SuperHeroin kawan nuffnang

Thursday, April 22, 2010

AIR.. adakah anda menolong?

Semalam lepas tengok Adamaya, teus tukar chanel TV1. Kan setiap hari ada Discovery Channel. Nak tunjuk le kat Ashraf kot-kot ada binatang2 ke atau burung2 ke.
Tapi last2 yang tengok bukan Ashraf. Ibu dia pulak. ni semua pasal AIR.
Sebenarnya kat Amerika, (yang aku tengok kat Tucson), sedari kecil lagi mereka telah diajar untuk menjimatkan air. Ada juga sumber-sumber air bawah tanah yang digunakan untuk tujuan pertanian. Dan petanilah mangsa jika krisis air ni berlaku.
Air adalah menjadi isu penting sekarang ni di mana2. Tengok ajelah kat Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangaor dan Pulau Pinang yang sengsara kerana pemotongan bekalan air dan catuan.
So setelah google.. inilah...
Cara menjimatkan air di bilik air.
1) 75% punca kehilangan air terbesar adalah dari bilik mandi kita.
2) Bila mandi, cubalah kurangkan sikit masa. Kerana jika 10minit, kita guna 40gelen air. Kalau mandi 5 min, boleh le kurangkan 20gelen.. dan kalau mandi cam P.Ramlee dalam filem Bujang Lapuk.. sure banyak dah jimat...
3)Pasang pancuran air paip yang bertekanan rendah. Mungkin tak nampak sangat bezanya, tapi meter penggunaan air akan turun.
4)Periksa aliran air tangki ke bilik air samada bocor atau tidak.
5)Minumumkan penggunaan air tangki curah/flush.Jika tangki curah yang lama, memang guna byk air. Letakkan botol2 kosong atau pasir atau batu-batu kecil ke dalam tangki flush untuk mengurangkan air setiap kali kita flush. Sekarang kat pasaran ada jenis yang menjimatkan air. Dan juga dwi-fungsi. Bagus gunakan dwi-fungsi kerana kita boleh menjimatkan untuk penggunaan yang betul.
6)Letakkan baldi berhampiran dgn pancuran air. Air yang berlebihan boleh digunakan untuk mencurah tandas atau membersihkan laman.
7)Tutup pancuran air ketika menggunakan sabun, menggosok gigi, cuci muka atau bercukur. Cara yang terbaik adalah menggunakan gelas.
Cara menjimatkan air seluruh rumah.
1)Tadah air hujan. Guna untuk basuh kereta, basuh rumah, siram pokok bunga dan sebagainya.
2)Tunggu hingga muatan mesin baju penuh, barulah digunakan. Kerana kadar air yang digunakan adalah sama jika muatan kurang.
3)Siram pokok bunga awal pagi atau senja untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat dari  kepanasan.
4) Jangan menyiram secara berlebihan dan elakkan menyiram pada hari hujan.
5) Penggunaan pemercik air atau sprinkler water tidak digalakkan. Jika taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah aje.
6) Elak penggunaan baja yang berlebihan. Seeloknya gunakan baja nitrogen berasakan air.
7) Gunakkan penyapu utk membersihkan rumah. Elakkan menjirus sampah menggunakan air.
8) Jangan basuh pinggan menggunakan air yg mengalir. Gunakan tangkungan. Begitu juga jika membasuh sayur2an. Elakkan air mengalir terus.
9) Pastikan paip ditutup ketat untuk mengelakkan air terus menitis..
10) Gunakan baldi untuk mencuci kereta. Elakkan salur getah.
Cara penjimatan yang lain
1) hadiri perjumpaan dan perbincangan air di kawasan anda.
2) Sentiasa memeriksa sistem paip dalaman rumah untuk mengelakkan kebocoran.
3)Laporkan jika ternampak sebarang kerosakkan di kawasan anda.
4) Galakkan aktiviti2 kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran tempat tinggal anda.
5) Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
6) Jika PBT, tidak digalakkan untuk membina kolam2 besar di taman rekreasi kerana penjegatan air yang besar berlaku disini.

Ni pulak statistik penjimatan air
Cuci tangan/muka
Buka tap air 2 minit - 18 L
Gunakan setengah penuh besen -2 L
Jimat - 16 L

Berus Gigi
Buka tap 5 minit - 45 L
Gunakan gelas - 0.5 L
Jimat - 44.5 L

Mandi
Gunakan tub mandi - 110 L
Gunakan tap hujan -  20 L
Jimat - 90 L

Cuci Sayur-sayuran
Buka tap air 5 minit  - 45 L
Gunakan setengah penuh besen 9 L
JIMAT 36 L


Cuci Pinggan Mangkuk
Buka tap air 15 minit - 135 L
Gunakan besen penuh 25 L
JIMAT 110 L

Basuh Baju
Buka tap air 20 minit - 180 L
Gunakan besen penuh 40 L
JIMAT 140 L

Mop Lantai
Buka tap air 5 minit  - 200 L
Gunakan baldi - 18 L
JIMAT - 182 L

Cuci Kereta
Buka tap air 10 minit - 400 L
Guakan dua baldi - 18 L
JIMAT - 382 L

Siram Tumbuh-tumbuhan
Buka tap air 3 minit - 120 L
Gunakn baldi - 5 L
JIMAT 115 L

Sama-samalah kita menjimatkan penggunaan air. Dalam agama kita pun di ajar untuk tidak membazir. Kerana membazir itu amalan syaitan..

1 comment:

afizan azman said...

pergh lengkap nyer research mak uda... salute lah mak uda. bagus2...