SuperHeroin kawan nuffnang

Thursday, April 07, 2011

Travelog 1: London ke Paris

NOTA:
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk ok! Tapi sebagai panduan untuk sesapa nak gi jalan-jalan.

Citer ni dah lama. Bulan October yang lepas, tapi masih rasa seronok pulak nak citer. Iyalah, aku kan tak pernah gi jalan jauh. Negeri orang putih lak.Tu yang macam gayat! hahaha.. Aku sampai London dulu dari Malaysia. So citer London tu, lain kali je. Kalau-kalau ada mood modal.
Aku tempah tiket melalui website eurostar. Banyak kali juga lah aku cuba. Tapi bab-bab booking tru internet ni, kena cuba banyak kali. Kerana dalam beberapa saat je, harganya boleh naik. Macam aku booking Eurostar ni, kejap je dah naik GBP42. Alhamdulillah aku dapat booking GBP39 seorang. So aku berdua, aku dapatlah GBP81 plus tax GBP3. So RM395.14 terbang.
Station Eurostar kat UK. Depan ada ada kerusi. Tidur kat situ je.
Aku sampai kat Station St Pancras ni malam, kol 11.30malam kot. Disebabkan Eurostar pepagi kol 5:25pagi waktu London, aku tido je kat sini. Tak takutlah sebab security selalu lalu lalang dan pekerja Marc & Spencer ada je punggah barang. Dan sampai Paris Nord kol 8:50 waktu tempatan.
Itulah Bruno Mars sebelum dia jadi millionaire. hahahaaa... ini dalam Eurostar.
Ini adalah keadaan dalam train. Tempat letak barang dekat je ngan kita. Dan yang kecil-kecil tu boleh le letak kat atas kepala. Sangat-sangat selesa. Lagipun train awal pagi tak ramai orang, so takde le orang lain duduk depan aku.
Sempat lagi bercamwhore sebelum membalas dendam untuk tido. Aku tunggu je dia masuk terowong yang melalui Selat Inggeris di Selat Dover. Pastu aku nak lelap. Opss.. lupa bagitau.. Eurostar ni train laju yang menyambungkan London, Paris dan Brussel. Lagipun gelap. Pagi sangat pun. Manalah aku tau dah masuk terowong ke belum. hahha..
Dah sampai Paris. Tersangatlah laju, tak dpt kamera cap ayamku ni amik gambo.
Dah dekat nak sampai, aku terjaga. Puas le orang-orang dalam train tu dengar aku berdengkur. Lantak le. Aku pun sibuk sibuk nak amik gamba. Tapi apakan daya, kamera aku takde 'VR-vibration reducer'. Menggigil le gambar tu. Tapi dapat le aku bawa balik kenang-kenangan.
Laju sangat. Tak dapat ambil gambar dengan kamera cap ayam ni.
Tapi memang menarik. Banyak ladang kat sini.
Dah sampai Paris Gare Du Nord.
 Tepat seperti waktu yang tertera kat tiket, kami pun sampai le kat Station Gu Nord. Gare tu maksudnya station atau terminal. Kami cari 'sortie' je yang menunjukkan dalam keluar. Dalam pada tu, baca juga tiket. nak confirm kan tiket aku ke Nice pulak pukul berapa.
Beberapa hari sebelum aku sampai, kat Paris ni sibuk dengan mogok. Aku pun berdoa le moga tak kena tempias. Tapi apakan daya. Nanti aku citerkan.
Pandangan luar.
Gambaran kat dalam agak menakutkan. Sebab rata-rata askar dok lalu lalang bawa M16 senapang. Aku tak tau jenis apa. Jangan tanya aku. Nak tanya askar tu, silap-silap kena lempang lak. hahha... Misi aku mencari tiket ke Gare d'Austerlitz. Senang nak cari sebab information bod melambak kat sini. Kalau tak tau, try le tanya. Muka mestilah kena mesra. Kan pergi tempat orang. Aku rasa aku ambil merto line M5 untuk ke Station d'Austerlitz. aku pun dah ingat-ingat lupa.
Gambaran kat luar pun sama menakutkan. Dengan muka dorang yang sombong, aku lepak je pekena capuccino. Apa? Setengah cawan je? Emmm.. agaknya memang maksud cappucino memang 1/2 cawan aje kot. Nak makan tak boleh lagi sebab aku tengok kat gerai-gerai semua ada tulis de porc.
Tepat pukul 10pagi, lalulah segerombolan pemogok yang terdiri dari pekerja-pekerja kenderaan awam. Dengan perlbagai bunyi dan juga laungan kata-kata yang sepatah aku tak paham. Ada juga simbah-simbah warna. Entah  le.
Opss lupa nak bagitau. Depan station ni ada McDonald dan juga kedai Arab. Memula usha kedai Arab tu. Haram dia taknak buka selagi belum kol 11pagi. Pasti aku nekad je gi MD. kengkonon nak order fillet-o-fish, tapi lom kol 11 lagi sebab dorang tengah serving breakfast. So aku tunggu je kat dalam. Sejuk giler  kat luar tau! Ada lak mamat gila dok cakap-cakap kat luar. Pastu masuk kat dalam. Dalam hati aku berdoa dia tak kacau aku. Takut juga weiii!!.. 
Kol 11 je aku terus order makan. Boleh lah alas-alas perut. Sejuk membuat aku lapar dengan cepat. Pastu aku terus cari platform M5 untuk ke d'Austerlitz. Metro train kat sini buruk sikit. Komuter KTM pun aku rasa jauh lebih baik.
Sampai je kat sana, aku cari tempat simpan barang. Alhamdulillah ada. Senang sikit. Takyah nak bergundah gandah bawa barang ke Nice. Tak silap aku(al-maklum le dah lama) 3 hari atau 72jam harganya 7Euro. Kalau lebih, kena tambah lagi 7Euro. So, simpan ajelah. Nak masuk tempat simpan pun macam nak lalu kat imergresen. Scan bagai le hai. Tempat simpan aku tu boleh simpan beg kotak yang sederhana dan juga beg sandang. Selamat sikit aku rasa.
Lepas simpan barang, aku gi ronda-ronda kawasan sekitar. Sambil-sambil cari simcard. Senang nak telefon Ashraf kat kampung. Pastu jumpa kedai Arab/Pakistan. Apa lagi. Babah tumpang sembahyang dan aku tumpang toilet. Yang pasti toilet mereka bersih(amat penting bagi aku). Lepas tu, terus order makan sekenyang-kenyangnya.
Lepas dah kenyang, waktu lebih kurang kol 3.30ptg waktu tempatan, saje je gatal-gatal gi station Gare d'Austerlitz. 
Aku pun dah booking online SNCF TGV untuk 2 orang pergi balik 232Euro atau RM988.62. Ke Nice aku booking kerusi duduk. Tapi balik ke Paris, aku saje try ambil katil. Keretapi malam diorang panggil Lunea.
Nak check kot-kot ada nama aku tak kat dalam train kol 10 malam ni. Ala.. pakcik jaga kaunter ni tak paham cakap orang putih lak. Tapi dia ok. Dia cari lak member dia yang boleh cakap omputih. Tetiba ada sorang mamat ni yang sedang beratur kat barisan sebelah menyampuk. Katanya, train malam ni takde. Alamak! tercepuk kejap aku. Katanya sebab mogok, semua jadual telah di rombak atau pun 're-schedule' Kalau nak pergi Nice, hanya ada satu train aje pukul 4:30ptg ni. Tapi kat station lain pulak. Kat sebelah. Aduh! mana lah aku tau. Last-last main redah je. Ikut sign-board.

