SuperHeroin kawan nuffnang

Thursday, December 30, 2010

Info: Batu Cendawan @ Mushroom Rocks

First time tengok gambar ni, rasa takjub dan kelakar pun ada. Tapi sebab dulu aku suka subjek Geografi, aku dapat agak leh camni benda-benda ni berlaku. Biasanya kalau camni, ianya berlaku dari proses hakisan, cuaca, glasier atau tangan manusia. Kalau dari proses hakisan tu yang aku paling suka, maksudnya secara semulajadi. Ianya mungkin terbentuk dari berjuta-juta tahun dahulu.


Mushroom rock State Park
Photo by Jim Mason
Timna National Park, Israel
Goblin State Park, Utah
Lavena Coastal Rocks 
Ini hanya sebahagian je. Sebenarnya banyak gambar-gambar seluruh dunia pasal Mushroom Rocks. Boleh juga cari kat google

Tuesday, December 28, 2010

Funny: Meh kita share share

Kartun-kartun ni aku dapat dari email. Saje nak share. Untuk sesapa yang agak tension petang ni. Jangan sengal-sengal ye!


















Selamat bergembira. Sesapa yang cuti hujung tahun tu, selamat bercutilah ye! Sapa yang anak nak masuk sekolah tu, dah siap ke kelengkapan anak-anak?

Friday, December 24, 2010

London: Suatu masa dulu

Salam, sekarang ni kat London tengah mogok pasal yuran university. Tapi Alhamdulillah aku dah lepas ke sana. Kalau tak, mesti aku 'stuck' macam kat Paris. Nak gi memana pun takleh sebab transport lumpuh.
Depan Trafalgar Square sekarang.
Trafalgar Square masa aku gi October lepas
Ni lak kat atas Trafalgar Square
October lepas, aku, hubby aku ngan Along lepak-lepak je kat atas ni. Tanpa gangguan.
Nama jalan aku tak tau, tapi rasa-rasanya sepanjang jalan nak ke Istana Bukingham.
Gallery ni kat tepi jalan tu yg dorang mogok tu.
Inilah suasana jika tiada mogok. Aman ajekan?
Dan aku berharap semoga kat Malaysia ni takdelah macam tu. Mogok tu boleh le, tapi jangan le sampai menyusahkan orang lain. Kalau tak mogok, orang tak tahu. Tak gitu? Huhuhuhhuuu...

Cinta mangga @ Love Padlocks

Kelakarkan. Cinta 'padlock'. Sesaja blogwalking (ialah sejak2 bos cuti ni), aku terjumpa. Rupanya ada cinta yang macam nie.
 Menurut wikipedia , pasangan bercinta ni meletakkan mangga @ padlock kat tempat-tempat awam atau jambatan untuk tanda cinta mereka. Pastu kuncinya diorang buang kat dalam sungai kat jambatan tu. Kengkonon 'kau kunci cinta ku di dalam hatimu' bak kata Ramlah Ram
Dipercayai benda-benda ni bermula kat China. Entah ye atau tak pun tak tau le.
Cologne, Germany
Rome, Italy
 Aku pernah tengok dalam Amazing Race season ke-2 kot. Ada satu kapel ni dapat 'task' untuk cari kunci mangga ni kat bukit mana entah. Mau menangis aku agaknya kalau aku dapat 'task' camni.

Thursday, December 23, 2010

Only smart people can read this

Salam..
Pagi ni cuaca hujan je sejak malam tadi. Tapi takpe. Hidup mesti terus hidup.
ok ni adasikit buah tangan. Untuk merangsangkan minda sikit. Iyalah cuaca lembab, janganlah minda pun lembab juga.
Try baca ni ok!

sesapa boleh baca tulisan ni, bijaklah dia.

Wednesday, December 22, 2010

Liverpool: Pelik tapi menarik

Kali ni nak kongsi pengalaman kat negeri orang. Sebenarnya, banyak lagi nak citer tapi tak tau mana nak mula.
Nampak 'signboard' ni maksudnya dah sampai ke Liverpool
Ni mengenai bangunan pelik tapi menarik kat Liverpool. Aku nampak bangunan ni tanpa aku sedari. Awal pagi buka-buka tingkap bilik Hotel Premier Inn City Center yang aku tinggal untuk tengok-tengok sekitar kawasan. Manalah tau ada yang boleh cuci-cuci mata. Maklumlah semalam masa sampai dah gelap. Tak nampak apa-apa pun.
Tetiba nampak bangunan usang macam nak kena roboh je. Aku tak pasti lak cara nak roboh bangunan camna. Yang aku pernah nampak kat TV, kalau bangunan-bangunan lama, mungkin akan dipasang ’dynamite’ atau bom. Ataupun mungkin dipecahkan sedikit demi sedikit. Tapi yang ni agak menarik. Cuba tengok.
Pusingan 1
Pusingan 2
Pusingan 3
Pusingan 4
Pusingan 5
Pusingan 6

Pusingan 7
Kita orang pergilah tengok dekat2. Rupanya bangunan usang. Mungkin nak roboh atau nak buat renovation. Tapi takde lak ’barrier’ atau letak zink2 untuk elak orang ceroboh. Hanya pagar biasa je.
Yatess Wine Lodge

Camnilah rupenya dari dekat
 Memang menariklah bagi aku yang tak pernah tengok ni. Macam jakun rusa masuk kampung pulak. Huhuhuuu!!

Wednesday, December 08, 2010

Sunset @ Bagan Lalang

Last week lepak at Bagan Lalang dengan klik opis. Alhamdulillah perancangan selama 2 minggu (termasuk plan acara, tetamu jemputan, menu makanan, ugut-mengugut a.k.a. minta sponser, soping) berjaya dilakukan. Sesapa yang kena ugut tu, tau-tau aje le ye!..
Sebenarnya Bagan Lalang ni selalu aku gi, tapi tak pernah lak berpiknik atau berBBQ sebab aku suka makan seafood. Lagipun hobi aku bukan masak memasak, so makan ajelaah orang dah masakk!!.. hhehe


Sepang Gold Coast
Kalau booking tido kat sini, tak mampu le aku. Kalau Seri Malaysia ok le juga. Sebenarnya musim cuti sekolah ni, semua chalet dan resort kat sini habis dah kena tempah. Yang kosong hanya kat sini je.. Kalau sesapa nak gi, boleh le google aje.

Arang dah ready
Ok. Arang dah ready. Tunggu ayam, kambing, sosej, burger dan segala makanan yang boleh dibakar untuk diletakkan kat atas ni.

Makanan dah ready jugak!
Semua orang excited!
Mencari matahari yang hilang
Sessi nak tengok matahari terbenam, tak dapat di teruskan kerana cuaca sejak awal pagi sudah mendung. Hujan renjai-renjai sejak awal pagi lagi.. membawa ke petang. Tapi takpe, teruskan juga ngan BBQ
Mereka-mereka yang memberi comitment!

Smiley faces: well done my fren!
Nota Kaki: Sejuta terima kasih atas sokongan mereka-mereka yang menjayakan acara ini. Hei!,, u know who u are!..