SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, August 29, 2011

Kadangkala Kita Lupa.

Salam Aidil Fitri..
Aku dah sampai pun kat kampung. Walaupun kampung aku dekat je, tapi cam biasa, ktorg tetap balik subuh-subuh. Tak sabar nak lepak dengan mak dan adik beradik yang lain. Walaupun rumah mak aku tak cukup bilik, tak apelah. Acara rebut-rebut tempat tidur tu, wajib ada. Paling sibuk mak aku le. Habis semua Toto, Nakita, selimut, sarung bantal dia keluarkan dari stor. Walaupun dia komplen tak sihat, tapi tak pulak aku tengok 'speaker' dia off. Hahaha.... itu memang 'trademark' mak.
Hari ni mak happy sangat sebab ktorg buat dodol. Katanya Ijat yang nak, tapi hati aku kuat mengatakan dia memang dah lama dah nak buat dodol. Dodol mak memang best. Tahan lama. Dan paling utama. manual lagi. Teruklah Ijat dan Aziq kena kacau. Dan paling  best, Angah yang bertahun tak pegang centong a.k.a. sudip besar, pun mencurahkan 'bakti'. hahah.. good job Angah!
Berbuka acara paling meriah. Tak cukup meja pun tak pe. Bentang tikar kat bawah le jawabnya. Mak masak nasi dagang. My fav, walaupun ktorg bukan orang Terengganu. Berlumba-lumba tarik-tarik pinggan lauk yang menghidangkan pelbagai juadah. Mak senyum lebar je.
Kekadang aku ni geram juga kalau tengok orang tak hormat atau tak hiraukan mak diorang. Mak tu boleh jaga anak yang ramai, tapi tak tentu dorg nak jaga mak sorang. Setiap detik mak risau pasal anak-anak, tapi tak tentu lagi anak-anak nak risau pasal mak. Memula kata boleh jaga mak, tapi bila sampai masa semua lepas tangan. Ada pulak yang sanggup hantar ke rumah orang lain ataupun Rumah Orang Tua. Sebab tu kita ni, bila mak ada, kita lupa. Tapi bila mak takde mulalah sedih terutama bila tiba hari raya.
Pesanan aku, segeralah menjenguk mak kalau dengar mak korang tak sihat. Kalau takde duit pun, berusahalah Lihat muka mak. Mak tak nak duit atau buah tangan korang. Mak hanya nak lihat muka anak-anaknya sahaja. 
MELIHAT MUKA ANAK-ANAK ADALAH TERAPI TERBAIK BUAT  MAK!

No comments: