SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, July 05, 2011

Fridge Magnet - I want more and more...Part II

Ok. Ni sambungan dari fridge magnet i want more and more untuk masuk 'giveaway contest'  setelah diberi motivasi oleh opis mate aku, blogger yang glamer itu. Tak nak lah aku bagitau nama, Kang buatnya aku menang (macamlah orang nak bagi aku menang), orang kata aku guna orang dalam.. hahhahah..Sebenarnya aku tak baca dengan betul contest  tu, aku tebuat salah. Tapi lepas hantar, baru aku perasan. Dengan zasssss.. nya aku coverlah balik. hehhehe..
Memula jom tengok gambar dulu. Sebenarnya kalau ikut sejarah (che wah...!!!) banyak juga lak koleksi fridge magnet(fm) aku. Dulu aku letak kat depan pintu peti sejuk. Tapi, yang ada kat rumah ni dan yang datang rumah ni ala-ala keturunan raksaksa, habis luruh, jatuh berkecai bila tutup peti sejuk. Nak marah kang, putus sedara lak. Kata aku sayang FM dari diorg. Serba salah lak aku kan.. kan..
So lepas aku pikir punya pikir, lalu lalang 345 kali tepi peti sejuk tu, terus aku dapat idea. Punyalah lembab aku nak fikir... hahhaha..
So hasilnya, ini ajelah koleksi yang aku ada. Barulah panjang sikit nyawa FM ni. Inilah antaranya aku selamat aku selamatkan. Ada antaranya aku beli sendiri. Ada antaranya suami aku beli kan. Dan istimewanya ada juga dari kawan-kawan aku, hasil dari peras ugut aku..hahhah.. taklah... Diorg ikhlas bagi bila pergi mana-mana. Sebab tu aku doakan diorg selamat pergi dan selamat kembali. Dapat aku tambah koleksi kan..kan..
Ini adalah FM pertama aku. Aku bagi kat hubby aku. Masa tu belum kawin lagi. Lamakan.. Dah tukar warna kuning. Aku rasa dah lebih 12 tahun. Ala.. orang lelaki ni mana le tau simpan menda -menda gini. Last-last balik kat aku semula. Tapi at least ada gak le kenangan bercinta.
Yang ni kalau tengok memang hangin satu badan. Sayang aku kat FM ni sebab cantik sangat pada aku pada masa itu. Aku rasa tahun 2003 atau 2004. Ini adalah FM ke-2 yang sama aku beli. Yang pertama jatuh berderai sebab bibik part time. Dia boleh sorok atas peti sejuk je lepas jatuh berderai. Aku perasan pun lepas dia balik. Terus aku tak panggil dia datang lagi. Hahahaa.. kelakar tak? Yang ke-2 ni aku gi Langkawi kali ke-2, aku cari lagi, aku beli. Alhamdulillah jumpa juga. Tapi jatuh. Patah. Pun sebab bibik juga. Tapi dia bagitau. Takpe le juga. Nak buat camna. Takkan nak pergi Langkawi beli lagi? Kopaklah aku kan..kan..
Ada juga member aku gi Taipei bagi FM tersangatlah comel. Tingginya 2" lebar 40cm kot. Besar ibu jari aku je. Muat aje aku selit-selit antara FM tu. Comel je. Mungkinkan orang-orang Taipei comel-comel?

Ni antara FM yang aku beli masa aku ke Europe tahun lepas. Aku ada bagi orang FM tu, tapi bila aku gi rumah dia, aku tengok FM tu dah pecah. Jatuh kot. Isk sayangnya. Penat lelah aku ngendung naik turun keretapi laju hancur luluh. Tapi nak kata camno? Dah bagi, takkan nak minta balik. Buruk siku le pulak.

 Ni pulak masih panas kat peti sejuk aku. Aku baru je beli sendiri kat Flea Market Amcorp Mall. RM20. Bising Hubby aku. Abih aku kata le, dah memang rate kat situ camtu. Aku pun tak tau, saja je aku belasah.  Aku pun rasa ini FM yang paling mahal aku beli. Yang aku beli kat Europe tu tak kira mahal tau, sebab aku tak convert RM heheh.. masih nampak murah.. (alasan.. alasan). Takpelah. Belom cukup lagi duit nak gi NY, beli ajelah FM tu. Manalah tau, kot-kot ada semangat kat situ.
Okaylah. Aku rasa cukuplah aku membebel. Kalau dapat tambah koleksi lagi, Stadium Anfield (Liverpool supporter)  aku tadahkan. Kalau sesapa nak masuk give away contest ni, masuklah kat sini:
Cepat tau. Nanti dah sampai tarikh tutup, jangan salahkan aku kalau aku menang. :-D

3 comments:

ken said...

so nice.. i wish to collect alot too :)

Pou Leen said...

wah, byk giller magnet! =)

aku ekynn said...

hhaa..thanks!..