SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, February 23, 2011

Lepak: Bowling at Mines

Last Saturday,.. chewah.. speaking London le pulak, ofismate aku buat le "Le tour de bowling". Aku pun dah lama tak asah bakat yang tenggelam timbul ni.
Lokasi: Mines Superbowl
Masa: 4ptg
(makanan dan minuman disediakan)
tapi makanan terlupa bawa.. makan ajelah gula-gula lillipop.. bolehkan? lagi besh!

Kengkonon terror le tu!
Babah pun join sekaki!
Antara kaki-kaki yang main.

Monitor markah!
Best player! Our buddy GTO
Best Longkang girl! But its for fun!
Barisan pemain amatur.
Piala!

Ni adalah hadiahnya untuk Best player, Best Longkang, Best Group, dan door gift.
Aku dapat le no. 4. Itupun babah yang tolong mainkan. But i got 1 strike okeh! Nasib je tu.
Walaupun tak ramai yang join, dah memang opis aku tak ramai. Lagi ramai pulak yang anti-sosial.

Sunday, February 20, 2011

Kashaf Imani - Tiada Duka Yang Abadi

Khamis lepas, cerita yang aku tunggu-tunggu, Kashaf Imani terpampang kat Astro Ria ni. Promo yang menarik menjadi (mestilah menjadi sebab ramai yang tunggu citer ni termasuk le aku) adalah sebab utama.
Lakonan hebat Beto Kusyairy dan Sharifah Amani. Ini adalah lakonan ketiga Beto Kusyairy yang aku tengok selepas glamer ngan gelaran 'Mayat' @ Geng Surau dan juga sebagai Rosly Dhoby (pejuang kemerdekaan Serawak dan juga pembunuh Gabenor British Sarawak ke-2). Lakonan Sharifah Amani pulak yang ke-2 berkesan kat hati aku selepas Rona Roni Makaroni. ( Ini pendapat aku okeh! suka korang le nak pilih yang mana :P ) Tahniah untuk mereka berdua.

Aku tak nak citer pasal sinopsisnya, tapi aku suka sangat kat lagunya. Youtube le tempatnya.
Tiada duka yang abadi oleh Opick. Aku rasa korang pun mesti suka lagu ni. So enjoy.

TIADA DUKA YANG ABADI - OPICK

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini



Sesapa yang masih ada kedua ibubapa, Alhamdulillah, mereka masih dapat doa dari kedua mereka, tapi kalau macam aku ni, ada ibu sahaja, aku pasti akan berusaha untuk menyenangkan hati dia sebab doanya sahaja yang aku ada. Doanya sahaja yang menolong aku untuk berjaya.
Dan yang pasti doa aku sentiasa ada untuk ibu dan arwah abah.

Thursday, February 17, 2011

Koleksi Kelas Coklat @ CMR

Kelas coklat Buatan Tangan kembali lagi. So akak ni sebagai jurufoto, sedia sentiasa untuk mengambil gambar. Sampai lupa nak bagi kat Encik Amali, tuan punya kelas coklat ni. 

Peserta sedang mencairkan coklat.
Ini kelas advance.
   
Chef sedang berkira-kira apa design nak buat kot!
 
  
 
Cuci mata.
Cupcakes yang comel ni muat diletakkan
dalam bekas hexagon ni.
 
Contoh lagi. Bekas ni boleh didapati di
CMR.

Cutelah cupcake dalam bekas ni.

Cantikkan. Kalau nak booking tempat untuk kelas coklat, cubalah lepak kat CMR ni.
Ataupun add kat FB, cari cmr.chocolatemould@gmail.com mesti jumpa.
Dengarnya tak lama lagi nak keluarkan coklat block sendiri, sama macam kat LKM. Semoga sukseslah. Sebab susah nak jumpa 100% bumiputera yang buat benda ni. So benda yang baik, kenalah 'support'. 


