SuperHeroin kawan nuffnang

Saturday, May 05, 2012

Day 1 - KK kota keriangan

yup..kami berjalan makan angin lagi. seronok tau habiskan duit.. hahhaha ada ke golongan sederhana cam aku bagi statement camtu? harus orang kaya je..tapi bagi aku, kumpul duit banyak mana pun tak cukup. sekali sekali nak gak cuci mata.. tak gitu?
ok..28/may/2012 yang lepas, 2 keluarga seramai 4dewasa dan 4 kanak-kanak, berlepas ke KK. flight pukul 10:20 pagi dan dijadual kan sampai Terminal 2 KK pukul 12:55ptg.
Sedang menunggu giliran di LCCT
Lebih kurang 1 jam kami di LCCT. Takpelah asalkan tak terlepas kapal terbang. Bersedia dari awal. Kapal terbang kami agak penuh. Maklum hujung minggu. Ramai yang bercuti. Lagipun bersambung dengan cuti hari pekerja.
Kapal terbang kami mendarat.
Pukul 1ptg kami dah selamat keluar dari Terminal 2 menunggu kereta Avanza yang kami sewa. Kami sewa dengan En Don dari Aurabiru hanya RM180 sehari. Ok sesangat kereta tu untuk kami 8 orang. Kami terus ke Promenade Hotel & Apartment. Tapi kami tinggal kat apt Api-Api dengan kadar sewa kat internet yg sangat sesuai untuk kami sekeluarga.
Aku minta tingkat 3, kerana aku dgr org kata tkt 2 sangat kotor. So bila dah check-in, bilik yg amat luas. Masalah utama, 'air-cond' lak tak sejuk. Aku telefon 'reception/house keeping' untuk hantar 'maintenance' baiki 'air-cond'. Dengan perut yang lapar, dia mengantikan kad bilik dgn sekeping kad, so bila kita cabut kad bilik tu, 'air-cond' masih terpasang. So bila kita balik makan nanti, bilik akan sentiasa sejuk.
Menunggu makanan dengan perasaan lapar sesangat.
Kami pun keluar makan. Destinasi kami ke Tanjung Aru. Makan tepi pantai sambil melihat laut dan juga melihat kapal terbang turun. Buat pengetahuan, makan kat KK ni adalah sangat mahal. Nasi goreng paling mahal RM6.50.
Macam kapal terbang tu nak mendarat atas air aje.
Lepas makan, kami mula nak berjalan sekeliling KK. Tapi aku rasa takde apa sangat yang menarik kat bandar KK ni. Pusing-pusing dalam kereta je. Melihat tugu2 peringatan dan padang merdeka. Kat sini baru lepas di adakan Bersih 3.0, so polis di merata-rata. Kami terus ke Atkinson Tower yang berdekatan di situ.
Alamak! kat pagar ajelah ye!
Inilah Menara Atkinson.
Lepas ke sini, kami gerak atas bukit sikit. Signal Tower. Dekat aje dari situ. Kat sini seluruh bandar KK boleh kita nampak, sambil tengok matahari terbenam. Kat sini matahari terbenam awal.
Pukul 6ptg matahari dah terbenam.
Bangku di sediakan untuk melihat matahari terbit dan terbenam. Cantik!
Permandangan jauh adalah sangat cantik, tapi permandangan dekat tidak. Semak yang tak terurus dengan pokok-pokok yang menjalar dan tinggi.
Hampir seluruh bandar KK boleh nampak dari sini.
Ok, lepas dah tengok matahari terbenam, kami pun pulanglah ke hotel untuk rehat. Lagipun esok lagi banyak aktiviti yang aku dah rancangkan.




Monday, December 19, 2011

i miss u sayang!

Ni beberapa keping gambar aku jumpa masa godek2 lappy ni. Lama gak tak update citer kat sini. Gambar ni sebenarnya baru je bulan lepas. Masa kat LCCT.  Hanya tunggu kaunter buka je.

 Tengok le aksi dia. hahah.. ini le yang buat ibu rindu.











 Dah siap check-in, tunggu kata pintu perlepasan lak. Tetiba flight delay.


 Terus je dia minta PSP. Hanyut dengan PSP pulak selepas puas berposing.

Wednesday, November 30, 2011

Nak jalan lagi?

Aku jalan lagi. Ni beg yang dah ready untuk berangkat. Tunggu ajelah aku balik nanti. Sekarang tengah syok holiday ni. Apa-apa pun, tengok ajelah gambar ni dulu.

Friday, November 25, 2011

Seminggu Tanpa Bas

Minggu ni, aku tak berapa bersusah payah nak balik dari opis ngan bas. Sebab member opis aku yang sekian lama dah mai. Dia pun sama le ngan aku, mangsa perpindahan sementara. Kesian kan?
Kita org kan duduk hotel yang sama, so boleh le gi kerja sama-sama. Balik kerja mesti ada je port nak menyinggah. Ala.. biasa le. Dok hotel pun bosan, so jalan-jalan cari makan le dulu sebelum beristirehat.
Penat kaki, rendam ajelah dalam tab mandi.
Esok dah pun jumaat. Tiket AA aku lak hari sabtu. Aku takut aku banyak lak kerja yang mendatang, itu yang aku tak beli tiket petang. Tapi susah gak. Takde orang nak hantar aku gi airport. So terpaksalah aku naik bas lagi..Jangan lupe. Bus 102 ye ke airport tapi tunggu kat Jalan Burma.

Monday, November 21, 2011

Rokok dan kopiah matlutfi

video terbaru matlutfi memang membuat mata aku berkaca. udah memang aku ni kan sensitip. boleh sentap aku tengok. perhatikan setiap bicara lufti ngan kawan dia.

Sunday, November 20, 2011

Nak Ke Queensbay Mall?

Pagi sabtu tanpa aktiviti, aku plan ke Queensbay Mall. Malam sebelumnya, aku dah survey nak naik bas apa. Aku siap print timetable laluan dan nombor bus Dan setelah pasti bus 304 akan pergi terus ke Queensbay Mall tanpa ke Komtar, aku pun melangkah le ke perhentian bas, lebih kurang 500m dari hotel.
Tepat pukul 12 aku dah terpacak kat bus stop tu. Bus 101 lalu aku buat dek aje, bus 102 lalu pun aku buat dek je. Aku dengan confident nya, tak tanya apa-apa pun kat orang ramai yang tunggu bas. Sebab aku nampak bus 304 dah naik ke atas. Aku pasti lebih kurang 15-20minit lagi bus akan turun. Tapi dah 12:30 aku tetap tunggu, lepaskan bus 101 dan 102. Manalah bus 304 ni? Aku dah mula cuak. Aku buka balik timetable yang aku print. Ceh!.. rupa-rupanya bas tu akan lalu masa balik je. Lepas ke Gurney Drive, bas tu takkan lalu Jalan Burmah. Aku dah silap tengok daaa...Terus aje aku naik bas seterusnya yang lalu kat situ. Aku kena juga gi Komtar untuk cari bus ke Queensbay Mall. Kat Komtar, aku dah tau dah cari terminal  bas, sebab semalamkan ada seorang hamba Allah dah tolong aku. So aku terus je tengok kat signboard. Senang aje. Terus aku cari 304, 306, 307, 308 dan 401E. Ada lagi satu bus 705 tapi dari tanah besar kot.
So nampak je bus 307, aku terus naik. Bayar RM2 je. Syok beb. Ada aircond lagi. Walaupun jem, aku boleh le tido. hahhaha..
Bas lalu tepi laut. Cantik permandangan kat sini. Dah dekat nak sampai, aku tengok banyak gak kereta kat sini. Banner kat mana-mana. Rupa-rupanya esok, 20/nov/11 ada Penang Bridge Run. So banyak persiapan sedang disediakan. Aku terus je masuk ke dalam mall, shopping apa yang patut. Makan pun banyak sangat fast food. Naik boring lak. Tak tau nak makan apa. Agak-agak ada tak nasi kandar kat sini? Aku tak nampak la.
Lepas penat habiskan duit (ceh.. macam banyak shopping). Takde shopping pun. Sebab aku teringat yang aku akan balik naik AA dan aku beli luggage 15kg aje. Kalau tak, mau penuh tangan aku. Heeehehe,,,
Nak balik aku tunggu aje bus kat tempat aku turun tadi. Alhamdulillah aku nampak juga bus 304. Naik-naik aku terus tanya gi Gurney Plaza. Alamak bus ni nak gi Bagan Bay la. Driver suruh tunggu bas belakang. Turun le aku balik. Takpe.. pengalaman tu. Malu bertanya sesat jalan. Then lebih kurang 5minit, ada lagi bus 304, terus je semua serbu. Dengan tambang RM2.70, aku boleh tengok 'the other site of Penang'. Laluan yang lain dari biasa. Itu le seronoknya naik bus.

Saturday, November 19, 2011

Penang di suatu petang

Sepanjang aku ada kat Penang ni, aku memang tak bawa kereta. Iyalah.. 1 kereta nak bagi 2. Mana boleh kan.
So sejak Rabu yang lepas, aku dah berpindah ke Bayan Lepas iaitu ke tapak projek. Ini lah yang jadi masalah pada aku. Dan sejak rabu tu juga, aku ni menumpang ajelah kerjanya. Harap belas ehsan kengkawan. Nasib baik dorang masih tinggal kat hotel yang sama ngan aku. Tapi masalah nak balik le pulak. Masih lagi mengharap belas ehsan kengkawan. Alhamdulillah walaupun berlain bangsa dan ugama, sikap tolong menolong tu masih ada. Thanks my friend. You know who you are!
Tapi semalam, Jumaat. Kat sini memang terkenal dengan jemnya. Ialah, semua nak balik berhujung minggu. Aku pun tumpang le kawan aku warga asing ni. Dia bawa kereta Tiara 2nd hand aje. Oklah tu, sebab dia selalu tumpangkan aku. Tapi semalam, disebabkan jem yang teruk, kereta dia pun jem. Alhamdulillah kat stesen minyak sebelah Tesco. Terus tak leh jalan. Masa tu dah 7.15malam. Bayangkan aku terperangkap dalam jem sejak pukul 6ptg. Lepas kereta dia takleh start, so aku pun terpaksalah balik sendiri.
Alhamdulillah jalan kaki dekat je ngan Tesco. Aku nak naik bas. Bus stop pun dekat aje. Mulut kenalah ramahkan..kan.
Kejap lepas tu, bus pun datang. Tapi disebabkan driver dia dah habis waktu kerja, dia takleh ambil penumpang lagi sebab dia nak bawa balik bas ke depoh kot. Katanya belakang ada bus lagi. Then datang lagi bus, tapi bus tu ikut time. Kol 8 baru boleh jalan. Oklah tu. Aku bukannya pandai kat area sini. Dengan tambang RM2, bus pun bergerak ke Komtar. Dengan jem yang teruk dan perjalanan bus yang panjang, aku sampai Komtar pukul 9malam. Lamakan. Macam balik KL. Dalam bus aku borak-borak yang sorang budak perempuan kerja kat area-area situ gak. Dia lah ajar camna nak gi stesen bus untuk balik ke Gurney. Terima kasihlah. Lama borak tapi lupa tanya nama. heheh..
Kat stesen ni lengkap dan canggih gak, walaupun buruk aje. hehehe.. Semua maklumat lengkap dengan skrin paparan berapa lama lagi bus akan sampai dan lane yg mana aku patut tunggu. Memula cuak gak aku masa tak nampak skrin tu, manalah tau, dah takde bus lagi. Alhamdulillah, tulis kat situ lagi 4min bus aku sampai. Memang betul pun. Tup tap tup tap pukul 9:30 aku sampai hotel. Itu le pengalaman aku suatu petang di sini.
Tapi seronok sebab dengan naikbus aku tau banyak tempat-tempat menarik kat Penang ni. Kalau tak asyik ke Chowrasta ajelah..

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday

Agak-agak kat mana ni? Sapa dapat jawab, akan dapat hadiah dari diri sendiri. :-]

Sunday, November 13, 2011

Hujung minggu aku...

Hujung minggu yang teruk! ada ke patut kena aku gi kerja.. hahah.. memang tak patut. dah berkurun aku tak kerja hari sabtu atau ahad. Hari biasa pun aku culas gak.. balik awal. mungkin inilah karma.. hahaha..
Masa aku telefon babah, sure babah mengadu pasal Ashraf. Aku pun biasa le, berleter.. hahha.. tapi tau tak? Ashraf terus off telefon. Geram aku. So saki baki leteran aku di 'post' ke babahnya untuk men'settle'kan.
Rasa macam nak balik minggu ni. Check tiket AirAsia, dah abis lak hari Jumaat. Sabtu pagi pun takde. Yang tinggal hanya tengah malam sabtu. Apa kejadahnya. Takkan tengah malam sampai, esok petang dah nak balik semula. Buat ngabih duit tambang je. Fire fly pun takde. Pening aku. Duit pun makin kempis. Mana taknya. Hari-hari makan Subway. Bawah opis je. Aku rasa Subway ni asik memanggil-manggil aku.
Makan kedai mamak pulak,ayam tak masak lah. Itu belum lagi kira harga kerat leher.. Paling murah pun mee goreng RM3.50. Takkan hari-hari nak makan mee goreng. Kan mee kuning ada asik borik <-- yang ni alasan.. hahahhaa..

till then!

Saturday, November 12, 2011

Rindu Ashraf

Sudah sebulan duduk sorang-sorang kat hotel ni. Rindunya kat Ashraf memang le tebal. Abih nak buat camna? telefon le jadi penghubung. dan si serap ni pulak, rindu ibu sampai nangis-nangis. ibu pun sama nangis. huuhu..