Hari ni, 30hb Mac 2011, kilang ni akan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan. Kalau ikut plan, kol 4ptg nanti. Tapi sebelum dia datang rasmi, aku nak jalan-jalan sat.
Melawat kawasan gitu!
Lawatan ke Tapak kilang. |
Semua pekerja-pekerja bertopi kuning, berhenti sebentar bila kita orang melintas. Cehwah! Kita orang pun menunjukkan skill yang kengkononnya dah biasa lepak kat sinun.
Rasa macam nak terjun. Patah tak kaki nanti? |
Nak terjun ke tak nak? Ini jalan pintas. Kalau tak sayang badan, boleh aje terjun. Selepas berbincang 5, 6 kali, dengan niat nak kurus, kita orang pun jalan le ikut jalan biasa jauh. Sambil-sambil tu ber'camwhore' dengan pekerja-pekerja ini.
Isk!. Bocor ni. Mana supervisor tak tulis dalam punchlist? |
Dan inilah pentas Adibah Noor nak nyanyi. Lagu joget dengarnya. Hahaaa. berjoget le orang-orang Norway ni. Entah dia orang paham ke tak? Layan ajelah.
Aksi setelah panjat bangunan 3 tingkat! |
Penat dah panjat 3 tingkat. Dengan panas yang mendidihkan otak. Dengar kata, model kat atas ni telah merendam kaki dalam air batu sambil berkaraoke! betul ke?
1 comment:
terima kasih linkkan blog saya.. jasa puan telahpun saya balas dengan kaedah serupa.
Post a Comment