SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, July 30, 2008

July

July.. spt tahun2 lepas, memang aku menunggu bulan ni sbb dlm bulan ni ada besday babah.:) tapi untuk tahun 2008 ni, bulan july ni macam2 peristiwa berlaku. Suka dan juga duka. Dan bulan ni juga aku rasa mcm penat sikit. Mungkin byk xtvt. Jom aku cuba utk 'list'kan satu persatu. Bermula dari awal bulan le...

7 july 2008 - emm aku dengan rasminya tamat kerja2 kat jusco AU2. So pagi2 driver dari opis angkut barang2 aku. So.. hidup kenalah diteruskan..

10 july 2008 - aku terus datang kerja sendiri dari rumah. sebab aku dah pindah ke projek baru. PICC (CRW) tapi opis aku kat Dengkil. So inilah rekod aku paling kejap duduk kat opis.

12 july 2008 - Encik Mat(suami Kak Yen) meninggal setelah lama menderita sakit. Tapi masa ni aku kat kg, Nyah buat kenduri aruah.

14 July 2008 - aku cuba berposa. Nak ganti posa aku tahun lepas yg tertinggal. 8 hari lagi beb. Tapi emm.. tengahari je, bendera merah dah turun. So apa nak buat? Terpaksalah berbuka, tapi aku tak berbuka sbb baru kuar sikit. aku ingatkan daki kat peha je. Tapi esok je dah byk. So..x dpt le ganti lagi.

16 July 2008 - Hari ni besday babah. Tapi takde pun hadiah utk babah. Ala.. babah pun bukannya ada bagi hadiah kat ibu. memang tau .. babah ni kedekut sikit. hhheheheh..

23 july 2008 - Hari ni aku ada appointment kat hospital Putrajaya. So pagi2 lagi dah pergi. Kol 8 dah terpacak kat kaunter.. tapi misi kata app. aku kol 9.. so..8.30 baru boleh register. emm.. apa nak buat. beli majalah kejap.Yg ada pun Mingguan Wanita je. Itu pun dah nak xpired! Takpelah bace je pastu tgk jap pau. ada tak? tak masak lagi!! geramnyee. takpelah baca majalah ajelah.
Dekat2 kol 8.30am terus je g kaunter daftar. Then ke kaunter A. Amik berat dan tekanan darah.. so..BP 150, berat yg berta hati nak cakap.. 90.6kg. terperanjat! atau buat2 terperanjat tak tau le.. heheh
Then tgh2 lepak tunggu giliran, baca majalah.. makan chewing gam.. nak dgr radio lak takde 'signal'. emm.. tetiba ada lak ternampak sorang minah lalu, bawa keta sorong. Then ada sorang budak lelaki kecik ikut je bontot dia. macam pernah ku lihat.. emm..oo daklin. akak le tu atas wheelchair. aku terus 'pack'brg dan kejar diorang. Dapat le aku salam2 akak. Tapi akak macam biasa. No respon. Asyik tido je. Tutup mata. Lemah sgt tu. Dan aku kesian tgk dia. Tak sanggup aku duduk lama.Sbb kesian tgk akak. Then perut pun lapo. terus g beli pau. Nasib dah masak. beli 4 ketul. 2 utk Lin, 2 utk diri sendiri. Akak mesti taknak makan. Kin terus makan kat luar.
Budak kat kaunter tu panggil lak sbb doktor nak jumpa. baik dah habis makan. Then aku terus blah... tanpa jumpa Lin ngan akak.
Malam lak Lin call, bagitau result doktor. Katanya kanser dah sampai ke tulang belakang. Dan kat perut macam ada ketumbuhan. Doktor kata takleh nak buat apa2 lagi. Lin kata malam tu, mak dia meracau-racau nak balik kampung. Esok tengahari baru akak balik ngan abang.

26 july 2008 - Sabtu aku tak kerja. so lepak-lepak je kat rumah. Tengahari aku call mak. Tanya macamana keadaan akak. Mak kata balik le. Aku dapat rasa cakap2 mak berlapik. Then aku call Mali, tanya dia nak balik ke tak? Tapi Mali tengah sibuk. Dia kata nanti balik bincang. Tapi bila dia balik, aku lak kelu nak cakap sebab aku tengok dia penat je. Dia pun sebenarnya tunggu aku ajak. Sampai le malam. Dia ajak aku g jln 10. Ada makan2. so aku ikut le. Lepas kenyang, dia hantar aku ngan ashraf balik. Tapi dia g semula. aku layan tv ngan buka cerita.

27 july 2008 - kol 12.15 dpt sms dari angah, akak dah meninggal kat kg. Aku punyalah kelamkabut balik. sampai melaka kol 4. aku dpt mandikan jenazah, tapi aku tak dpt ikut sampai kubur. itu ajelah aku dapat berkidmat ngan akak. Dan aku akui, dia byk menolong dari kecik, semasa aku belajar, aku kerja hatta aku mulakn hidup baru pun dia byk tolong. Moga Allah cucuri rahmat atas rohnya. AMIN.

Friday, July 25, 2008

Aku masih ada ibu..

"Syurga di bawah tapak kaki ibu"
"Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia"
"An angel could not ask for a higher mission; for in doing this work she is doing service for God"
"A mother is God's deputy on earth."
"The distinctive duties of woman are more sacred, more holy, than those of man"


Kisah IBU
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Sekarang aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Hingga saat ini...

Ibu tak pernah merungut padaku
Ibu tak pernah mintak padaku


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.
Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!
Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah. So.. bagi yg masih ada Ibu... renungkan lah sebelum terlambat



Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Kisah Teladan - Seorang Budak dan sepohon Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok, memetik dan memakan epal sepuas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain denganmu" jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih
Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan buat keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Sebenarnya, pokok epal itu adalah seperti ibu-bapa kita.
Ketika masih kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka.
Ketika meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup.
Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.
Oleh itu...
· Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah pusaranya..
· Kirimkan ibu walaupun lima puluh ringgit. Namun wang bukan impiannya, hanya ingatan jadi taruhan
· Andai ibumu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung kerana anak yang soleh selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibunya!
· Hubungilah ibu hari ini, jangan tangguhkan ke hari esok, kerana esok belum tentu

Kawan

1)kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak....
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap... dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI.. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA... Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.... kejap ade kejap takde..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.......kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.



Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya... :)