SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, July 05, 2011

Fridge Magnet - I want more and more...Part II

Ok. Ni sambungan dari fridge magnet i want more and more untuk masuk 'giveaway contest'  setelah diberi motivasi oleh opis mate aku, blogger yang glamer itu. Tak nak lah aku bagitau nama, Kang buatnya aku menang (macamlah orang nak bagi aku menang), orang kata aku guna orang dalam.. hahhahah..Sebenarnya aku tak baca dengan betul contest  tu, aku tebuat salah. Tapi lepas hantar, baru aku perasan. Dengan zasssss.. nya aku coverlah balik. hehhehe..
Memula jom tengok gambar dulu. Sebenarnya kalau ikut sejarah (che wah...!!!) banyak juga lak koleksi fridge magnet(fm) aku. Dulu aku letak kat depan pintu peti sejuk. Tapi, yang ada kat rumah ni dan yang datang rumah ni ala-ala keturunan raksaksa, habis luruh, jatuh berkecai bila tutup peti sejuk. Nak marah kang, putus sedara lak. Kata aku sayang FM dari diorg. Serba salah lak aku kan.. kan..
So lepas aku pikir punya pikir, lalu lalang 345 kali tepi peti sejuk tu, terus aku dapat idea. Punyalah lembab aku nak fikir... hahhaha..
So hasilnya, ini ajelah koleksi yang aku ada. Barulah panjang sikit nyawa FM ni. Inilah antaranya aku selamat aku selamatkan. Ada antaranya aku beli sendiri. Ada antaranya suami aku beli kan. Dan istimewanya ada juga dari kawan-kawan aku, hasil dari peras ugut aku..hahhah.. taklah... Diorg ikhlas bagi bila pergi mana-mana. Sebab tu aku doakan diorg selamat pergi dan selamat kembali. Dapat aku tambah koleksi kan..kan..
Ini adalah FM pertama aku. Aku bagi kat hubby aku. Masa tu belum kawin lagi. Lamakan.. Dah tukar warna kuning. Aku rasa dah lebih 12 tahun. Ala.. orang lelaki ni mana le tau simpan menda -menda gini. Last-last balik kat aku semula. Tapi at least ada gak le kenangan bercinta.
Yang ni kalau tengok memang hangin satu badan. Sayang aku kat FM ni sebab cantik sangat pada aku pada masa itu. Aku rasa tahun 2003 atau 2004. Ini adalah FM ke-2 yang sama aku beli. Yang pertama jatuh berderai sebab bibik part time. Dia boleh sorok atas peti sejuk je lepas jatuh berderai. Aku perasan pun lepas dia balik. Terus aku tak panggil dia datang lagi. Hahahaa.. kelakar tak? Yang ke-2 ni aku gi Langkawi kali ke-2, aku cari lagi, aku beli. Alhamdulillah jumpa juga. Tapi jatuh. Patah. Pun sebab bibik juga. Tapi dia bagitau. Takpe le juga. Nak buat camna. Takkan nak pergi Langkawi beli lagi? Kopaklah aku kan..kan..
Ada juga member aku gi Taipei bagi FM tersangatlah comel. Tingginya 2" lebar 40cm kot. Besar ibu jari aku je. Muat aje aku selit-selit antara FM tu. Comel je. Mungkinkan orang-orang Taipei comel-comel?

Ni antara FM yang aku beli masa aku ke Europe tahun lepas. Aku ada bagi orang FM tu, tapi bila aku gi rumah dia, aku tengok FM tu dah pecah. Jatuh kot. Isk sayangnya. Penat lelah aku ngendung naik turun keretapi laju hancur luluh. Tapi nak kata camno? Dah bagi, takkan nak minta balik. Buruk siku le pulak.

 Ni pulak masih panas kat peti sejuk aku. Aku baru je beli sendiri kat Flea Market Amcorp Mall. RM20. Bising Hubby aku. Abih aku kata le, dah memang rate kat situ camtu. Aku pun tak tau, saja je aku belasah.  Aku pun rasa ini FM yang paling mahal aku beli. Yang aku beli kat Europe tu tak kira mahal tau, sebab aku tak convert RM heheh.. masih nampak murah.. (alasan.. alasan). Takpelah. Belom cukup lagi duit nak gi NY, beli ajelah FM tu. Manalah tau, kot-kot ada semangat kat situ.
Okaylah. Aku rasa cukuplah aku membebel. Kalau dapat tambah koleksi lagi, Stadium Anfield (Liverpool supporter)  aku tadahkan. Kalau sesapa nak masuk give away contest ni, masuklah kat sini:
Cepat tau. Nanti dah sampai tarikh tutup, jangan salahkan aku kalau aku menang. :-D

Saturday, July 02, 2011

Fridge Magnet - I want more and more...

Masa jalan-jalan berblog atau orang skrg kata blogwalking, aku terserempak ngan giveaway contest ni. Eh.. best tau.. boleh tambah koleksi aku. Takyah entry panjang-panjang. Aku pun bukannya ada idea pun.

Senang aje nak join. Masuk je kat sini :

Aku Dengan Duniaku
Ni ada sedikit sejarah Fridge Magnet ni. Aku dah translate pun.

Magnet peti sejuk adalah perhiasan, benda aneh, disertakan dengan magnet kecil yang digunakan untuk meletakkan item seperti senarai membeli-belah atau kad laporan di peti sejuk, atau yang hanya berfungsi sebagai hiasan. Magnet peti sejuk datang dalam pelbagai bentuk dan saiz tetapi tidak terhad kepada bentuk objek atau bentuk tertentu atau arca kecil plastik buah-buahan. Magnet peti sejuk adalah satu objek yang agak popular untuk pengumpul.
Ia kebanyakannya dipanggil Fridge Magnet di UK, Australia dan beberapa negara lain berbahasa Inggeris.
Magnet peti sejuk boleh digunakan untuk sebagai peringatan, atau peringatan dalam diri mereka. Magnet peti sejuk sering digunakan oleh pengumpul.
Magnet peti sejuk yang pertama sekali sekali di paten telah diperolehi oleh William Zimmerman St Louis, Missouri, pada awal tahun 1970. Zimmerman mematenkan idea kecil, berwarna kartun magnet, yang akan digunakan untuk paparan hiasan dan kemudahan.
Inilah serba sedikit sejarah Fridge Magnet. Boleh lah reramai masuk contest ni tau!

SYARAT PENYERTAAN :
- buat entry pendek mengenai giveaway fridge magnet ini sahaja .
- sertakan backlink giveaway ini sahaja .
- tidak dipaksa menjadi follower . (tapi better follow laa kan- aku dah jadi, takde sapa paksa)
- giveaway berlangsung dari 30/06/2011 hingga 15/07/2011. Cepat tau..