Sedang memberi penerangan
 

Peserta diberi sijil penyertaan. Boleh digunkan jika
hendak menjadi usahawan.
Peserta dari Miri Sarawak datang untuk belajar.
Boleh tengok sambungan di sini juga

Wednesday, February 16, 2011

Wordless Wednesday

Ashraf, Alia, Danial dan Azim

Saturday, February 12, 2011

Kenduri: Yassin dan Tahlil

Sebenarnya dah lama dah majlis ni. Tapi baru hari ni dapat upload gambar. Sempena tahun baru dan azam baru yang masih kuat, kami sekeluarga meng'hadiah'kan sedikit 'rezeki' kami di sini untuk orang-orang yang tersayang. Alfatihah untuk..
Allahyarham Haji Sabtu Bin Haji Long
Allahyarham Haji Muhammad Bin Hj Bakar
Allahyarham Ridwan Hj Ayus
Allahyarhamah Hajjah Puteh Bin Mohammad
Allahyarhamah Norijah Bte Haji Sabtu
Semoga Roh mereka dicucuri RahmatNYA. Amin!
Bacaan yasin di hidupkan oleh Kaum Hawa Desaria. Alhamdulillah masih ada lagi jiran-jiran yang begini dalam masyarakat kami. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan.

Tetamu yang hadir


Terima kasih semua.

Juadah yang kami sediakan
'Pot Luck' dari tetamu.

Terima kasih juga untuk makanan.

Sedang menjamu selera. Kaum bapa pun tunggu 'turn' nak makan.

Tetamu menjamu selera. Bonda sedang makan sambil menunggu tetamu datang.
Terima kasih atas kesudian Kaum Hawa Desaria kerana hadir di majlis kami yang sederhana ini. Insya Allah ada peluang, kita bertemu lagi. Insya Allah.

Friday, February 11, 2011

Fantastic Friday

Oxford Street
OK.. Jumaat le orang perempuan suka sebab boleh soping lama sikit, ataupun tempat nak gi soping tu tak ramai orang. Tapi since aku 'stuck' kat Nilai ni, aku lama dah tinggalkan soping-moping tu.
Kalau ada pun aku gi Giant Nilai. Isk.. kalau gi sana, bukan hari Jumaat je, hari-hari pun boleh.
Nilai 3? 'sigh'.. balik rumah pun boleh singgah. Al-maklum le..
So.. harap-harap wanita-wanita di luar sana... Enjoy ye..  hahahha selagi boleh soping. Pegang motto ni..
'Shop until your Drop'
ps: khas untuk ekim, ziela dan enab.

Tuesday, February 01, 2011

Cuti: Hari Wilayah 1 Februari 2011

Salam.
Hari ni aku kerjalah. Aku kan luar daerah KL. Kalau 3 tahun dulu syok2 je aku rembat cuti. Ialah, 9 hari cuti tapi apply untuk 2 hari je. Sementara rakan-rakan aku yang lain pun syok2 cuti sempena Chinese New Year ni.
Ok. Jom dapat ilmu sikit camna boleh panggil Hari Wilayah. Wilayah Persekutuan ni ada 3 bahagian iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Menggunakan bendera Wilayah Persekutuan, dan ada bendera masing-masing juga yang masih digunakan.

Bendera Wilayah Persekutuan

Bendera Kuala Lumpur

Bendera Putrajaya


Bendera Labuan
Wilayah Persekutuan secara langsung di tadbir oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Dan di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan atas pemerintahan Yang DiPertuan Agong. Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula sebagai menteri.

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 dan menjadi ibu negara Malaysia dan ibu kota Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Pentadbirannya adalah di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bangunan Parlimen juga ditempatkan sini.

Labuan pula ditubuhkan pada 16 April 1984 sebelumnya adalah sebahagian dari pentadbiran Sabah. Di letakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC).

Putrajaya pula ditubuhkan pada 1 Februari 2001, di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Dan sehingga kini ia masih menjadi pusat pertadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pasa 27 Mac 2004, permbentukan kabinet yang baru oleh Pak Lah a.k.a. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu telah menubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memberi tumpuan khusus untuk wilayah ini.

Sambutan dan perarakan sempena Hari Wilayah ini telah berlangsung pada sabtu yang lepas, 29 Januari 2011 di Dataran Merdeka. Ramai juga orang-orang yang tak 'alert' menyebabkan KL jem. Mungkin diorang tak perasan atau memandu laju tanpa melihat papan ITIS (Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu) di sepanjang lebuhraya.
So.. sekarang aku kenalah sambung kerja. Aku tak cuti okeh!!