SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, December 02, 2009

Bercuti Di A Famosa

Jumaat 20-11-2009, Family aku biasa le tiap-tiap tahun mesti g A Famosa lepak2 barang semalam sambil mandi, berenang-renang bak dugong di Villa AFamosa tu. Sebab Ubi dapat sewa free sebab dia kerja ngan gomen. So tiap tahun le kitaorang g sana. Tapi tiap tahun villa yang berlainan.
Kali ni aku g ngan Ashraf je sebab babah takleh cuti. Dia kan takde cuti lagi. Sian babah. Abu g ngan Ashfar lebih kurang pukul 6 petang gerak dari rumah. Kuar-kuar tol je.. alamak.. jem le pulak.. lupa lak yang cuti sekolah sudah bermula. Sumer orang pakat balik kampung agaknya. So aku pun drive le dengan berhemah.
Lebih kurang pukul 9 aku sampai setelah sesat kerana silap baca nombor rumah. Apalah ibu ni.. hehhe.. Ashraf yang kata..

Ni sumer gambar-gambar kat villa tu. Dapur yang comel, ruang makannya besar, kolam renangnya best, bilik tidur utama besarsan halaman yang boleh letak 7 biji kereta.

Inilak aksi-aksi Ashraf ngan sepupu2nya. Suka ber'pool' (ada ke ayat ni) ngan Sakinah. Berebut pelampung ngan Daniel, berenang2 ngan ibu. Dan dapat tunjukkan Ashraf bagaimana rupa siput. Kagum dia kejap. Selama ni tengok gambar je.

Inilah gambar sebahagian dari family aku. Sebahagian lagi sibuk kemas barang nak check-out.Lily & family. Dan sebahagian lagi tak pergi atas sebab peribadi seperti dalam pantang.. Mamat le tu..Miza kan baru 15hari.

No comments: