SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, May 04, 2010

Jiran di Desa yang sentiasa Ria

Jiran 1
Aku baru je kehilangan jiran pada pagi sabtu yang lepas. Arwah seorang polis yang berusia 40-an, telah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak termasuk pasangan kembar. Anaknya yang sulung itu hanya berumur 9 tahun. Kematiannya adalah kesan dari kemalangan kira-kira 7 tahun lalu. Al-Fatehah untuk Chief Inspector Sallehudin
Jiran 2
Jiran sebelah kiri aku seorang pemuda. Masih bujang dan mengumpul harta. Buktinya adalah rumah itu. Dia tak tinggal pun disitu, hanya sesekali je menjengah. Tapi rumahnya lengkap dengan semua peralatan. Yang takde hanyalah 'suri'. Lagipun dia bukan orang selatan, tapi orang utara. Yang buat aku risau, rumputnya yang panjang. Selalu 'mengundang' lalang ke lama aku.
Jiran 3
Jiran sebelah kanan aku pulak keluarga Pakistan. Tak tau bercakap bahasa melayu. Payah nak komunikasi. Mempunyai 2 orang anak. Yang payahnya selalu benau buka TV kuat-kuat hingga mengganggu jiran, yakni aku le tu. Sebab siaran TV tu bahasa melayu. Mungkin sedang mendalami bahasa kita kot. Entah le. Lagi satu, anak-anaknya selalu di lepaskan tanpa kawalan, hingga masuk ke rumah aku ketika kami tiada dirumah. Suka curi-curi bermain basikal Ashraf hingga tercabut tayar. Rupanya dia selalu masuk tanpa pengetahuan kami. Kesian Ashraf. Jarang dapat main basikal. Tapi bila dapat main, dah patah le pulak rodanya.
Jiran 4
Agak bertahun juga tak menegur kami. Isterinya seorang guru yang baik dan selalu berbual-bual dengan kami. Tapi suaminya agak berlagak dan tak boleh bertoleransi. Aku rasa dia jika tak boleh bergaul dengan jiran, baik ko pindah rumah banglo pastu buat tembok 10m. Kekadang isterinya tak boleh tahan perasaan hingga 'tercerita' perangai suaminya. Aku rasa antara sebab isterinya bertahan adalah kerana anak-anak yang ramai dan sedang membesar iaitu 5 lelaki 1 perempuan. Aku kesian dengan kakak itu.
Jiran 5
Tapi di lorong yang berlainan. Bila hendak bergembira, bercuti atau merancang sesuatu, tak pernah pun peduli kami. Tapi bila berada dalam kesusahan, suami aku pula yang dicari. Alhamdulillah suami ku seorang yang tak kesah. Hanya dengan aku je dia bercerita. Dan sekali-sekala aku pun boleh gak jadi 'fire-stone' hhehe..
Jiran 6
Agak angkuh dengan kemewahan. Apalah sangat kalau terserempak depan rumah tu, kebetulan kami ada, angkat le muka. Takpun hon le sikit. Tanda berjiran. Ni...tak.. haram... nak angkat muka. Mungkin dia ingat kami ni 'hadap' sangat dengan kemewahan makbapak dia.
Jiran 7
Alhamdulillah dia dah pindah. Seorang Mr Mama. Apa saje cerita dalam taman, pasti dia tahu dulu. Dan pasti ajelah ada mesyuarat tingkap. Dialah CNN taman aku.
Jiran 8
Kesian pokok mangga sebelah rumah aku. Dulu rumah sebelah takde orang. So bila mangga agak-agak nak besar, habis dia baling selipar atau apa-apa objek, sampai bunga-bunga gugur bercucuran. Cehwah!hhehe.. Tak sempat nak menjadi buah.
Jiran 9
Kesah jiran yang tak boleh orang lebih sikit. Ini pun satu masalah. Dah beberapa kali aku berselisih, aku nak senyum le, tapi dia buat tak tau je. Tak pun.. pandang arah lain. Abih tu camna? So.. apa patut aku buat. Aku hanya tambah tembok ngan auto-gate aje. Bukannya aku tambah rumah aku jadi 5 tingkat. hehhe..
Jiran 10
Jiran yang lari malam hari. Tak bayar sewa. Kesian tuan punya rumah. Ingatkan penyewa boleh le diharapkan jaga rumah, tapi nan ado.. Cabut tengah-tengah malam. Sewa tertunggak. Apatah lagi bil air dan letrik. Patut le aku tengok rumah tu gelap je.

5 comments:

Rizziela said...

macam-mcam ragam jiram kak ikien

aku ekynn said...

hehh.. biasa le.. manusia macam-macam kaler.. perangai pun macam2..

dynz said...

alahai kin, kesiannya aku dengar....apasal lah jiran2 kau tu tak der yang normal.....baik kau pindah jadi jiran aku....heheh....nanti kau tengok sapa pulak yang komplen dalam blog...

afizan azman said...

biasalah tu mak uda...jiran2 ni. sedangkan yg duduk serumah pon ada lain2 cerita mcm2 perangai, inikan pulak yg duduk sebelah rumah.

amalkan konsep...kalau nampak salah kita tegur, kalau dah tegur dia takmo layan, nak buat camner kan...

tunggulah tak lama lagi pak uda jadi ketua kampung...mesti semua org tegur mak uda. :)

Mama Ezry said...

best lar macam2 ada jiran akak nih..hehehehehe