SuperHeroin kawan nuffnang

Thursday, May 13, 2010

Selamat tinggal Cyberjaya

Minggu-minggu terakhir di Qcells, Cyberjaya. Mengikut plan, W19 iaitu last week dah pindah masuk site baru iaitu kat Site Office Jotun Nilai. Tapi masalah Telekom yang belum siap, so kenalah postpone ke W22 iaitu 2 minggu lagi. Alamak...  aku kan dah plan nak gi cuti-cuti Malaysia, apsal lak boss aku plan minggu yang aku takde semangat nak kerja.
Ok.. Site baru ni memang le dekat sangat ngan rumah aku. Pukul 8 pun masih boleh keluar rumah. walaupun time kerja memang pukul 8. Hehehe.. giler tak? Sekarang kat Cyberjaya pun, aku keluar rumah pukul 7:40am. Siap hantar Ashraf sekolah lagi!.
Tapi walaupun dekat ngan rumah, aku masih kerja keluar awal gak untuk hantar dia pergi sekolah. Takkan le aku nak ajar dia pergi sekolah lambat. Nanti sampai ke tua pulak asik lambat je.

No comments: