SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, August 11, 2010

Badminton Terbuka Taman Desaria

Badminton.. lama rasanya aku tak main. Iyalah badan dah berat. Nak lompat pun payah. hehhe. Tapi berkat aku gi gym seminggu yang lepas, aku masuk juga atas pujukan Puan Yatie a.k.a jiran aku sebab dia tak de sparing partner.
Memula tu malas le sebab last minit, tapi kesian lak aku ngan dia. Siap tepon2 lagi aku. So aku pun melangkah le ke gelanggang dengan gayanya.. chewahhh!!!
 Permainan ini anjuran Kelab Sukan Taman Desaria. Aku laktak bawa lak kamera. Padahal biasanya, itulah benda penting yang pertama sekali aku simpan dalam beg. Takpelah..
Penat gak memukul bola ni. Wanita ada 5 team. so aku kena lawan dengan 4 team tu. Tapi biasa le, kita orang main suka-suka je. Saje nak memenuhi koata pertandingan.
Babah pun main juga. Dia lagi le terror. Tiap2 minggu berlatih. Aku ni, mana le sempat.
Btw Babah menang bahagian terbuka lelaki. Dan yang terperanjatnye... aku lak menang terbuka wanit
a. Sebab aku menang 3 game 2 draw. Terror gak aku ek!

Mungkin camni le gaya aku kejar bola.. Takpe janji menang walaupun niat nak seronok-seronok. Hadiah tak tau apa sebab lepas raya baru bagitau. Ceh!!.. minta2 le dapat tiket penerbangan ke Bali.... yahoooo (perasan le)

2 comments:

Mentari Muncul Lagi said...

Fuyooo Terrror la akak a.k.a kagummnya huhuuhu.. Raya ni sure akak selim melim boleh pakai kebaya hehehhe

ashikin said...

heheh.. selim kebendanyeee.. sakit badan2 ni tau!.. bab berbuka ni yg byk godaan..