SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, October 10, 2007

Ibu lupa sayang!!

Hari ni last aku kerja sebelum aku start cuti raya. Kerja pun macam tak kerja. Semalam baru nak susun baju ashraf. Mak ai!!!.. Banyaknye. Aku ingat 3 pasang je. Rupanya mau lebih 10 pasang. Alhamdulillah budak-budak sekarang. Mewah sungguh. Baru je aku nak susun, Ashraf dah takde mood. Nak tidur le tu. Letih aku rasa. Hari ni kat nurseri AShraf tak minum susu langsung sebab aku lupa nak bagi susu. Hampeh tul le. Dah sampai rumah baru aku ingat. Sebab semalam aku basuh bekas susu tu. Pastu aku buat biskut raya. So aku tak nampak le bekas tu sebab dah tutup dengan banyak benda. Menyesal sungguh aku. Kesian dia. Aku terus bagi dia susu. Habis! Memang le dia haus. Then aku rasa malam tadi memang banyak kali juga aku buatkan susu untuk dia. Kira-kira nak replaced balik le. Tapi aku rasa sejak aku bagi minum Anmum ni, mesti dia habis minum. Tapi berak tetap keras. Rasanya aku patut cairkan sikit susu. Kelakar kalau tengok muka Ashraf meneran. :)

Saturday, September 01, 2007


Wajah comel ni yg temankan aku dan mali tiap malam. Rasa sunyi kalau ashraf takde. Kekadang riak muka dia tu yang buat kelakar bagi aku le. Ashraf.. ashraf..
Mlm 30hb Aug 2007, aku dan Mali bawa Ashraf tengok bunga api kat Putrajaya. Dari rumah dia tidur dalam kereta, tapi bila dah sampai, dia sedar le pulak. Then bungaapi tu aku ingatkan pukul 10, kelam kabut le kita orang pergi. Tapi pukul 12. Sama ngan sambutan merdeka. So selama 2 jam tu, patah pinggan aku melayan Ashraf. Mana dia boleh duduk senyap. Kaki dah dapat, so jalan ajelah. Tanah basah, abis baju dia. Fikir-fikirkan semula, manalah dia faham. Yang dia tau, dapat jalan. :) Habis je balik, tapi tido tapi jalan aje sebab jalan jem dan babah pun mengantuk.. :P

Thursday, July 05, 2007

full of hope @)-----


semalam Ashraf dah masuk 11 bulan. Isk...cepat sgt dia membesar. Aku macam tak cukup lagi ilmu nak besarkan dia. Tapi kekadang tak cukup masa pula nak ajar dia. Gigi dia tumbuh lagi sebatang yg kat bawah tu... so dah ada 3 le. Nak menggigit je. Gelisah terbangun tengah malam, aku le mangsanya. Tapi takpelah.
17/7/07 ni dah kena injet setahun. Oh! anak ibu. Cepat sangat masa berlalu. Gambar ni yang terbaru. Dia dah pandai beraksi. Dan suka pula main bola. Babah suka le tu. Ikut jejak dia. Ibu tak kesah. Janji Ashraf berjaya dengan cemerlang dalam hidup.

Wednesday, March 28, 2007

most wanted song this month

Izinku Pergi - Kaer

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Abadi kasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rindu ku
Hilangkan diri mu
Tak sanggup menangung
Derita di kalbuku

Pergilah sayang ku
Bermula semula
Semangat cinta ku
Membara
Kerana dia
Tiada niatku

Tersemat jiwa
Setiap bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya...

Pergilah rindu ku
Hilangkan diri mu
Tak sanggup menanggung
Derita di kalbu ku

Pergilah sayang ku
Bermula semula
Semangat cinta ku
Membara
Kerana dia
Tiada niat ku…

Pergilah sayang ku
Bermula semula
Semangat cinta ku
Membara...
Kerana dia
Tiada niatku…

Maafkan daku
Duhai kasih
Izinkan ku pergi...

Tuesday, March 13, 2007

Salahsilah atau salahsilap...



Kelakar gak tengok salahsilah keluarga itik ni. Aku baru dapat email ni. Nice to share. Ini baru keluarga itik. Belum keluar lagi family ayam, angsa dan sebagainya. Nak buat salasilah keluarga aku pun payah.
Tapi yg kelakarnya, ada one trainee ni tengah buat praktikal kat opis aku. Aku rasa dah 2 bulan dah dia kat sini. Walaupun dia under aku, tapi aku tak sempat borak-borak selain pasal kerja je (konon je... tunjuk kengkonon pekerja contoh le) One day tu aku saja borak2 then tanya pasal kampung.. la..sama kampung ngan mak aku. Then aku tanya le nama bapa dia, kot-kot aku kenai (balik kampung setahun sekali, manale nak kenai.. hehhe). senang citer, aku suruh je dia tanya makpak dia. Orang-orang tua ni senang le sikit. Dah lama makan garam. Le... rerupanyeee... atuk dia ngan nenek aku adik beradik, so mak aku ngan pak dia sepupu. So aku ngan dia apa ye!.. Kupu-kupu :).. entah!.. aku agak sedara sepupu ajelah. Aku yg boleh aku simpulkan. Tak sangka berjejak kasih le pulak

Wednesday, March 07, 2007

permata ibu dan babah

Ashraf hari ni dah 7 bulan 2 hari. Sungguh cepat masa berlalu. Tak terasa aku, sekarang dia dah pandai kenal orang. Dah pandai golek-golek sendiri. Merangkak di luar batasan 'toto'. Aku memang saje je bentang 'toto' depan tv. Senang juga aku nak 'landing'.
Sekarang dia juga dah pandai nak kutip barang-barang. Dan kalau nak surat khabar, fav dia le tu. Habis kena koyak. Aku ingin sekali memahat segala tindak tanduk nyer...dalam kepala aku ni. Every single moment.. Itulah rahmat Allah buat aku ni.
18/Februari/2007 yang lepas, kami buat akikah buat ashraf. Alhamdulillah, selamat sudah majlis kami. Ashraf sangat-sangat baik hari itu. Bukan hari itu je, malahan hari-hari lain. Semua pakcik/makcik kata Ashraf ni 'friendly'. Tapi dia moody kalau haus ngan hadapi 'perkumuhan'..hhehe..

Wednesday, January 10, 2007

Banjir
banjir.. banjir.. banjir.. banjir dah reda. ramai yg dah balik rumah masing-masing. kesian pulak tgk famili yg ada anak kecik dan ada juga yg masih dlm pantang. teringat kat Ashraf. Bersyukur apa yg aku ada skrg. tak tau sampai bila Allah bagi aku pinjam nikmat ini.

Pc
Bengang betul aku tau ngan pc kat opis aku ni. takleh keje lebih sikit. macam tuannyer je.. hehhe.. aku le tu. yelah .. file besau, manalah tak lambat... sabau ajelah.. keje banyak, terpaksa buat curi-curi.. bos pun tahu, aku ni pekerja conth... contoh konon!!!...

Tuesday, January 09, 2007

what a bad day


Hujan pulak hari ni. Balik lambat sikit. kerja pun banyak. then bawa Ashraf g klinik pakar kat bangi. Syukur aku bawanya cepat.

Hujan mencurah-curah. tapi aku takde idea. pagi tadi, mood pun tak berapa baik. kerja banyak tapi bekerja dgn org yg tak tahu buat kerja lagi membebankan. lantak le. janji ada 'title'.
Gambo lama ni banyak kenangan abah dan mak. Saja aku paparkan kat sini utk mengenangkan jasa mereka berdua. Tak ada mereka, takde lah aku. So siapa pun mereka berdua, aku tetap sayang mereka. Mereka berdua gigih membesarkan kami 8 beradik tak masuk anak-anak angkat mereka. Al-fatihah utk arwah abah dan semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yg baik utk mak aku. Hanya mak saja yg aku ada skrg setelah 8thn abah tinggalkan kami utk berjumpa PenciptaNya. Al Fatihah.

Sunday, January 07, 2007

Tahun Baru 2007

Tahun baru, azam baru. Entah le, tiap tahun sama je. ingat tang azam tu hanya sehari dua. pastu lupa le balik. Syukur le kot-kot sapa yg ingat. Mak mertua aku makan ubat banyak, sampai terlupa, tapi aku ni tak makan ubat apa2 pun boleh lupa. Apa entah aku nak citer tak tau le. Semoga aku dan keluarga aku sentiasa di berkati dan di berikan yang terbaik olehNYA. AMIN....