SuperHeroin kawan nuffnang

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Cikgu

Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 

 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979


aku juga ingin memdedikasi sajak ini untuk arwah abahku yang terchinta...,(Al-Fatehah), arwah Cikgu Sarah (DDGS), cikgu-cikgu di tadika, cikgu-cikgu di Durian Daun Girls School, Cikgu-cikgu di Sekolah menengah Munshi Abdullah, Cikgu-cikgu di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, juga secara tak langsung kawan-kawan yg seakan guru, yang mengajar aku kehidupan. Dan teristimewa sekali untuk emak yang menjadi guru aku sejak aku bernafas dengan sendirinya.

2 comments:

Mama Ezry said...

Wahh caya lah kak.. selamat hari guru gak utk akak walau pun akak bukan cikgu sebenar tp akak ttp jd cikgu pada ashraf ensem tuh...

aku ekynn said...

tima kasih ekim.. bukan guru biasa aje.. dah jadi guru besauuuuu...