SuperHeroin kawan nuffnang

Saturday, November 19, 2011

Penang di suatu petang

Sepanjang aku ada kat Penang ni, aku memang tak bawa kereta. Iyalah.. 1 kereta nak bagi 2. Mana boleh kan.
So sejak Rabu yang lepas, aku dah berpindah ke Bayan Lepas iaitu ke tapak projek. Ini lah yang jadi masalah pada aku. Dan sejak rabu tu juga, aku ni menumpang ajelah kerjanya. Harap belas ehsan kengkawan. Nasib baik dorang masih tinggal kat hotel yang sama ngan aku. Tapi masalah nak balik le pulak. Masih lagi mengharap belas ehsan kengkawan. Alhamdulillah walaupun berlain bangsa dan ugama, sikap tolong menolong tu masih ada. Thanks my friend. You know who you are!
Tapi semalam, Jumaat. Kat sini memang terkenal dengan jemnya. Ialah, semua nak balik berhujung minggu. Aku pun tumpang le kawan aku warga asing ni. Dia bawa kereta Tiara 2nd hand aje. Oklah tu, sebab dia selalu tumpangkan aku. Tapi semalam, disebabkan jem yang teruk, kereta dia pun jem. Alhamdulillah kat stesen minyak sebelah Tesco. Terus tak leh jalan. Masa tu dah 7.15malam. Bayangkan aku terperangkap dalam jem sejak pukul 6ptg. Lepas kereta dia takleh start, so aku pun terpaksalah balik sendiri.
Alhamdulillah jalan kaki dekat je ngan Tesco. Aku nak naik bas. Bus stop pun dekat aje. Mulut kenalah ramahkan..kan.
Kejap lepas tu, bus pun datang. Tapi disebabkan driver dia dah habis waktu kerja, dia takleh ambil penumpang lagi sebab dia nak bawa balik bas ke depoh kot. Katanya belakang ada bus lagi. Then datang lagi bus, tapi bus tu ikut time. Kol 8 baru boleh jalan. Oklah tu. Aku bukannya pandai kat area sini. Dengan tambang RM2, bus pun bergerak ke Komtar. Dengan jem yang teruk dan perjalanan bus yang panjang, aku sampai Komtar pukul 9malam. Lamakan. Macam balik KL. Dalam bus aku borak-borak yang sorang budak perempuan kerja kat area-area situ gak. Dia lah ajar camna nak gi stesen bus untuk balik ke Gurney. Terima kasihlah. Lama borak tapi lupa tanya nama. heheh..
Kat stesen ni lengkap dan canggih gak, walaupun buruk aje. hehehe.. Semua maklumat lengkap dengan skrin paparan berapa lama lagi bus akan sampai dan lane yg mana aku patut tunggu. Memula cuak gak aku masa tak nampak skrin tu, manalah tau, dah takde bus lagi. Alhamdulillah, tulis kat situ lagi 4min bus aku sampai. Memang betul pun. Tup tap tup tap pukul 9:30 aku sampai hotel. Itu le pengalaman aku suatu petang di sini.
Tapi seronok sebab dengan naikbus aku tau banyak tempat-tempat menarik kat Penang ni. Kalau tak asyik ke Chowrasta ajelah..

2 comments:

Sharinginfoz said...

memang banyak tempat menarik di penang ni

aku ekynn said...

memang betui.. dulu ingat banyak rumah kongsi cina aje yg ada kat georgetown