Pada Jumaat 29 April 2011 ni pukul 11:00am (sorry.. waktu kat London) akan berlangsungnya
perkahwinan gilang gemilang bakal takhta ke-2 Raja England di Westminster Abbey.
Yang menarik, tempat ni juga Queen dan Queen Mother berkahwin.
Dan tempat ini juga pada 1997, menyaksikan seluruh keluarga diraja memberi penghormatan terakhir pada Lady Di, bonda kepada Putera William yang mati akibat kemalangan di Paris.
So sesapa nak tengok 'The Royal Wedding' ni. kat Astro ada siaran langsung. Channel 735 ITV Granada dan juga kalau tak silap aku channel khas Channel 700, untuk siaran langsung ni bermula pukul 3:30petang 29hb April 2011. Aku kerja daaa..
Banyak juga cerita mengenai keluarga diraja ni kat astro. Boleh check mana-mana cerita yang kita minat nak tengok. Jangan risau, mesti ada ulangan sampai muntah le kita tengok macam MaharajaLawak.
Perkahwinan Charles and Diana di St Paul Cathedral di London. Dipancarkan diseluruh penonton TV lebih kurang 75,000,000, dan dikatakan 'A perfect fairy day' |
25kaki panjang gaun, 'The People's Princess' |
Suka aku gaun panjang-panjang..pernah berangan mat jenin.. |
Teringat aku masa perkahwinan Putera Charles dan Lady Diana dulu. Gaun panjangnya lah yang menjadi trademark. gaun itu terbuat dari enam kain yang berlainan, termasuk 25 meter dari Taffeta sutera, 100 meter dari crinoline Tulle dan renda dari Queen Mary, 150 meter dari jaring tudung, 10,000 mutiara dan 25 kaki kain sutera.
Memang grand betul. 29hb Julai 1981(eh.. kebetulan ke sama tarikh kahwin Prince William?) masa tu takde internet. Dapat gambar kaler aku gunting dari majalah orang putih abang aku, aku bawa gi sekolah. Nak show-off katakan. Memang aku simpan. Last-last aku tak tau mana gi gambar tu. Hilang..
So kali ni aku akan tengok puas-puas kat Astro ataupun kalau suka download je. Mesti ramai volunter upload kat youtube. Ini sesuatu peristiwa yang penting dalam sejarah juga tu!
No comments:
Post a Comment