SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, March 29, 2011

Autostadt - Volkswagen Car City

VW Autostadt (Volkswagen Car City) di Wolfsburg, Jerman di bina disebelah pusat pengedaran/distibutor mereka. Yang menarik kat sini, adanya AutoTrume atau Car Towers. 2 buah bangunan setinggi 48meter tinggi, automatik sepenuhnya, bangunan bertingkat dan mampu menyimpan 800 buah kenderaan setiap hari.. Bangunannya berkaca dan menjadi mercu tanda VW Autostadt. Kalau waktu malam, dari jauh pun boleh nampak kereta dalam bangunan ni.

kredit to superstock.com

Kereta baru yang dikeluarkan dari kilang dengan hanya ’robotic-pallet’ yang dipasangkan pada landasan tanpa menggunakan tenaga manusia. Kemudian akan diangkat ke dalam bangunan sebelum diberi atau dijual kepada pembeli dengan menggunakan lift. Setiap kereta mempunyai GPS atau cip untuk mengesan kedudukan. Kereta yang lebih berat di simpan dibahagian bawah.

Pembeli kereta Volkswagen ni boleh mengambil kereta di pengedar atau datang sendiri ke Autostadt. Mula-mula dengan pendaftaran plat no.
Selepas dah dapat plet no ni, ada kira-kira 2 jam untuk kita dapat kereta. Tapi 2 jam tu tak akan terbuang sebab macam-macam acara disediakan disini.
Seperti memandu kereta mini kat satu kawasan macam tempat permainan kanak-kanak. Sesiapa pun boleh main kat sini. Mak bapak atau anak-anak.
Selepas main kereta mini, boleh gak test drive kereta sebenar. Dan juga macam pusat sains atau interaktif. Makan pula diberi percuma. Macam-macam ’adventure’ semasa memandu kereta itu.
Lepas tu boleh naik ke dalam bangunan yang menyimpan kereta kita. Ada kenderaan macam shuttle bus yang bawa kita dari bawa sampai ke kotak simpanan kereta. Tak salah aku, kalau tka beli kereta pun, kita boleh melawat kawasan ni. Ada disediakan pakej juga.


Kalau Proton City nak buat camni pun boleh. So reramai le kita ke Tanjung Malim nak ambil kereta yang kita booking. Pasti syok!
Tapi kalau kereta Volkswagen model ni, mungkin dorang tak simpan tak Autostad, mungkin kat garaj muzium. :-)


Sumber-sumber telah diolah dari Autostad Car City

No comments: