SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, April 04, 2011

Saba Extra Bread Experiment.

Malam minggu yang lepas, kita orang pergi lagi makan kat Saba, Cyberjaya. 2 minggu lepas baru je pergi makan lepas tengok citer Rango kat Alamanda. Ni sebab babah le kemaruk makan nasi arab. Ibu belasah je. Orang belanja, kita tadah tekak ajelah. Manalah tak gemuk naik badan ni. 
Tiap kali gi makan, kalau order Tikka ke atau kebab ke, mesti diorang bagi extra roti yg nipis tu. Aku tak tau namanya. Mostly dorang yang makan kat situ, takde pun nak bawa balik. Sebab dah kenyang makan nasi arab yang merbeles! Apalah sangat roti tu kan?
So, aku terpikir le. Boleh gak buat sarapan pagi esok. Asik mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, roti canai atau lontong, Sebenarnya aku ada tengok gak dalam rancangan kanak-kanak, kat Astro, mat saleh ni masak untuk parti anak dia. Ala aku pun dah lupa tajuknya. Kat channel 610 TVIQ.
So, roti nipis tu potong lagi 2, nampak bentuk macam 3 segi. Letak dakam dulang pembakar. Pastu letakkan epal merah yang dipotong nipis. Juga letak epal hijau sekeping. Yang ni suka hati le kalau nak tukar ke buah lain. Nak letak hirisan pisang pun boleh kot. Next time aku cuba lah.
Then taburkan keju mozarella, atau apa-apa keju kat atas epal tu. Letak keju chessdale KRAFT pun boleh. Asalkan namanya keju. Pastu letak sikit madu kat situ juga. Biarlah keju dan madu tu serata roti ye! Nanti bila masuk oven, cairlah keju tu... mesti melimpah ruah.. hahha
Lepas tu masuk je dalam oven. Lebih kurang 10min. Akan nampak keju mencair bercampur dengan madu. Nyum.. nyum.. mesti best.
Taraaa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah siap..
ready untuk makan. ranggup!
Tapi kalau tak nak letak buah macam Ashraf punya pun ok! Sedap gak! 
Eh.. try le.. Mungkin kalau ganti roti arab pun boleh juga kot. Nanti aku buat experiment.

Saba Extra Bread Experiment!

No comments: