SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, October 26, 2009

Nak kurus ke idak?

heehh. inilah aku sekarang... bila nak transform kecik sikit. entah le..

semalam g jalan2 kat Semua House.. banyak gak baju-baju yang cantik-cantik. Aku tak pernah g sini. First time macam terperanjat gak.. Ada gak jual baju2 size XXXL kat sini. Dalam hati.. tak diet pun takpe sebab ada baju kat sini.. Tapi all the big-big size tu.. macam orang tua bila aku pakai. Walaupun aku tak berapa tua dan tak berapa mude.. hehehe.. lantak le..

Tapi yang cantik2 tu mostly yang jarang2. Yang boleh nampak muscle2 lemak aku bila aku pakai. So aku niat dalam hati nak kurus.. hheheh.. macam sumpah-sumpah lak. Asyik tukar niat.

Monday, October 19, 2009

Hari yang Keliru

Hari ni aku letih sesangat. Pepagi dah kuar servis keta. MyB lak demam tak kebah2. Risau lak aku. Katanya tadi nak g kerja. Tu yang aku suruh hantar Ashraf g Taska.
Tapi rupe-rupenya dia tak larat.
Aku lak ada program lain lepas servis keta. Nak g Imigresen. Dia nak ikut lak. Sebab nak g klinik amik Mc. So aku pun patah le balik umah.
Rupe-rupenya ke Putrajaya juga le MyB dengan demam2 tu.
Tau ajelah kalau g kat bahagian kaunter perkhidmatan, mestilah lambat.
pukul 4 baru sampai klinik. test darah. Then doctor suspect macam denggi sebab darah putih kurang. Tapi yang lain2 normal. Iyalah.. tanda2 macam denggi.
Doakan for my Hubby okey!!. Aku tempang tanpa dia... :P
About the prev posting yang ada SA tu.. sebenarnya server yg benggong. entah napa.. tetiba hang je.. Kang aku lak gantung komputer ni.. heheh

Sa

Deepavali on Saturday




Last Saturday.. aku agak bermood juga le.. So aku masak le nasi ayam. Lantak le aparasa.. janji aku MASAK. By the way, kakak ipar ku nak datang, so aku masak le lebih. But MyB lak demam. Demam sejak petang semalam. So.. makan le ue..

Thursday, October 08, 2009

GPS



Dah lama mengidam benda ni. Alhamdulillah dapat gak. Aku kan suka jalan-jalan. GPS atau Global Positioning System adalah satu-satu system navigasi satelit yang berfungsi dengan baik. Dengan menggunakan 24 satelit, ia mengirim signal gelombang mikro ke bumi.
Tapi kat setengah-setengah tempat, laluan atau jalanraya tak berapa nak update. Aku pun tengah belajar ni. Asyik pergi kerja, balik kerja je.. Site aku pun masih tak dapat nak bagi lalaun yang betul.

Wednesday, October 07, 2009

Buaian


Semalam aku ambil Ashraf dari taska. Selalunya MyB yang ambil. So... dapat lah layan dia kejap main basikal, then dapat le aku test duduk kat buaian yang aku baru beli ni. Murah ni.. RM300 aje.. mana nak dapat, tapi ni display punya. Oklah.. masih cantik.. hanya skru ada tanggal sikit2. Dorang dah ganti pun.
So.. aku pinjam model yang banyak cakap ni berposing.
Ada upah tau.. nak basikal besar sikit.. hehhe.. tak tau bila dapat.

Tuesday, October 06, 2009

Raya Rumah Zana



Last Sunday… Me, Be & Ashraf gi rumah Zana. Bukannya dia ada open house ke apa. Makan-makan hanya untuk kengkawan rapat je. Aku dari Selayang rumah Syima, terus je g Taman Equine rumah Zana. Cari GPS yang baru beli sabtu lepas, tak jumpa pun alamat rumah dia. So guna guide Jusco Equine Park. Dapat pun.. GPS ni tak berapa update le. Ada jalan yang di’warta’kan. So takde le petunjuk dalam map.
Yang datang hanya Mas sekeluarga dan Ita Zubir. Oklah tu.. walaupun tak ramai tapi anak-anak yang memeriahkan suasana selain celoteh dak Mas yang non-stop.
Shei tak dapat datang. Sakit kaki le pulak,. Sian lee...
Zana masak mee curry. Best!!!!.. nanti sapa nak.. boleh order..hehe..
Pukul 9.30 kitaorang bergerak balik. Enjoy.. and we plan to gempur rumah Ita Zubir minggu depan….

Monday, October 05, 2009

soping raya di Ikea


Soping raya di Ikea memang letih. Iyalah ... dengan perut yg lapo.. tekak yg dahaga.. ngak bisa doh.. hehe..
Tapi aku kena gak g Ikea untuk cari besi langsir. Lain kali aku entri pasal langsir.. heh. ni. gambo ashraf yang tak puasa tapi berlagak macam orang puasa