SuperHeroin kawan nuffnang

Sunday, September 25, 2011

Cepat sembuh ye Angah!

Khamis bersamaan 22/sept lepas, Angah aku baru je lepas menjalani pembedahan kecil di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Menurut Angah, di dalam hempedunya ada batu. So doktor terpaksa membuang hempedunya untuk membuang batu yang sebesar lebih kurang 5-8mm. Aku dapat le tengok batu tu. Hitam dan diliputi lemak. Almaklumle.. tuannya pun berlemak juga.
Kata doktor, jika lambat keluarkan batu, kemungkinan akan ada infleksi lain seperti kanser hati. Batu tu pun tak boleh keluarkan melalui pembedahan laser seperti batu karang, sebab pecahan batu itu akan menyebabkan kemungkinan besar 'tersangkut' dalam perjalanannya keluar dari hempedu.
So Angah!. get well soon! Ateh mendoakan kesihatan yang terbaik untuk Angah.

Tuesday, September 06, 2011

Kesah Raya 2

Raya bersambung.. pagi raya pulak. Sessi bergambar tu biasalah..

Mak setia menunggu anak-anak balik sembahyang raya.
The blues..




Me & my sis Along




Me & my big brother, Angah.




Me & my little brother. Pak Anjang


Angah & Along. Single parent.
Senyuman Ashraf terserlah.
Ashraf, ibu dan budak tembam Alesya.

Kesah Raya 1

Alhamdulillah raya kali ni dapat juga kita sambut. Syukur sangat-sangat aku masih diberi peluang menyambut Syawal. Kali ni aku raya kat kampung aku dulu le. Tapi kampung babah... bukan jauh sesangat le.
aktiviti malam raya - main bunga api. subjek tak berapa terang sebab atas alasan keselamatan :D
Malam raya, apa lagi aktiviti yang menarik selain bunga api. Kat kg aku ni macam biasa, lepas je berbuka udah macam medan perang. Kiri kanan depan belakang semua main mercun. Semua bakau duit. Bukan kecik2 punya. Kat rumah aku ni angah & babah le supplier. Tapi yang kecik2 je sebab ramai budak kecik.
Wajah ceria hari raya. koleksi masyuk agaknya.
Pagi raya wajah-wajah ceria ni. Pakaikan baju raya, pandai le dorang bergaya. Tapi ni baru separuh je yg dapat capture.
Ashraf & sepupunya. Geng baik ni..
Ashraf seronok sangat sebab ramai sepupu-sepupunya yang sama baya. Kalau boleh tak balik. Nak terus duduk kampung.

Penjaga di kiri dan kanan.
Along dan Aziq yang selalu 'buli' budak-budak kecik. Bukan buli la... , tapi tolong jaga kalau notti2.

Mamat, Angah, Mak, Aku dan Along. Ini je family yg ada pagi raya.