jadi babysitter, kenalah jaga anak. Babah kan outstation. Kang terlepas pandang pulak!
Gelongsor ni fav Danial. Ajak main yang lain pun dia taknak.
Kalau lah aku boleh join... hahah.. gelongsor ni untuk kanak-kanak aje tau.
Syok main air tau!
Ijat, Danial dan Ashraf.
Salah satu dari Family Jollies.
Lazy & Crazy River
2 daripada maskot Melaka Wonderland.
Family Jollies
Balik ke rumah lebih kurang pukul 12. Lagipun aku kan nak balik Nilai. Penat lak nanti. Nak tahu lebih lanjut lagi, cubalah risik kat melakawonderland. Macam-macam info boleh dapat tahu.

Sunday, April 24, 2011

The Royal Wedding

Pada Jumaat 29 April 2011 ni pukul 11:00am (sorry.. waktu kat London) akan berlangsungnya
perkahwinan gilang gemilang bakal takhta ke-2 Raja England di Westminster Abbey.
Yang menarik, tempat ni juga Queen dan Queen Mother berkahwin. 
Dan tempat ini juga pada 1997, menyaksikan seluruh keluarga diraja memberi penghormatan terakhir pada Lady Di, bonda kepada Putera William yang mati akibat kemalangan di Paris.
So sesapa nak tengok 'The Royal Wedding' ni. kat Astro ada siaran langsung. Channel 735 ITV Granada dan juga kalau tak silap aku channel khas Channel 700, untuk siaran langsung ni bermula pukul 3:30petang 29hb April 2011. Aku kerja daaa..
Banyak juga cerita mengenai keluarga diraja ni kat astro. Boleh check mana-mana cerita yang kita minat nak tengok. Jangan risau, mesti ada ulangan sampai muntah le kita tengok macam MaharajaLawak.
Perkahwinan Charles and Diana di St Paul Cathedral di London. Dipancarkan diseluruh penonton TV lebih kurang 75,000,000, dan dikatakan 'A perfect fairy day'

25kaki panjang gaun, 'The People's Princess'
Suka aku gaun panjang-panjang..pernah berangan mat jenin..

Teringat aku masa perkahwinan Putera Charles dan Lady Diana dulu. Gaun panjangnya lah yang menjadi trademark. gaun itu terbuat dari enam kain yang berlainan, termasuk 25 meter dari Taffeta sutera, 100 meter dari crinoline Tulle dan renda dari Queen Mary, 150 meter dari jaring tudung, 10,000 mutiara dan 25 kaki kain sutera.

Memang grand betul. 29hb Julai 1981(eh.. kebetulan ke sama tarikh kahwin Prince William?) masa tu takde internet. Dapat gambar kaler aku gunting dari majalah orang putih abang aku, aku bawa gi sekolah. Nak show-off katakan. Memang aku simpan. Last-last aku tak tau mana gi gambar tu. Hilang..
So kali ni aku akan tengok puas-puas kat Astro ataupun kalau suka download je. Mesti ramai volunter upload kat youtube. Ini sesuatu peristiwa yang penting dalam sejarah juga tu!

Thursday, April 21, 2011

Popular kerana Maharaja Lawak

Last week persembahan Jozan memang best.. taknak lah citer pasal Jozan tapi pasal lagu yang best tu.. terjatuh chinta le pulak! Actually biasa je dengar kat radio, tapi saje je nak share...
TBK- Bukannya aku takut.

Ku tak perduli
Bila ku benar benar cinta mati
Ku tak peduli
Ku memang begini
Bila ku benar benar cinta mati
Ku tak peduli
Apa saja yang kau inginkan
Aku rela...

Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau tak kan mengerti
Yang slama ini aku rasakan, pasti
Kau tak peduli
Bila saja yang kuinginkan kamu rela



So enjoice!

Wednesday, April 20, 2011

I love this! And I know you too..

Sorry, tak tau nak kredit kat sapa yg punya idea, tapi boleh tahan la.. i like....

..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Mini Car Touring Giant.

Minggu lepas Ashraf demam sekejap. Boleh ek demam kejap kejap! Mana taknya. Semangat nak main beskal. Kalau deman kan takleh main. So kenalah cergaskan sikit badan. Tapi ke klinik juga lah. Suhu 29.1 darjah ferenheit.
Petang bila dah kebah, babah belanjalah jalan-jalan. Suka tak?.. Yang pasti, ibu orang yang paling suka... hahahaa...
Memula gi Cyberjaya, tempat makan fav babah. Pastu gi Giant Puchong. Ibu nak gi pameran buku, tapi silap pergi Giant. Sebenarnya kat Giant Bandar Puteri, tapi ktrg gi Giant Kinrara. Ala.. sambil-sambil tu boleh le jumpa Linda.. kazen Ashraf!
Tapi Ashraf lagi best.. dapat naik kereta mini. Dia mesti minta babah dia. Mesti dapat punyalah.. Kalau minta kat ibu, mesti tak dilayan.
Muka cuak!
Dah ok. Pandang kiri dan kanan sebab signal rosak.
Meluncur laju.
Muka nak langgar ibu. Ooo.. ada niat ek!

Harga sewa kereta mini.

Pilih aje mana nak suka. Motor ada, jeep askar pun ada.
Then tetiba nampak maskot pizza hut. Ada family buat birthday party kat pizza, so maskot ni entertain birthday boy. Ashraf tumpang ambil gambar je.
Besarkan keju tu?

Friday, April 15, 2011

Maharajalawak - Minggu ke-3

Peserta pilihan aku

1) Nabil

 


2) Sepah

3) Jozan


4) Jambu

Last sekali.. lepas aku pengsan 358hari pastu sedar pastu pengsan..... baru aku pilih Amir... ahhaahhaha... suka hati aku le..

Win a 7D/6N trip to Christchurch today! All you need is just an expression away, I swear!! Join now. #AAXFacesGoPlaces

Win a 7D/6N trip to Christchurch today! All you need is just an expression away, I swear!! Join now. #AAXFacesGoPlaces

Fantastic Friday

Hahahah.. mungkin muka kita pagi ni macam ni kan? Esok dah nak cuti. Sapa yang kerja tu, pepandai le kalau nak cuti juga. MC ke atau emergency ke. Boleh aje. Kalau bajet gaji bulan lepas ada lagi, boleh sambung soping atau balik kampung. Tapi kalau tinggal cukup-cukup makan je, baik duduk diam-diam kat rumah. Bercucuk tanam ke, kemas-kemas rumah atau masak sedap-sedap untuk famili.
Apa-apa pun
'Selamat Berhujung Minggu'

Tuesday, April 12, 2011

An Evening at Aunty Aini's

Kelas tajuk! Lepas hujan semalam, perut lapar le pulak. Nak masak babah kata takyah. Cehwah! green light lagi! So makan luar le jawabnya. KFC no! MD no! Bubur nasi no! Jom kita gi Aunty Aini's la. Aku jom aje. Biasanya aku pergi lunch time, tapi nak rasa pergi waktu malam pula lah. 
Inilah tempatnya. Orang Nilai mesti tau tempat ni. Kalau jalan lama ke KLIA, mesti jumpa. Pintu gerbang yang menyambut kedatangan tetamu.
Perhatikan signboard ni sepanjang perjalanan ke KLIA. Mesti ikut jalan lama. Kalau jalan baru, tak jumpalah. Kena lalu pekan Nilai lama juga.
Masuk-masuk je pintu gerbang, dan terbentang permandangan yang menyejukan mata. Rimbunan daun-daun, bunga-bunga serta hiasan taman yang bersahaja. Seperti gaya rumah melayu lama.
Laluan pejalan kaki diatur berselang-seli batu-batu kecil dan batu-batu konkrit.
Kolam air menyambut kedatangan kami.
Laluan ke taman. Boleh berjalan-jalan mencuci mata sementara menunggu hidangan.
Hiasan di laman.
Meja disusun atur menarik. Ruang yang terbuka.

Pelanggan boleh memilih dimana ingin menjamu selera.
Didalam rumah kecil ini pun boleh.
Model baju tidur Giant.
Antara koleksi bunga yang ada kat restoran ini. Kalau bawa mak aku, sure dia petik untuk buat koleksi. 'Green thumb' le katakan.
Nak makan, jangan lupa basuh tangan. Hiasan di tempat basuh tangan pun menarik. Memang suasana sejuk je mata memandang lebih-lebih lagi lepas hujan. Alhamdulillah takde pulak nyamuk.
Btw... aku tak ambil gambar makanan sebab terlalu lapar dan excited ambil gambar. Gambar makanan yang aku ambil hanya aku post kat FB aje. Nanti aku buat post pasal lunch pulak.

Thursday, April 07, 2011

Travelog 1: London ke Paris

NOTA:
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk ok! Tapi sebagai panduan untuk sesapa nak gi jalan-jalan.

Citer ni dah lama. Bulan October yang lepas, tapi masih rasa seronok pulak nak citer. Iyalah, aku kan tak pernah gi jalan jauh. Negeri orang putih lak.Tu yang macam gayat! hahaha.. Aku sampai London dulu dari Malaysia. So citer London tu, lain kali je. Kalau-kalau ada mood modal.
Aku tempah tiket melalui website eurostar. Banyak kali juga lah aku cuba. Tapi bab-bab booking tru internet ni, kena cuba banyak kali. Kerana dalam beberapa saat je, harganya boleh naik. Macam aku booking Eurostar ni, kejap je dah naik GBP42. Alhamdulillah aku dapat booking GBP39 seorang. So aku berdua, aku dapatlah GBP81 plus tax GBP3. So RM395.14 terbang.
Station Eurostar kat UK. Depan ada ada kerusi. Tidur kat situ je.
Aku sampai kat Station St Pancras ni malam, kol 11.30malam kot. Disebabkan Eurostar pepagi kol 5:25pagi waktu London, aku tido je kat sini. Tak takutlah sebab security selalu lalu lalang dan pekerja Marc & Spencer ada je punggah barang. Dan sampai Paris Nord kol 8:50 waktu tempatan.
Itulah Bruno Mars sebelum dia jadi millionaire. hahahaaa... ini dalam Eurostar.
Ini adalah keadaan dalam train. Tempat letak barang dekat je ngan kita. Dan yang kecil-kecil tu boleh le letak kat atas kepala. Sangat-sangat selesa. Lagipun train awal pagi tak ramai orang, so takde le orang lain duduk depan aku.
Sempat lagi bercamwhore sebelum membalas dendam untuk tido. Aku tunggu je dia masuk terowong yang melalui Selat Inggeris di Selat Dover. Pastu aku nak lelap. Opss.. lupa bagitau.. Eurostar ni train laju yang menyambungkan London, Paris dan Brussel. Lagipun gelap. Pagi sangat pun. Manalah aku tau dah masuk terowong ke belum. hahha..
Dah sampai Paris. Tersangatlah laju, tak dpt kamera cap ayamku ni amik gambo.
Dah dekat nak sampai, aku terjaga. Puas le orang-orang dalam train tu dengar aku berdengkur. Lantak le. Aku pun sibuk sibuk nak amik gamba. Tapi apakan daya, kamera aku takde 'VR-vibration reducer'. Menggigil le gambar tu. Tapi dapat le aku bawa balik kenang-kenangan.
Laju sangat. Tak dapat ambil gambar dengan kamera cap ayam ni.
Tapi memang menarik. Banyak ladang kat sini.
Dah sampai Paris Gare Du Nord.
 Tepat seperti waktu yang tertera kat tiket, kami pun sampai le kat Station Gu Nord. Gare tu maksudnya station atau terminal. Kami cari 'sortie' je yang menunjukkan dalam keluar. Dalam pada tu, baca juga tiket. nak confirm kan tiket aku ke Nice pulak pukul berapa.
Beberapa hari sebelum aku sampai, kat Paris ni sibuk dengan mogok. Aku pun berdoa le moga tak kena tempias. Tapi apakan daya. Nanti aku citerkan.
Pandangan luar.
Gambaran kat dalam agak menakutkan. Sebab rata-rata askar dok lalu lalang bawa M16 senapang. Aku tak tau jenis apa. Jangan tanya aku. Nak tanya askar tu, silap-silap kena lempang lak. hahha... Misi aku mencari tiket ke Gare d'Austerlitz. Senang nak cari sebab information bod melambak kat sini. Kalau tak tau, try le tanya. Muka mestilah kena mesra. Kan pergi tempat orang. Aku rasa aku ambil merto line M5 untuk ke Station d'Austerlitz. aku pun dah ingat-ingat lupa.
Gambaran kat luar pun sama menakutkan. Dengan muka dorang yang sombong, aku lepak je pekena capuccino. Apa? Setengah cawan je? Emmm.. agaknya memang maksud cappucino memang 1/2 cawan aje kot. Nak makan tak boleh lagi sebab aku tengok kat gerai-gerai semua ada tulis de porc.
Tepat pukul 10pagi, lalulah segerombolan pemogok yang terdiri dari pekerja-pekerja kenderaan awam. Dengan perlbagai bunyi dan juga laungan kata-kata yang sepatah aku tak paham. Ada juga simbah-simbah warna. Entah  le.
Opss lupa nak bagitau. Depan station ni ada McDonald dan juga kedai Arab. Memula usha kedai Arab tu. Haram dia taknak buka selagi belum kol 11pagi. Pasti aku nekad je gi MD. kengkonon nak order fillet-o-fish, tapi lom kol 11 lagi sebab dorang tengah serving breakfast. So aku tunggu je kat dalam. Sejuk giler  kat luar tau! Ada lak mamat gila dok cakap-cakap kat luar. Pastu masuk kat dalam. Dalam hati aku berdoa dia tak kacau aku. Takut juga weiii!!.. 
Kol 11 je aku terus order makan. Boleh lah alas-alas perut. Sejuk membuat aku lapar dengan cepat. Pastu aku terus cari platform M5 untuk ke d'Austerlitz. Metro train kat sini buruk sikit. Komuter KTM pun aku rasa jauh lebih baik.
Sampai je kat sana, aku cari tempat simpan barang. Alhamdulillah ada. Senang sikit. Takyah nak bergundah gandah bawa barang ke Nice. Tak silap aku(al-maklum le dah lama) 3 hari atau 72jam harganya 7Euro. Kalau lebih, kena tambah lagi 7Euro. So, simpan ajelah. Nak masuk tempat simpan pun macam nak lalu kat imergresen. Scan bagai le hai. Tempat simpan aku tu boleh simpan beg kotak yang sederhana dan juga beg sandang. Selamat sikit aku rasa.
Lepas simpan barang, aku gi ronda-ronda kawasan sekitar. Sambil-sambil cari simcard. Senang nak telefon Ashraf kat kampung. Pastu jumpa kedai Arab/Pakistan. Apa lagi. Babah tumpang sembahyang dan aku tumpang toilet. Yang pasti toilet mereka bersih(amat penting bagi aku). Lepas tu, terus order makan sekenyang-kenyangnya.
Lepas dah kenyang, waktu lebih kurang kol 3.30ptg waktu tempatan, saje je gatal-gatal gi station Gare d'Austerlitz. 
Aku pun dah booking online SNCF TGV untuk 2 orang pergi balik 232Euro atau RM988.62. Ke Nice aku booking kerusi duduk. Tapi balik ke Paris, aku saje try ambil katil. Keretapi malam diorang panggil Lunea.
Nak check kot-kot ada nama aku tak kat dalam train kol 10 malam ni. Ala.. pakcik jaga kaunter ni tak paham cakap orang putih lak. Tapi dia ok. Dia cari lak member dia yang boleh cakap omputih. Tetiba ada sorang mamat ni yang sedang beratur kat barisan sebelah menyampuk. Katanya, train malam ni takde. Alamak! tercepuk kejap aku. Katanya sebab mogok, semua jadual telah di rombak atau pun 're-schedule' Kalau nak pergi Nice, hanya ada satu train aje pukul 4:30ptg ni. Tapi kat station lain pulak. Kat sebelah. Aduh! mana lah aku tau. Last-last main redah je. Ikut sign-board.

jambatan merintangi Sungai Seine.
Nak sampai ke Gare d'Lyon, kena merentasi sungai ni. Berlari-lari anak le kita orang. Sambil tu tanya gak orang-orang yang lalu lalang. Alhamdulillah semuanya membantu. Sampai aje kita orang tengok boarding board. Sambil tu tanya juga kat kaunter nak reconfirm. Memang pun. Kalau terlepas train ni, alamatnya aku naik train esok pagi. Gelandangan le kami tak station tu nanti.
Paris Gare de Lyon
Ramai juga yang senasib dengan aku. Tapi tak de lak aku nampak muka belacan cam  aku. hahahha...semua muka keju ataupun muka tak cukup tido. hahhaha...Janji aku dah sampai kat station. Nampak je train dah ready, kita orang pun gerak le nak naik train.
Masalah lagi! Platform yang sepatutnya train berhenti, sedang renovation. Aku tak perasan. Berlari-lari anak le lagi sekali ke platform sementara yang agak jauh juga.
Pastu bila tunjuk tiket, station master tu suruh gi tanya kat belakang. Sebab katanya aku punya train lambat lagi. Ceh! apa ni? Communication break-down kot antara kaunter ngan station master. Takpe, aku tanya lak kat belakang. Belakang pas lak kat depan. Last-last aku tanya seorang perempuan yang juga station master ni. Aku rasa dia agak tinggi gak pangkatnya sebab uniform dia agak bergaya. 
Luckily, dia tolong aku sampai aku dapat tempat duduk. Aku lupa nak catit nama dia. Tapi she's very helpful.
Penat sangat ber'amazing race' sampai lupa nak ambil gambar dalam keretapi.
Pandangan yang biasa dilihat sepanjang perjalan keretapi.
Tapi kat mana-mana aku tengok, Paris ni tak le bersih. Banyak grafiti merata di station ni. Ada juga homeless kat sini. Tidur dalam tempat yang macam gudang tinggal, ataupun tinggal kat bawah jambatan. Hatta kat rumah-rumah flet pun aku tengok ada aje grafiti ni. Macam luahan perasaan dia orang kot pada pemerintah atau individu. Yang herannya, tempat tinggi pun boleh dia orang lukis.
Syukur sangat-sangat aku duduk kat Malaysia n. Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri.
Ok.Nanti sambung lagi. Aku nak ingatkan semula kenangan-kenangan kat sana.