SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, December 28, 2009

Aktiviti petang Krismas

Jangan salah anggap pulak. Aku bukan pergi tempat-tempat yang sepatutnya atau pergi mabuk-mabuk.. jauhkanlah.. Ni ha.. aku ngan Babah gunting rambut Ashraf. Rasa sangat semak bila dia rambut panjang. So kasi gonjeng lee..
Babah je yang trim. Kan babah dah expert trim rambut sendiri. Ashraf pun tak takut.

Sukalah tu.

Ni tak berapa siap.. tunggu jap lagi..
Mamak sedang gigih melayan pelanggan kenit ni. Kalau tak tinggi tahap kesabaran, tak tau le.. Lupa nak pakaikan surat kabar kat badan. Ashraf dah gatal2

sikit lagi

Final touch...

Taraaaa... rambut baru sempena Maal Hijrah dan tahun baru. Be a good boy tau Ashraf..





Thursday, December 24, 2009

Pagi di Suatu Pagi..

Semalam petang hujan turun selepas 3 hari tak hujan. Okeylah tu. Ada panas ada hujan. Bersyukurlah.. Malam semalam g makan kat Bagan Lalang ber3. Lama tak makan. Syok.. sampai tak sempat nak amik gambar. Tapi masakan malam ni macam kurang mengancam le pulak... Mungkin tukang masak yang dulu dah resigned kot...Emm.. apa-apa pun Alhamdulillah.. selamat.. kenyang jugak perut aku.

Pagi ni pulak.. kabus tebal sangat. Pandangan lebih kurang 100m aje.. Ni gambar-gambar yang sempat aku capture sambil memandu dan melayan Ashraf berceloteh. Gambar dai Handphone SE P1i aku ni.


Macam nak naik Cameron Highland je.

Kabus tebal. 100m baru nampak sinar lampu motor. Dalam cuaca macam ni, lampun kereta kenalah dipasang. Untuk mengelak kejadian tak diingini


i luv this scene. Cantik bangat eh.. sangat.. dah terikut slang Indon lak. BTW kira2nya rumah aku ni kawasan bukit. Itu yang berkabus tebal.. Ala-ala Genting.. isk.. Genting le pulak..






Ni lak dah dekat sampai sekolah Ashraf. Dia very good mood today. Takde complaint ngantuk le.. apa le.. tapi pagi tadi dah melalak kejap. Ngada taknak pakai baju. Dia nak juga pakai baju Transformer yang sudah agak lusuh tu.

Tengoklah tu. Happy dah sampai sekolah. Hari ni janji ngan dia nak bawa g dentist. Entah dia tau ke tak.. Takut juga dia melalak..

Wednesday, December 16, 2009

Pantai Tanjung Bungah








ini semua gambar2 katgurney drive ke tanjung bungah. hanya capture yang entah apa beraban..

Penang Tour - part 3

Ok.. sekarang sambung balik pasal penang... walaupun dah sebulan lebih.. lol.. ni gambar-gambar kitaorang jalan2 sendiri sambil ditemani Cik GPS. Main belasah je jalan di Tanjung Bungah. So ikut je tepi pantai. Kawasan ni pernah kena tsunami pada tahun 2006, kalau tak silap aku. Tapi pembangunannya menakutkan aku. Sumer berebut-rebut nak buat rumah tepi laut. Bukan tepi laut lagi ni..tapi dah tepi tebing. takut beb

inilah Cik GPS yang melayan mana aku nak pergi. Dan dia le juga kena marah kalau tempat aku nak pergi tu salah direction. Bila terkenangkan harga yang mahal utk beli, aku lupakan saja niat nak campak kat laut..LOL.. iyolah tu..

berani tak buat rumah tebing ni. ahrghh.. tak sanggup.. tapi ada orang yang sanggup..

entah berapa le harga rumah yang dibayar, tapi bagi aku, setiap detik.. takut yang amat..

ni adalah sebahagian gambar2. yang pertama tu ashraf.. tengah aim nak ke laut..pastu gambar Hard Rock Cafe Penang yang baru buka.. then gambar tang korner maut kat Tanjung Bungah. Pastu kat bawah gambar restoran-restoran yg ada kat tepi pantai.. seperti Tarbush, The Ship dan Eden Seafood Village..kat KL dah tutup pun.. Last sekali gambar babah tengah lepak tunggu mee udang dan ABC. Kedai ni betul2 depan Spice Garden. Aku tak masuk pun sebab kaki aku sakit sangat. Malam sebelum g Penang, aku kena simpul biawak 2 mengkarung..

Tuesday, December 15, 2009

Handphone oh handphone

Hari ni.. aku sedih sikit. Hp aku masuk workshop.

Handphone ni lah aku guna untuk ber'FB' time opis sebab opis aku block sumer web yang agak2 melekakan staff dia. tapi bukan aku tau... lol..
Tapi aku boleh guna wireless sebab free... tanpa sempadan..lol.. itu yg best.
Tapi kalau nak main Farmville ke atau CafeWorld, kena main waktu malam le.. takkan nak main ikut hp ni.. melampau sungguh...
Oh.. hp aku masuk workshop sebab stylusnya patah.. dan tertinggal kat dalam. Kalau nak buka, mesti ada skrewdriver yg amat kenit.. manalah aku ada.. so bagi org yg tahu ajelah..

Inilah stylus yg patah. aku ada spare tapi udah yg patah ni tertinggal kat dlm.. abih camno?
Minta-minta le esok dah ok.. Sementara aku nak skodeng experia lak..

Lebih kurang macamnie kot.. hehe..

Tuesday, December 08, 2009

Happy Besday Mak

Isnin lepas 7/12/09 besday mak. Tapi kitaorang buat awal 2 hari. Sebab ramai ada, so sama-sama le raikan.

Ni kek angah belanja. Tapi kitaorang beli kat Secret Recipes. Tiramisu Cake.

Buat kat rumah Lily sebab sumer nak pergi rumah dia. Ni Lily sedang baca doa selamat. Moga Mak panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan paling penting diberkati Allah akan kehidupan mak. Semoga aku dapat masih dapat membalas jasa-jasa mak selagi aku bernafas. Amin..

Dapat ambil gambar sikit je sebab babah yang snap. Itu babah. Gambar yang di snap oleh Ashraf.

Wednesday, December 02, 2009

Bercuti Di A Famosa

Jumaat 20-11-2009, Family aku biasa le tiap-tiap tahun mesti g A Famosa lepak2 barang semalam sambil mandi, berenang-renang bak dugong di Villa AFamosa tu. Sebab Ubi dapat sewa free sebab dia kerja ngan gomen. So tiap tahun le kitaorang g sana. Tapi tiap tahun villa yang berlainan.
Kali ni aku g ngan Ashraf je sebab babah takleh cuti. Dia kan takde cuti lagi. Sian babah. Abu g ngan Ashfar lebih kurang pukul 6 petang gerak dari rumah. Kuar-kuar tol je.. alamak.. jem le pulak.. lupa lak yang cuti sekolah sudah bermula. Sumer orang pakat balik kampung agaknya. So aku pun drive le dengan berhemah.
Lebih kurang pukul 9 aku sampai setelah sesat kerana silap baca nombor rumah. Apalah ibu ni.. hehhe.. Ashraf yang kata..

Ni sumer gambar-gambar kat villa tu. Dapur yang comel, ruang makannya besar, kolam renangnya best, bilik tidur utama besarsan halaman yang boleh letak 7 biji kereta.

Inilak aksi-aksi Ashraf ngan sepupu2nya. Suka ber'pool' (ada ke ayat ni) ngan Sakinah. Berebut pelampung ngan Daniel, berenang2 ngan ibu. Dan dapat tunjukkan Ashraf bagaimana rupa siput. Kagum dia kejap. Selama ni tengok gambar je.

Inilah gambar sebahagian dari family aku. Sebahagian lagi sibuk kemas barang nak check-out.Lily & family. Dan sebahagian lagi tak pergi atas sebab peribadi seperti dalam pantang.. Mamat le tu..Miza kan baru 15hari.

Tuesday, November 24, 2009

Panasonic Lumix DMC-LS42


Ni gambar pertama aku ambil dari kamera baru aku. Ashraf baru bangun tido. Mata takleh nak buka lagi.. cantikkan gambarnye. 10mp okeh...

Ni pulak gambar Pulau apatah dari tingkap bilik Hotel Cititel Tingkat 10.. bilik aku le tu..

Cantikkan langit cerah je. Waktu ni pukul 8.15 pagi. Cukuple gambar-gambar ni. Karang ada lak yang jeles..
Entry melampau hari ni. 2 entry satu hari.. Lantak lah..

Penan Tour (Part 2)

Lamakan aku tak update blog aku ni. Sebab tak sempat habis Penang, dah g A Famosa lak. Seperti biasa, itu bab lain.Ni gambar aku punya dinner. Tujuan g Penang pun memang untuk g dinner Company aku kerja ni. Bukan sekadar jalan-jalan je. So sedikit gambar2 dari kamera member aku dan jg kamera rasmi opis aku.
Bawah ni lak sebahagian yang aku makan. Yang takde gambar tu.. tak sempat nak ambil sebab lapo.. aduyai.. macamana nak kurus.. Oh.. lupe lak bagitau.. sebelum dinner ada AGM. Tak pernah ada AGM yang dibuat bersama-sama staff. Mostly antara bos-bos ajekan. Depan ingat sapalah kita yang dorang taknak ajak meeting. Tapi pasal kita juga depa buat prifit. Tak gitu?.. O.. lupekan company lain.. okey!!..

AGM ni bagitau apa-apa pasal company over the world. Apa2 projek yg dah sukses, projek yg tak dpt, projek yg sedang tunggu green light, projek ongoing, projek tendering dan macam-macam lagi. Dan dari sini aku tau, kat Vietnam dah banyak buat kilang R&D, kat India, walaupun serba serbi mundur tapi banyak makmal, tapi tak buat R&D. Kat China tenaga kerja yang murah tapi tak bermutu dan sebagainya.
Sebelum dinner, daftar nama, then dapat free gift. USB Fridge. Ala-ala peti sejuk yang boleh attach kat computer. Muat le klu nak letak setin air.
Dan aku gak dapat Lucky Prize. Digital Camera Panasonic DMC-LS42 10megapixel berserta ngan 2G memory card. Alhamdulillah sesangat sangat sebab kamera yang sedia ada ni, babah lupe bawa baterinya sekali. Part 3 nanti gambar2 dari Lumix DMC-LS42 okeh!!!..

Wednesday, November 18, 2009

Penang Tour (part 1)


Last Saturday, aku, babah dan ashraf gi Penang. Actually ada company dinner. So gambar dinner kat bab lain pulak. Company bagi hotel dan transport. So.. jalan ajelah.
Lebih kurang pukul 11 aku gerak dari KL lepas aku basuh keta dan sarapan kat nasi lemak antarabangsa kg baru. Aduh.. mesti rasa ngantuk. Tapi bukan aku drive. Babah yang drive. Terima kasih kat babah sebab drive dengan selamat dan berhemah.. mmuuaahh.. ni pulak gambar-gambar yang aku capture sepanjang jalan ke penang, tapi bukan jalan di Penang okeh.. gambar penang kena masuk bab lain.



Friday, November 13, 2009

spaghetti

Semalam aku masak spaghetti. Setelah 3 tahun rasanya aku tak masak. Sebab takde masa dan takde permintaan. Entah le.. tak sedap kot aku masak :P.
Ada aku kesah!!... hehhe.. sedap ke tak, kena jugalah babah makan. okeh!!
Bahan-bahannya seperti semangkuk tomato

sos tomato, sepeket spaghetti, setin sos tomato puri atau sos spaghetti,

butter.. setengah untuk menumis, lagi setengah untuk salut ngan spaghetti



daging kisar satu mangkuk

bawang besar potong dadu semangkuk.So gambar yang dah siap tak sempat nak ambil sebab my SIL and family datang.So until then.. heh.. cook with me dont hook me.. hehhe.. motto baru








































Thursday, November 12, 2009

ayam pandan

Sabtu adalah hari aku rajin sikit memasak. So aku tanya cik goggle, resepi ayam pandan. Idea ni office-mate aku le. Dia ni lelaki, tp sibuk lak nak masak. Dia bagitau, dia try masak ayam pandan guna non-stick frying pan saje, tanpa minyak. Bagus le untuk orang yg jaga kesihatan.
So aku start le meng’google’. Ada 2 jenis. Satu Thai’s style dan lagi satu Indon’s Style. So daripada feedback orang-orang yang pernah masak, dorang kat yang Indon lebih sedap lagi. Entah le.. Aku pun try le. Sebab bahan-bahannya pun ada kat dalam peti sejuk umah aku. so aku masak le..
ini hasilnya sebelum aku goreng

Dan inilah hasilnya selepas digoreng.

Tapi mengikut tekak melayu aku ni, aku nak rasa pedas sikit le. So next time mungkin aku campur garam dan cili sikit. Baru le 'kick'.. cehwah...

Friday, November 06, 2009

Sepender man

Semalam masa lepak-lepak sambil ber'farmville', aku biarkan Ashraf minum susu sendiri sambil tgk tv. Sambil-sambil syok menuai 'hasil tanaman', aku tak perasan Ashraf dah buat kerja sendiri.. hehe.. inilah kerja dia..

ehehe.. tergelak aku sorang-sorang.. ada ke dia pakai spender Ben-10 kat luar. Aku tak tau mana dia dapat idea ni. Mungkin tengok 'Alamak" kat TV kot.. isk.. rosak..rosak..

aku nak marah pun takle.. biar ajelah dia ber'karya' dan.. inilah hasilnya..