SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, May 19, 2010

Dulu dan kini

Semalam godek-godek external hard-disk yang berkurun tak usik. Jumpa gambar-gambar lama yg simpan kat sini. Emm.. teringat kesah-kesah lama bila tengok kan.. kan..
Ni gambar Ashraf October 2007. Masa ni 1 tahun 3 bulan. Montel lagi. Isk.. masa ni, rasa lambat lak Ashraf besar. Sebab tak sabar nak bercakap dengan dia. Then jumpa lagi gambar lain.
Ni pulak gambar May 2008. Setahun 9bulan. Dekat-dekat 2tahun. Masih montel lagi. Selera makan masih ada lagi. Tengah lasak berjalan dan nak 'explore' semua benda.
Ni gambar baru. Bulan Feb 2010. 4 tahun dah. Dan sekolah Tadika Mawaddah. Tapi makin kurus. Kesian Ashraf. Nenek marah sebab Ashraf kurus. Abih tu, dia tak nak makan. Penat ibu 'tackle' Ashraf ajak dia makan. Dia suka McDonalds, tapi main aje lah. Sebab itu ibu yang besar.. heheh..
Gambar ni, kalau Babah isi petrol, memang dia cari 'chance' duduk tempat babah ni. Bahaya ni.
Kalau bab bercakap, takleh nak lawan. Ada je dia nak tanya. Ibu ni kenalah penuh ilmu kat dada kalau nak menjawab soalan dia. Nanti dia 'compare' lak jawapan cikgu dia. Gaduh pun selalu gak. Babah le jadi orang tengah. Tapi biasanya cakap ibu dia ni payah nak dengar, tapi kalau cakap cikgu atau kengkawan, memang dia guna pakai. Hehehee..

2 comments:

Rizziela said...

Kalau macam tu ibu kena tukar kerjalah...jadi cikgu plak

Mentari Muncul Lagi said...

betui..betui.. pas ni ibu ashraf kena tukar kerja jadi cikgu la plak kan huhuhuh..