SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, February 22, 2010

Sabah bah.. (hari kedua)

 
Pintu gerbang Jesselton Point. Standby nak g island hoping. Kami sewa satu bot saje. Senang nak gi mana2. Sewa bot: RM200, diskaun dapat le RM180. Pastu bayar lak cukai jeti. Dewasa RM6 kanak-kanak RM3. Then tiap kali nak masuk mana2 pulau, bayar Rm300 seorang. Ni hanya bayar satu pulau je. Then resit tunjukkan kat mana2 destinasi pulau seterusnya di Tunku Abdul Rahman Park. Tapi ni hanya 18thn keatas je kena bayar.


Jeti kat Jesselton Point


Pintu Gerbang Pulau Sapi. Pulau yang pertama kami singgah. Belum ada orang lagi sampai pulau ni. Bagus le. Boleh buat sesuka hati. heheh..Ashraf masih lengkap berpakaian.


Lanskap Pulau Sapi. Cantik snorkeling kat sini.


Pulau Mamutik here we come!.. Clear je airnya. Rasa nak terjun je dan berenang. Nasib baik tak habis lagi belajar berenang.


Kat jeti Pulau Mamutik. Isk geram tengok ikan-ikan tu. 


Sepanjang pantai Mamutik. Putihnya pasir. Tapi yang tak best manusia-manusia yang tak bertamadun. Buang sampah sarap kat pantai ni. 


Jeti a.k.a. pintu gerbang Pulau Mamutik. Ashraf dah separuh bogel sebab dan mandi laut. 

Thursday, February 18, 2010

Tag Love Finding

well... hari ni belek2 blog mama ezry adalah posting dia Tag Love Finding. Aduyai.. adalak dia dedikasikan kat  aku. Emm..aku cubalah lah buat... walaupun citer aku ni agak basi. iyalah dah lebih 20tahun kot.. manalah nak ingat. So layan ajelah..

1) First time jumpa your Hubby, bila dan kat mana?
Kami sama-sama sekolah..Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Melaka. Masa tu form 4 a.k.a. honeymoon year. Iyalah tu.. Aku 4sc.1, dia lak baru transfer sekolah. Masa tu tahun 1988. Korang kiralah sendiri. Tapi kita orang tak bercinta okeh!. Study dulu beb!

2) Love at first sight?
Entah le. Babah yang kata iye. Ibu takle pulak. Sebab babah ni ramai lak peminat. Ala ibu pun salah sorang peminat babah gak, tapi diam-diam ajelah.  Tapi babah suka benau usik ibu. Masa tu, ibu buat dek je. iyalah sapa nak layan kalau ramai awek keliling pinggang.. (iyalah tu..)

3) Who is he when the first time you met him?
Student aje. Budak nakal yang ensem.. hehehhe.. kalau zaman ibu sekolah tu, dorang panggil playboy..Zaman ibu, zaman 80-an okey!!..sekarang ni dorang panggil womaniser pecinta wanita... ahaks!!

4) How long it takes for him to ask you out for a date?
Lama juga kot. Lepas habis belajar dan dah kerja pun. Bertemu, berpisah.. then bertemu semula, then berpisah.. last sekali bertemu terus tak nak pisah-pisah.. ahahhekhakh.. kawin le tu.. First date pun lepas dia dah proposed tau! Barulah ibu tahu kenapa setiap kali raya, babah mesti datang umah nenek oyah..

5) First place dating?
Ni lagi best. Tempat yang first time dating adalah open house umah kawan dia kat Kg Kerinchi. Dah tak ingat umah mana satu. Kot2 dah tukar jadi Kerinchi Link.. hehe..

6) How he proposed?
Actually tak le romantik mana. Babah biasa je call ibu. Iyalah kengkawan, mestilah contact selalu, tanya kabar. But satu mlm tu, dia lain sikit.. Babah lamar ibu pakai phone je.. kelakar.. ingatkan memain2. Sebab babah kan ramai awek.. tetiba ibu yg nobody ni pulak dia lamar. Benggung kejap. Ibu kata nanti ibu tanya Nenek Oyah..

7) Special date with your hubby?
Aduh.. lagi le aku tak ingat. Can't remember due tu ageing factor... iya ke?
16-02-99 bertunang
29-05-99 bernikah dan bersanding
24-12-99 beli Wira 1.5 manual plet no WHF 7237 (tahun lahir ibu & babah 1972, dijangka masa umur 37 tahun barulah tukar kereta lagi) - masa ni tak booking nombor tau.. kebetulan saje. Masa ni umur ibu & babah 27thn. Maknanya 10 tahun lagi baru dpt keta baru. Alahai...lamanya..
04-08-06 besday Ashraf
29-5-09 beli kereta baru..plet number WSP 7237 (sama seperti yang dijangka) umur ibu&babah 37thn. Konon-konon hadiah untuk diri kami sendiri sempena Anniversary ke-10..hehehe..

8) Changes that he asked you to do?
Emmm.. jap.. pernah tak babah minta ibu tukar apa-apa? Suruh belajar masak sedap2 and.. jeng..jeng..jeng.. keep fit and healthy.. Tapi nan ado je ibu ni.. Bagai di pam-pam..

9) What is about him that you love so much?
Babah seorang yg sentiasa ingin mencuba. Sentiasa bersemangat untuk menambah rezeki untuk keluarga. Hardworking. Setia. Mementingkan semangat kekeluargaan walaupun ada sedikit masalah. And the rest.. let me keep.. heheh..

10)What is about him that you wish he would change?
 Ibu taknak babah ubah apa2 kecuali... kecuali.. cuba perlahan-lahan berhenti merokok. i know u can do it!!

11) You will lose your mind and crack your head when he..
Emm.. apa ek! Kalau babah tak bawa ibu jalan-jalan bila time cuti. Mau pecah kepala ibu duduk rumah. Layan lak ngan Ashraf.. Lagi le... Babah + Ashraf = ubat Ibu. Dapat gi Alamanda pun jadi le.. hehhe..

12) You will smile through your eyes for the whole day when..
Babah bawa jalan le. Kan ibu ni suka jalan-jalan. Sambil jalan sambil berpimpin tangan. Dan ibu tak suka tetiba babah ada meeting when its outing time with family.. always..

13) Complete below sentences."My Love towards my hubby is as big as.."
His dream. Cita-cita babah amat besar. And i wanna be a part of his dreams.


Sekarang sesapa yang baca... boleh le je jawab soalan-soalan ni dengan ikhlas dan jujur...
thanks ekim+ezry yg tomei sangat bila senyum..

Wednesday, February 17, 2010

Soal jawab Ashraf

Senario 1:-

Ashraf: Ibu apa ni?
Ibu: Tahi lalat ibu sayang.
Ashraf: Kenapa ibu tak spray lalat tu?

Tergolek-golek aku gelak.. Ashraf.. Ashraf..

Senario 2:=

Ibu: Ashraf, nanti Ashraf tido katil Ashraf ye.
Ashraf: Tak nak!
Ibu: Sempitlah Ashraf tidur dengan ibu. Sakit badan-badan ibu ni.
Ashraf: Sakit ye Bu!. Ibu baring, Ashraf naik belakang ibu. ( nak urut lah tu)
Ala.. sayangnye anak ibu.

Kekadang aku rasa tak jadi nak marah bila ingatkan keletah dia. Makin dewasa, makin aku lak yang kena berilmu sikit untuk menjawab soalan ilmiah dia. :)

Friday, February 12, 2010

Sabah.. bah.. (Hari pertama)



Pada 27Januari yang lalu aku, babah dan Ashraf telah terbang ke Kota Kinabalu. Tiketnya aku dah lama beli. Bulan Februari tahun lalu lepas masa Air Asia buat free tambang. Aku cepat2 le rebut peluang ni. Yang paling seronok Ashraf le. Memang dia teringin sangat nak rasa camna perasaan naik kapal terbang. Yelah.. selalu nampak atas kepala je. Sebab airport kan dekat ngan rumah aku. Takpun bila babah hantar barang kerja kat Egypt Air.
Bangun pagi pun senang.. kan.. kan..
Kat Terminal 2 Kota Kinabalu, kami disambut oleh kawan Babah, Ben dan isterinya. Kami rupanya kereta yang kami booking pun ada juga. Janji amik kat hotel je. Takpelah. Ben pun ajaklah kitaorang gi makan2 dulu kat Pantai 1. Kedai makan biasa je. Tak amik gambar pun. Sebab keletihan kot. Pantai 1 tak berapa cantik berbanding ngan pantai 2. Makanan pun sama je kat Semenanjung. Cuma agak mahal sikit
Ni bilik hotel Kat Hotel Promenade. Cantik dan bersih. Tak mahal pun. Dan permandangan pun cantik.
















Ni kat Jesselton Big Clock kot. Dulu Kota Kinabalu ni namanya Jesselton sebelum ditukar ke Kota Kinabalu.
















Ini kelisa yang disewa. Teruk keta ni. Berderap derup bila tukar gear. Takut lak nak naik Kundasang.







Permandangan waktu malam dari bilik. Yang Pulau tu Sutera Habour. 5 star hotel. Manalah aku mampu. Tunggu le kalau babah punya bisnes dah okey!..Aminnnn..









Ni pulak malamnye masa gi makan kat Village Seafood. Best makan kat sini. Rasa nak belasah je makan. Tapi Ashraf ni.. yang memaksa ibu kontrol. ehehehe..Takleh nak duduk diam. sabau ajelah.

Monday, February 08, 2010

Tadika


Ashraf dah masuk tadika 4thn. Tapi macam biasa le.. liat nak bangun pagi. Kekadang je ok. Takpelah.. janji dia tak menangis bila sampai sekolah.

Ni uniform dia. Dapat setelah 2 minggu sekolah. 2 pasang je. Kenalah ibunya basuh hari isnin untuk pakau hari Rabu.. Gitu juga hari selasa, kena pakai hari Khamis. Untuk Jumaat lak ada baju sukan, tapi sampai sekarang tak dpt2 lagi.
Hansem tak? Ni lah wajah ceria Ashraf pagi hari.