SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, April 13, 2010

Berenang

Setiap Ahad, jika takde apa-apa program, Ashraf pergi berenang. Biasanya kami pergi di Pusat Kejiranan Precint 16. Kat belakang Alamanda aje. Lepas je Petronas, masuk kiri. Kat sini macam-macam ada. Dewan untuk kenduri kawin, gim, tenis court, badminton court, squash court dan semestinya kolam court oppss.. kolam renang daa...
Ashraf biasanya berenang dengan best fren dia, Abang Nabil.
Inilah teman gaduh, dan juga teman berborak dia. Selalu gaduh sebab berebut board biru tu. Abang Nabil pun ada, tapi selalu terlupa bawa. Abang Nabil ada sorang kakak. Kak Dinie. Dia pun join berenang juga. Tapi Ashraf suka bagi Kak Dini pinjam board tu sebab Kak Dinie kan perempuan.. heheh.. pandai anak ibu.
Tapi kali ni, Ashraf ada ramai kawan-kawan. Ada Kak Long, Kak Ngah dan Kak Lang. Semua ni anak kawan-kawan ibu. Mak-mak dorang ni semua adalah `school-mate' ibu masa kat sekolah menengah. Termasuklah Babah. Itu anak-anak Mastura. Abang Nabil dan Kak Dini tu anak Ana Rahim.
Seronok dia orang ni main. Ibu masa kecik2 dulu, takde pun pergi kolam renang. Itulah sebabnya ibu belajar berenang sekarang ni. Itupun baru je kuak dada ngan gaya bebas. Takpe... Minggu ni akan belajar yang lain pulak.
Biasanya Auntie Ana akan tengok2kan Ashraf, Nabil ngan Dinie sementara ibu belajar. Dan bapak2 pulak lepak2 kat kedai minum. apa lagi... sembang2 sambil mencemar alam le..

2 comments:

Mentari Muncul Lagi said...

wahh..terrornya ashraf berenang.. pas ni sure ibu ashraf kurus la sebab org kata klu selalu swimming boleh jd kurus..yer ke??.. bab bapak yang lepak kat kedai minum sambil mencemar alam tu mesti dok pulun hisap rokok kan kak????

ashikin said...

kuruspebendanya.. lepas je berenang.. lantak nasi tak hinggat!!!.. boleh ke kurus gitu?