SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, June 29, 2010

Kursus Coklat Buatan Tangan oleh CMR

Sabtu lepas pada 27june2010, company babah ada anjurkan Kursus Coklat Buatan Tangan. So ibu pun selit-selit le. Nak bayar RM250, mana ada bajet. Nak selit-selit pun kengkadang takleh. Ada je halangan. Dapat le ilmu sikit.






Ini banner yang digantung pada kilang. Supaya semua peserta senang nak nampak.


Ini pula En. Karim dari Lembaga Koko sedang memberi sedikit taklimat pasal koko. Yang ni penting ni, sebab dari sini le kita tau apa tu real coklat atau compaund coklat. Dari mana asal Milo, cooking chocolate, dark chocolate ataupun milk coklat.

Ini Chief Ina sedang mengajar peserta camna nak cairkan coklat. Sebelah tu pulak, coklat yang diletak di dalam mould, sedang disejukkan di dalam 'chiller'. Kat sini juga ada dijual real dan kompaun coklat. Nak beli mould pun boleh. Atau nak beli bekas kuih pun ada.

Tara.. Coklat dah siap. Boleh le diletak kat dalam cupcake. Di sebelah tu pulak adalah peserta paling kecil setakat hari ni. Tak tau le esok lusa camna. Eh.. bukan peserta lah.. tapi pengacau ibu nak belajar je.


Tara... dah siap coklat ibu. Yang huruf2 tu ibu reka sendiri. Yang tu kelas advance tau, tapi ibu kan kreatif.. heheh... Coklat ni ibu suruh Ashraf bawa gi sekolah. Bukan main suka lagi dia. Siap suruh ibu letak nama kengkawan dia kat bekas tu. Salah satunya adalah strategi untuk promosi juga.
Hasilnya, cikgu2 Ashraf le tanya. Sempat le ibu goreng.... heheh

Kursus telah berakhir. Ini adalah wajah2 peserta kali ini. Terselit sorang peserta yang tak berapa nak menyerlah kat sebelah kanan tu.. nampak kepala je.
So kalau sesapa nak belajar buat coklat, boleh le daftar kat CMR - Chocolate Mould Resources.

2 comments:

Mentari Muncul Lagi said...

Wahh pas ni bole buat business ni kak.. klu saya ieder kena kasik diskaun tau hahahhahaha

Mentari Muncul Lagi said...

Wahh pas ni bole buat business ni kak.. klu saya order kena kasik diskaun tau hahahhahaha