SuperHeroin kawan nuffnang

Sunday, September 25, 2011

Cepat sembuh ye Angah!

Khamis bersamaan 22/sept lepas, Angah aku baru je lepas menjalani pembedahan kecil di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Menurut Angah, di dalam hempedunya ada batu. So doktor terpaksa membuang hempedunya untuk membuang batu yang sebesar lebih kurang 5-8mm. Aku dapat le tengok batu tu. Hitam dan diliputi lemak. Almaklumle.. tuannya pun berlemak juga.
Kata doktor, jika lambat keluarkan batu, kemungkinan akan ada infleksi lain seperti kanser hati. Batu tu pun tak boleh keluarkan melalui pembedahan laser seperti batu karang, sebab pecahan batu itu akan menyebabkan kemungkinan besar 'tersangkut' dalam perjalanannya keluar dari hempedu.
So Angah!. get well soon! Ateh mendoakan kesihatan yang terbaik untuk Angah.

No comments: