SuperHeroin kawan nuffnang

Sunday, May 09, 2010

Mak, I'm truly, madly, deeply love you....

Istimewa untuk Ibu ku Puan Hajjah Zawiah Bte Haji Maidin, semoga Allah sentiasa melindungi beliau, merahmati beliau, di beri kesihatan yang terbaik, diberi anak-anak yang sentiasa berbudi dan sentiasa melindungi beliau, diberi juga peluang oleh Allah untuk aku membalas jasanya hingga akhir hayat aku.


Ingatlah..wahai anak-anak..juga diri aku.. walau seburuk mana ibu kita atau tak se'up-to-date' ibu orang lain, ingatlah dia pernah bertarung nyawa untuk kita, bersengkang mata untuk kita, melupakan hal dunia luar semata-mata untuk kita, makan hati kerana kita, risau tak keruan kerana kita, berlapar kerana kita dan segala-galanya untuk kita. Adakah cukup dengan membalas jasanya dengan telefon seminggu sekali dan 'bank-in' duit setiap bulan? Tak banyak yang ibu minta, hanya meluang masa bersama saja. Dia ingin melihat rupa anak dia yang dirindui sepanjang masa. Sekarang adalah masa untuk kita merasa apa yang pernah dia rasa. Diary mak telah pun tutup, tapi diary kita baru saja terbuka. SELAMAT HARI IBU!

1 comment:

Mama Ezry said...

uwa... sedih la baca ni ..huhuhuh..