jambatan merintangi Sungai Seine.
Nak sampai ke Gare d'Lyon, kena merentasi sungai ni. Berlari-lari anak le kita orang. Sambil tu tanya gak orang-orang yang lalu lalang. Alhamdulillah semuanya membantu. Sampai aje kita orang tengok boarding board. Sambil tu tanya juga kat kaunter nak reconfirm. Memang pun. Kalau terlepas train ni, alamatnya aku naik train esok pagi. Gelandangan le kami tak station tu nanti.
Paris Gare de Lyon
Ramai juga yang senasib dengan aku. Tapi tak de lak aku nampak muka belacan cam  aku. hahahha...semua muka keju ataupun muka tak cukup tido. hahhaha...Janji aku dah sampai kat station. Nampak je train dah ready, kita orang pun gerak le nak naik train.
Masalah lagi! Platform yang sepatutnya train berhenti, sedang renovation. Aku tak perasan. Berlari-lari anak le lagi sekali ke platform sementara yang agak jauh juga.
Pastu bila tunjuk tiket, station master tu suruh gi tanya kat belakang. Sebab katanya aku punya train lambat lagi. Ceh! apa ni? Communication break-down kot antara kaunter ngan station master. Takpe, aku tanya lak kat belakang. Belakang pas lak kat depan. Last-last aku tanya seorang perempuan yang juga station master ni. Aku rasa dia agak tinggi gak pangkatnya sebab uniform dia agak bergaya. 
Luckily, dia tolong aku sampai aku dapat tempat duduk. Aku lupa nak catit nama dia. Tapi she's very helpful.
Penat sangat ber'amazing race' sampai lupa nak ambil gambar dalam keretapi.
Pandangan yang biasa dilihat sepanjang perjalan keretapi.
Tapi kat mana-mana aku tengok, Paris ni tak le bersih. Banyak grafiti merata di station ni. Ada juga homeless kat sini. Tidur dalam tempat yang macam gudang tinggal, ataupun tinggal kat bawah jambatan. Hatta kat rumah-rumah flet pun aku tengok ada aje grafiti ni. Macam luahan perasaan dia orang kot pada pemerintah atau individu. Yang herannya, tempat tinggi pun boleh dia orang lukis.
Syukur sangat-sangat aku duduk kat Malaysia n. Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri.
Ok.Nanti sambung lagi. Aku nak ingatkan semula kenangan-kenangan kat sana.

2 comments:

Mama Ezry said...

Best nyer... bertuah akak dah sampai negar omputeh

aku ekynn said...

Insya Allah. Akan sampai masa awak juga. Manalah tau kot-kot Ezry belajau kat sana nanti, boleh gi melawat sambil sopinggg... hheheh..