SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, June 29, 2010

Team Building @ Kelab Sukan Xtion Paintball Bukit Jalil

Minggu lepas pada 23 Jun 2010, my company buat Team Building kat bukit jalil.
Aku tak pernah lagi main paintball ni. So teruja juga la. Masa 'briefing' tu, takut juga le. Takut sebab kena tembak. Agak berdebar-debar le juga. Tapi masih 'under-control'. Kita orang pergi selepas kerja 1/2 hari. Setiap projek mesti company aku ni ada Team Building. Masa projek lepas, kita orang gi main go-kart kat sepang. Sorry!! takde gambar sebab virus dah makan gambar kat laptop. :(

Inilah tempatnya. Dan ni boss aku, Hensem tak? Orang Jerman okeh!! Tapi sorry dah kawin..eheh. Dan banner tu le tempat kita orang g main paintball.








Ni kawan-kawan opis aku. Ramai lagi, tapi ini je yang sempat amik gambar.
Dan ini pulak semasa bersedia nak bertempur. Aku ambik gambar, so takde le gambar aku kat sana.
Btw.. aku terpaksa bawa Ashraf sebab tak orang nak jaga. Babah g outstation. Dia pun suka le kalau berjalan.

Ashraf ngan ibu. Dia pun masuk sekali. Masa ibu main, marshal le yang layan dia. Terima kasih marshal!!
Ini antara aksi Ashraf. Teruja dia dapat pegang 'paintball marker'. Ala-ala senapang.


Lepas main, dapat le makan Domino. Termasuk dalam package tau!
Banyak lagi gambar kita orang kat sini.

Lepas game, kita orang ada dinner kat Berjaya Golf Club, Bukit Jalil. Makanan takyah cakap le. Memang tak sedap. Dan ibu terpaksa juga bawa Ashraf, sebab takkan nak tinggalkan dalam kereta. heheh..
Itu ajelah. Best tau main paintball ni. Lain kali nak main lagi le. Kena organize kecil2 ajelah. Tengok macam ada je kat Nilai ni.

No comments: