Alhamdulillah, apa yang ditunggu dah tiba. Barang-barang yang di kurier dari UK dah sampai. Seronok giler sampai tak tunggu babah pun. Buka ngan Ashraf je.Lagipun babah sibuk. Kol 10 baru balik. Almaklumlah, cari rezeki.
Macam-macam boleh masuk dalam ni. |
Masuk-masuk rumah je dah nampak kotak ni. Babah tak bagitau pun. Konon nak suprise lah. Terus je mulakan operasi ngan Ashraf. Saje-saje bagitau dia, semua ni untuk ibu. Maunya tak merajuk. hahaaa.. Sememeh je kan?
Antara barang-barang dalam kotak. |
Antara barangan yang ada dalam kotak. Banyak lagi barang lain, tapi takleh le nak exposed. Nanti kang kata aku menunjuk-nunjuk. hahhaha.. Separuh beli kat carboot, separuh beli sendiri.
Alhamdulillah takde yang cedera. |
Ini beli kat kedai-kedai sepanjang Baywater Street. Banyak jual-jual souvenir dan key chain juga. Banyak pilihan dan tawaran.
Murah je. Rembat kat carboot. GBP2 je. |
Ni pun beli kat carboot. Isk beli dengan niat nak kurus ok! Setakat hari ni, Ashraf yang suka main. Ibu nak sekejap je dah penat. Abih tu camno?
Shortbread yang best giler. |
Ni biskut Shortbread. Dah buka pun satu. Tingkat setengah je. Makan ngan Ashraf sambil buat puzzle kat bawah.
Bukti aku masuk Anfield. |
Inilah yang ditunggu-tunggu pleh babah. Bukti dia dah pergi masuk stadium kat Anfield tu. Mungkin dia nak frame kan. Ni masa sebelum Fernando Torres pindah.
3D yang dibeli di carboot. Murah sangat. |
Tak sabar Ashfar nak main. Ibu pun tak pasti samada puzzle tu lengkap ke tidak. Tawakal je beli.
Dah buka dah. Tak sabar. |
Alhamdulillah, setiap keping ada. Siap dengan surat lagi untuk setiap rumah dan kedai. Ada tak jual macam ni kat sini. Kalau ada pun mungkin mahal ye tak?
Best main ni. Posman hantar surat. |
So, malam ni nak main lagi. Sebab Ashraf pun dah boleh baca sikit-sikit. So nak ajar dia hantar surat malam nanti,
2 comments:
alhamdulillah. sampai dah barang2 yg ditunggu. ahhh byk lagi kan brg2 yg di rahsiakan...hehehe. brg2 shopping kat oxford street dgn ansfield tu tak masuk gambar. hehehe
hehhee... takleh le. terutama yg kedai atas bawah kat oxford street. hanya along, pak uda dan tuan yg empunya je tau! heheh...
Post a Comment