SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, December 28, 2009

Aktiviti petang Krismas

Jangan salah anggap pulak. Aku bukan pergi tempat-tempat yang sepatutnya atau pergi mabuk-mabuk.. jauhkanlah.. Ni ha.. aku ngan Babah gunting rambut Ashraf. Rasa sangat semak bila dia rambut panjang. So kasi gonjeng lee..
Babah je yang trim. Kan babah dah expert trim rambut sendiri. Ashraf pun tak takut.

Sukalah tu.

Ni tak berapa siap.. tunggu jap lagi..
Mamak sedang gigih melayan pelanggan kenit ni. Kalau tak tinggi tahap kesabaran, tak tau le.. Lupa nak pakaikan surat kabar kat badan. Ashraf dah gatal2

sikit lagi

Final touch...

Taraaaa... rambut baru sempena Maal Hijrah dan tahun baru. Be a good boy tau Ashraf..





No comments: