SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, August 18, 2010

Pencuri oh pencuri!

Site office aku kena pecah masuk malam tadi. Entah kerja sapa le (walaupun boleh suspek.. hheheh). Orang buat amal ibadah dalam bulan posa ni, dia pulak pergi merompak. Cari duit untuk raya kot.
Perompak masuk melalui bilik 'construction manager' aku. Aku tak tau.. mungkin dia lupa kunci tingkap selepas hisap rokok. Sebab takde pun cermin tu kena pecah. Hanya 'blind' aje yang penuh lumpur. Lagipun tingkapnya berdepan dengan jalan besar. Opis aku ni atas bukit, mungkin takde sapa yang perasan.

Ini bekas lumpur kat tempat duduk aku. Mungkin masa ni dia sedah berusaha untuk  mengumpil laci yang aku kunci. Habis dia umpil tau. Geram aku.

Inilak.. kasut aku. Mungkin dia cuba pakai.. kot-kot muat le.. tapi sebelah je dia belasah. Belasah kanan. Lagi sebelah lagi, dia berkaki ayam.

Sebab hanya tapak kaki sebelah kiri je kat sekitar meja aku ni.
Bawah ni pulak kerusi aku yang dia duduk. Penuh lumpur. Oppss.. lupa nak bagitau, petang semalam kat sini memang hujan lebat hingga ke pagi. Sebab tu dimana-mana je ada lumpur bekas tapak kaki
  
Tengok! Sebelah tapak je dia guna sebab sebelah lagi dia pakai kasut aku. Yang aku heran, kasut aku size 6, tapi mengikut size tapak kaki, aku rasa size 9 kot.. besar. Mungkin juga orangnya kurus tinggi.. Chewah!!.. macam CSI pulak!

Tapi yang paling aku sedih, perompak tu ambil semua duit syiling 50sen yang aku kumpul. Hempeh tau! Kalau tak.. boleh aku guna untuk bagi duit raya. Rasa-rasanya adalah RM30 kot.
Takpelah.. benda dah lepas. Duit boleh dicari... Nyawa yang takde galang gantinya.

Monday, August 16, 2010

Jam terbesar di dunia.

Jam terbesar dunia sekarang dimiliki oleh Arab Saudi. Jam 4-muka terbesar itu bermula dengan rasmi pada pagi Rabu, selepas 12 tengah malam Ramadhan pertama setelah mendapat perintah dari Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud. Ia juga diharapkan akan menjadi panduan kepada umat Islam seluruh dunia.
Dan ia terletak di bangunan yang tertinggi di sini di puncak Menara Abraj Al-Bait dan hotel yang terbesar di Mekah dan kedua di dunia selepas Burj Kalifah di Dubai. Jam ini juga berdekatan dengan Kaabah berukuran 43dia. dengan ketinggian 1,972 kaki termasuk 200 kaki menara hotel. Jam ini juga dihasilkan dengan menggunakan 2 million lampu LED dengan tulisan Arab yang besar bermaksud "Dengan Nama Allah" dengan menggunakan 90keping mosaik kaca berwarna menghiasi sisi jam.

Ini cahaya waktu malam.

Ini pula pandangan pada waktu siang.

Dan kerana berada di hadapan tanah suci untuk umat Islam, ia akan merujuk kepada waktu Mekah bukan Greenwich.
Dan ini gambaran dari jauh. Kelihatan Kaabah berlatar belakangan permandangan jam ini

Wednesday, August 11, 2010

Badminton Terbuka Taman Desaria

Badminton.. lama rasanya aku tak main. Iyalah badan dah berat. Nak lompat pun payah. hehhe. Tapi berkat aku gi gym seminggu yang lepas, aku masuk juga atas pujukan Puan Yatie a.k.a jiran aku sebab dia tak de sparing partner.
Memula tu malas le sebab last minit, tapi kesian lak aku ngan dia. Siap tepon2 lagi aku. So aku pun melangkah le ke gelanggang dengan gayanya.. chewahhh!!!
 Permainan ini anjuran Kelab Sukan Taman Desaria. Aku laktak bawa lak kamera. Padahal biasanya, itulah benda penting yang pertama sekali aku simpan dalam beg. Takpelah..
Penat gak memukul bola ni. Wanita ada 5 team. so aku kena lawan dengan 4 team tu. Tapi biasa le, kita orang main suka-suka je. Saje nak memenuhi koata pertandingan.
Babah pun main juga. Dia lagi le terror. Tiap2 minggu berlatih. Aku ni, mana le sempat.
Btw Babah menang bahagian terbuka lelaki. Dan yang terperanjatnye... aku lak menang terbuka wanit
a. Sebab aku menang 3 game 2 draw. Terror gak aku ek!

Mungkin camni le gaya aku kejar bola.. Takpe janji menang walaupun niat nak seronok-seronok. Hadiah tak tau apa sebab lepas raya baru bagitau. Ceh!!.. minta2 le dapat tiket penerbangan ke Bali.... yahoooo (perasan le)

Monday, August 02, 2010

Besday Lagi

Ashraf akan menyambut hari jadi yang ke 4 pada 4 Ogos ni. 2 hari lagi tapi ibu dah buat kat kampung sebab ramai yang balik kampung. TTTaaaarraaa.... kek Ultraman Ashraf..
Tak tempah pun kek ni.Tapi mungkin rezeki Asshraf... dapat le kek Ultraman ni. Cantik dan sedap juga. Takyah beli kat Secret Recipes yang mahal dan banyak cream tu.. haahha.. memang pun..

 Birthday boy yang tak sabar nak potong kek.


Sebelum potong kek, mestilah posing dulu. Btw.. Azim pun sambut besday jugak, tapi lagi 2 minggu le. So celebrate le sama-sama.
Semua makanan atas meja tu pun selamat....