Cuti Raya Cina yang lepas, jiran-jiran kita orang pakat-pakat le nak gi Port Dickson. Ramainya umat. Maklumlah cuti panjang. Tapi aku dah tempah bilik awal-awal lagi. Tapi agak mahal le juga sebab musim cuti kan! Bertolak awal pagi Jumaat, ialah nak singgah minum lagi, nak lalu kampung le bagai. Kengonon nak menghirup udara yang segar.
Tapi terlebih awal lak sampai. Lepak ajelah kat pekan PD, sambil anak-anak menghabiskan duit mak bapak.. hahahha.. macam-macam le dorang ni nak beli.
|
Family Bob, Family Zaime dan Family Zul |
Setelah boring lepak kat sana, terus kita orang gi hotel. Sebab nak cari parkir. Ramai orang dan semua orang nak parkir depan pintu hotel, termasuk le aku.. hhahhaa.. Sementara kaum adam gi solat Jumaat, ibu-ibu pulak bawa le anak-anak ke kolam renang. Panas kedengkang nak mandi. So lepak ajelah. Sun tan kata orang putih. Check-in pulak pukul 3ptg sebab ramai orang. Tapi Alhamdulillah pukul 2 aku tanya, diorang dah readykan bilik. so.. lepak2 dalam bilik ajelah dulu.
|
Ramainya orang. Sesak kolam renang tu. |
Tengok je 'close-up' kolam ni pun dah tau ramai orang. Memang 1 malaysia sebab semua kaum ada. Cina yang beraya pun datang bercuti kat sini. Manalah tak sesak.
|
Awal pun pun dah ramai turun. |
Permandangan dari bilik. Alhamdulillah bilik aku menghadap laut. Aku minta. Senang tengok air pasang dan surut.
|
Ashraf paling seronok mandi. |
|
Ada pistol air lagi best! boleh tembak orang. |
|
Santai tepi kolam dengan Kak Syafikah. |
|
Babah try main 'paintball'. Dapat tembak 1, dapat le gula-gula. |
|
Ikan kelisa yang besar sangat. |
|
Pertunjukan api pada waktu malam. |
|
Takut le... |
|
Jumpa penyu kat tepi pantai. |
|
Petang yang indah. |
|
Keletihan mandi kolam. |
|
Photo yang amat kelakau. |
Gambar ni secara spontan di ambil. Macam babah nak cium ketiak Ashraf. pulak. Tapi aku suka le..
8 comments:
gambar yg last tu kiut arr..nak2 org paling last tu mmg kiut miut sokmo
hahah.. berkat senang hati.. badan pun keluar le 10-packs!..
waa hepi je moment gambar yang last tu..I like...weeee
I suppose the swimming pool and enjoying in it is great but not the beach anymore, too much of pollution.
correct! the water same as klang river.. hehheh
Salam...bila tengok gambor2 tuh teringin gak g sana lg bawak budak2. Biasalah, budak2 la yg seronok sakan
bawa ajelah bang.. main-main kat kolam pun best. kat pantai ada gak aktiviti. banana boat dan sebagainya.
Nampak seronok.
Post a Comment