SuperHeroin kawan nuffnang

Friday, March 05, 2010

Fraser's Hill

Hari ni ada mood sikit. Jom citer sikit pasal Bukit Fraser ni. Mengikut apa yang tertulis kat papan kenyataan tentang asal usul nama tempat ini di abadikan dari seorang tokoh peniaga-pengembara dari Scotland bernama Louis James Fraser. Dia menjalankan pembelian bijih timah dari pelombong-pelombong Cina di Sungai Sempam di kawasan Banjaran Titiwangsa pada akhir kurun ke 19. 
Abu bin Suradi pulak mendapat pajakan pertama untuk melombong bijih timah pd tahun 1899.kemudian ke Khu Lian Kee tahun 1901. Robert Ewis dan Sempam Mining Company Limited pulak tahun 1906. Kegiatan perlombongan terhenti bila deposit bijih timah sudah kehabisan.
Tp sekitar tahun 1880an, beliau telah hilang. Dia dilihat kali terakhir mengangkut hasil perniagaan dia dgn menggunakan seekor keldai melalui sebatang denai yang menghubungkan Tras dan Kuala Kubu. Pastu takde sapa yang tau mana dia pi. Mati ke atau kena makan rimau ke entah le. Mungkin kena sorok dek bunian. Hanya Allah yang tau.
Pastu 1917 pulak datang orang lain pulak. Paderi dari Singapura. Bishop CJ Fergusan-Davie dan RevAB Champion yang datang bercuti dan mengidap menginap di di rumah rehat di Gap. Tujuan dorang tu untuk survey tapak2 lokasi yang bagus untuk buka rumah rehat untuk orang Eropah yang dijangkakan akan ramai yang nak serbu rantau Asia Tenggara ni.
Pastu dorang balik le Singapura, nak bagitau pasal tempat yang dorang jumpa. Laporan dorang lebih kurang menyebut "lebih kurang 5 batu daripada Gap yang terletak di antara laluan denai Selangor-Pahang(Kuala Kubu - Tras) terdapat satu kawasan bukit yang sesuai yang sesuai dijadikan kawasan perangina yang boleh di majukan dengan cepat, murah dan mudah. Gitu le kesahnya sikit lebih kurang. Kot-kot ada yang tak tau, boleh le baca. Next time datang le sini.



Shafiqah dan Ashraf xcited on the way to Fraser's Hill. Masa ni sibuk nyanyi lagu superman.
  
Ni permandangan kat Empangan Kuala Selangor. Cantik gambar ni walaupun ambil dari dalam kereta.


  
Ni lagi satu gambar yang cantik Latar belakangnya berbalam-balam dengan kabus yang meliputi puncak Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia.

  
Babah, Ashraf, Uncle Zaime, Syafiqah  dan Kimi sedang menunggu di Bukit Gap. Tunggu pukul 7 untuk naik ke puncak. Waktu naik adalah ganjil, Waktu turun adalah genap. So sesapa yang taknak tunggu lelama kat sini, boleh le kira masa perjalanan dari KL lebih kurang 2jam.



  
Mercu tanda Bukit Fraser. Sesapa yang gi sini mesti amik gambar kat jam besar ni. Kita orang pun ada amik juga tapi gambarnye gelap. hhhehe..

  
Ni adalah Pine Resort. View ni dari apt yang kita orang sewa. Memang cantik. Rasa taknak balik le..
Ini pulak gambar dari TM Resort.Saje survey bilik kat sini.Murah ajelah. View pun sesangat cantik. Nyaman je.

1 comment:

Mentari Muncul Lagi said...

Wahh ke fraser Hill akak ni bukan main lagi yer... ni betui2 cuti-cuti nih..