SuperHeroin kawan nuffnang

Friday, May 21, 2010

Hari Guru Dan Sambutan Hari Jadi Taska

Jumaat 21-May-2010, sekolah Ashraf ada sambutan Hari Guru dan juga sambutan hari jadi kawan-kawan Ashraf yang menyambut besday bulan jan, feb, mac, april dan may. So.. Ashraf tak masuk 'book' sebab lambat lagi..
So jalan-jalan g makan tadi, singgah le kat giant, beli nutrigen utk Ashraf bawa esok gi sekolah sebagai 'pot luck'.Ibu pun dengan baik hatinya beli le hadiah untuk cikgu Ashraf sekali. Sebab cikgu-cikgu ni le yang mengajar Ashraf hingga dia mengenal huruf, nombor, ayat-ayat lazim, surah al-fatihah dan paling buat ibu terharu... Ashraf sudah boleh mendirikan solat dengan sendirinya dan membaca semua ayat-ayat spt niat, Qul., tyahiyat awal dan akhir juga. Hanya perlu 'mengasah; lagi sikit.
Tanpa bantuan guru-guru ni, mestilah Ashraf tau Upin dan Ipin ajelah.. hehheh..
Inilah hadiahnya.Sebelum ibu bungkus. Cantikkan. Comel je. Ibu lak yang suka.
Inilah pulak lepas ibu balut entah apa-apa le... tak cantik langsung. Sebenarnya Wrapping paper ni ibu guna yg terpakai sebab lupa nak beli... hehhe.. Dan hadiah yang kecik tu (tapi mahal) untuk principal. Ashraf yg sibuk2 nak bagi. heheh.. so ibu cari ajelah koleksi ibu yg tak pernah ibu guna.

No comments: