SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, April 14, 2010

McDonald's around the world!

Free-free ni aku ber'blogwalking' le. Tanya cik google. Apa katanya... so mari tengok sama-sama..
McDonald ni adalah rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia. Mulanya adalah sebuah restoran yg dibuka oleh 2 beradik Dick & Mack McDonald. Tapi pada masa ini McDonald's mengisytiharkan tarikh penubuhannya sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh CEO Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya restoran Ray Kroc ni adalah yg kesembilan bagi McDonald's.
Boleh juga baca kat siniSejarah_McDonald's
Tau tak menu-menu Mcdee. Yang kita tak pernah rasa pun ada.
Macam kat INDIA..takde pun Big Macs sebab orang Hindu ni tak makan daging okeh! Kan lembu tu barang suci bagi dorang. Tapi ada juga yang moden. Makan juga daging. Ada kasta-kasta spt Brahmin yg tak makan daging.
Tapi dorang ada Maharaja Mac, yang mana ditukarkan kepada daging kambing atau daging ayam Ada gak untuk orang-orang hindu yang vegetarian. Ada McAloo Tikki.
Pastu kita gi GERMAN lak. Kat sini set dia ada sekali ngan beer.

Bila dah mabuk-mabuk kat German, kita pergi lak kat CANADA.

Kat sini pulak ada McLobster Roll atau kat Perancis dorang panggil McHomard.
Pastu kat JEPUN lak.

(gambar hiasan)
Dorang kan suka cipta entah apa-apa. Dari makanan ke barang-barang, ada je idea. Kat sini ada Ebi Filet-O berisikan atau burger udang. Ada juga Koroke Buger (hukan Karaoke tau!). Ianya adalah kentang lenyek, kobis dan sos katsu yang disumbat macam sandwich. Jangan tanya aku apa tu sos katsu. Sebab aku pun tak tau dan malas nak google. Ada juga Ebi-Chiki atau nugget udang dan Milkshake perisa Green-Tea. Kagum kan ciptaan dorang ni. Harus makan kan kalau jual kat sini.
Oket next kat NORWAY lak.

Kat Norway kan senang dapat ikan. Haruslah guna ikan pula. Tara.... McLaks. Ada ikan salmon yang dipanggang dan sos dill sebagai sandwich. Emm.. kalau kat sini mesti mahal sebab ikan salmon tu sah-sah dah tentu sekeping berhinggit-hinggit.
Udah.. lupakan saje.. Tengok lak kat CHILE.

Nama pun ala-ala don juan juga. McPollo Jr con guacamole/palta. Takde sos tomato atau cili okeh! Hanya avocado/palta paste aje. Boleh tak makan ni. Tak sesuai ngan tekak aku ni.
Pastu kita gi jalan-jalan kat COSTA RICA.

Suprise.. suprise.. kat sini boleh order Gallo Pinto yang bermaksud beras dan kacang. Tak tau le kacang apa.
Jom kita ke GREECE pulak.

Kalau kat sini terkenal ngan roti pita.. seharusnya ada Burger yang bersalut roti pita. Dorang panggil Greek Mac. Comel je namanya.
Terus kita gi HONGKONG pulak. Tapi pada masa yang terhad. Negara Asean seharusnya ada nasi. Ada juga dijual di Thailand, Korean dan Filipina juga.

Seharusnyalah tukar roti burger ke roti beras. Macam ooppss.. apa ek.. ha..macam inang-inang.. Takpe..nanti aku cari.
Pastu kita gi jenguk kat ISRAEL pulak.

(gambar hiasan)
Maaf.. ni gambar hiasan je Sebab pemegang paspot Malaysia, takleh masuk Israel. Walaupun undang-undang makanan Yahudi (kosher), kebanyakan Mcdee tidak terkecuali. Mdee ada ice cream dan cheeseburger. Dan Israel adalah satu-satunya yang masak daging atas arang berbanding menggoreng.
Ada gak McKebab, roti pita ngan perisa timur tengah(yg ni tak sure betui ke tak)
Last sekali kita gi URUGUAY


Kat sini ada McHuevo. Macam burger biasa juga tapi isinya adalah telur. Ala macam McEgg kat sini juga.
Selain itu ada juga menu-menu yang tak laku seperti
1) Hulaburger - Dicipta oleh Ray Kroc untuk Roman Katolik kerana meraka tidak makan daging pada hari Jumaat. jadi dia telah gantikan daging dari burger keju ke nenas, Nyata ianya gagal. Terus dia menukarkan ke Filet-O-Fish.
2) Arch Deluxe - direka untuk orang dewasa setelah  bertahun-tahun dijual kepada kanak2. Di isi dengan daging lembu, bawang merah, timun, tomato dan honey-mustard yang istimewa. tapi nyan merak lebih gemar cheeseburger.
3) Fried Roast Beef Sandwiches - Daging panggang. sedap. tapi kos untuk menghasilkannya adalah tinggi. Rugi le kompeni camni.
4) McPizza - emm,, sebab nak tunggu pizza ni masak adalah lama.. so..kalau nak makan pizza, gi je kat Pizza hut.
5) The Dinner - Mungkin hidangannya tak berapa kena.
6) Chicken Fajitas - tortilla pocket yg sangat comel dengan ayam dan sayur. Tapi pelanggan masih inginkan BigMacs.
7) Salad Shakers - emm.. sayuran jadi shakers. aku pun taknak. i'm not vege..
8) McAfrica - dikelurkan pd tahun 2002 semasa Afrika sedang bergelut dengan kebuluran. Yang kaya ajelah beli. Orang Afrika rasa terhina le juga.
9)McLean Deluxe - tidak berapa khasiat hidangannya. sebab tu ia dihapuskan setalah dikeluarkan pada tahun 1991.
Nota kaki: Kat Ireland ada McPork..Kat Kuwait ada McArabia dan Chicken BigMac. Kat Venice ada McHotdog. Australia ada McOz (nenas, bit dan karot) dan McBogan Burger (beef, cheese, jagung, timun, fillet ayam, mashed potato, telur, bit, bawang, tomato salami), , Poland ada WiesMac. guna mayo dressing. New Zealand ada Kiwi Burger. hanya hamburger dengan salad, bit dan telur.  Brazil ada McPastel. Korea ada Kimchi Burger. Hawaii ada McTaro Pie (taro sejenis tumbuhan berwarna purple). Filipina ada McSpaghetti.Kat Munich ada El Pikante (hamburger ngan roti pita dan sos masam. Neitherland ada McKroket (bun dgn mayo sos. dan burger)

No comments: